Oh Macam Ni Rupanya Nak Buat Karipap Pusing. Barulah Betul-Betul Jadi!

Share

Seringkali dengar bila nak buat karipap pusing, mesti tak jadi bahagian pusingnya tu. Bila jadi macam ni, selalu terfikir apalah rahsia untuk menghasilkan karipap pusing yang cantik.

Nah, perkongsian resipi daripada Vivianti Khirrudin, rupa-rupanya resipi kulit pun dah berbeza.

So, jom kita cuba buat.

BAHAN TEPUNG LUAR:

500gm tepung gandum – beli online di sini


1 senduk kecil minyak – beli online di sini
3-4 mug air
Sedikit garam

CARA-CARA:
1.Masukkan garam dalam tepung. Kemudian, masukkan minyak, gaul hingga peroi (mudah pecah atau berderai).


2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan. Ketepikan.

BAHAN TEPUNG DALAM:

500gm tepung gandum
2 senduk marjerin – beli online di sini

CARA-CARA:

1.Masukkan marjerin ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Gaul dan uli sehingga sebati.
*Tips penting untuk tahu bila adunan itu menjadi ialah apabila kita kepal tepung tak berderai dan tepung juga tak sangat lembik.


2.Kemudian apabila siap kedua-dua doh, ambil bahagian doh dalam dan satukan dengan bahagian doh luar. Uli sehingga keduanya menjadi sebati.


3. Selepas itu, ambil satu doh dan canaikan doh sehingga menjadi satu bulan yang besar. Kemudian, gulung sehingga menjadi memanjang.


4. Canai lagi doh itu dan gulung semula. Kemudian, ambil pisau dan potong dua.


5. Ambil sekeping doh dan canai. Tetapi jangan canai nipis ye. Sedang-sedang saja.


6. Isikan inti ke dalam doh dan kelim dengan kemas.

Kredit resipi dan foto: Vivianti Khirrudin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:   

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:   

IKLAN