Biasanya kita makan nasi lemak dengan ayam goreng berempah, kan? Pernah tak terfikir nak makan nasi lemak dengan ikan siakap yang digoreng rangup? Siap ada sup tauhu. Haaaa itulah keistimewaan nasi lemak kukus di Restoran Ngeteh Santai.
Ya, memang kedengaran macam pelik tapi setiap hari orang ramai sanggup menunggu meja kosong untuk duduk makan nasi lemak kukus ikan siakap goreng ini. Ini diakui sendiri oleh pemilik stall Dapo Kecik Kubisbunga, Nur Maisarah binti Mat Noh yang mesra dipanggil Sara.
Nasi lemak kukus ikan siakap goreng dimakan dengan sup tauhu.
Ads
Terletak di restoran Ngeteh Santai, stall nasi lemak kukus ikan siakap goreng menyediakan pelbagai menu nasi lemak. Namun yang paling mendapat perhatian adalah nasi lemak yang dimakan dengan ikan siakap goreng.
“Keunikan dan keistimewaan nasi lemak kukus di stall kami adalah setiap menu dihidangkan panas-panas. Kami akan kukus dan goreng ikan siakap selepas ianya dipesan. Jadi memang panas dan pasti pelanggan lebih berselera untuk makan,” kata Sara.
Set nasi lemak ayam goreng berempah.
Selain ikan siakap goreng, variasi nasi lemak di sini adalah Nasi Lemak Kukus Rendang Ijo dan Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah. Nasi lemak di sini dihidangkan panas-panas bersama sup tauhu.
“Rendang ijo di sini juga mendapat permintaan tinggi kerana dimasak dengan cara istimewa. Biasanya rendang ijo ini terdapat di Negeri Sembilan tapi kami bawakan kepada pelanggan di sini iaitu di Batu Pahat, Johor.”
BERMULA SEJAK PKPB
Ayam dan ikan hanya digoreng selepas dipesan. Jadi boleh makan panas-panas.
Stall nasi lemak kukus ini memulakan operasi sejak Jun 2020 yang lalu. Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), restoran sudah boleh beroperasi dengan syarat yang tertentu.
“Saya menyewa stall di restoran Ngeteh Santai dan memilih untuk menjual nasi lemak. Nasi Lemak dengan orang Malaysia tak dapat dipisahkan jadi saya pilih menu ni sebab sangat dekat dengan cita rasa orang tempatan tak kira bangsa.
Alhamdulillah sambutan dari hari pertama hingga hari ini amat menggalakkan. Sehingga kami terpaksa tambah meja, tambah kerusi dan juga tambah pekerja. Waktu kemuncak di sini adalah dari jam 8 malam hingga 10 malam. Ada pelanggan sanggup tunggu meja kosong kerana nak makan nasi lemak kukus kami yang berbeza daripada kedai lain.”
Suasana pada waktu malam.
Pelanggan yang datang makan di sini.
Happy customer.
Menurut Sara, dia mengusahakan katering dan servis penghantaran makanan bersama arwah ibunya selama hampir lapan tahun. Selepas ibunya meninggal dunia, Sara meneruskan legasi bisnes ini dengan cara membuka stall di Ngeteh Santai.
Ads
“Lagipun di sini lokasinya menarik. Tepi Sungai Batu Pahat. Saya jemput orang ramai sekitar Batu Pahat Johor ini untuk cuba Nasi Lemak Kukus Ikan Siakap Goreng yang dimakan dengan sup tauhu. Sangat sedap! Ngeteh Santai adalah restoran berkonsep stall. Jadi boleh cuba pelbagai jenis makanan di sini.”
BERAPA HARGA?
Boleh rujuk menu ni untuk info harga ya.
Ads
NAMA RESTORAN: Ngeteh Santai NAMA STALL: Dapo Kecik Kubisbunga LOKASI: No. 210, Jalan Shahbandar, Batu Pahat, Johor (Belakang Klinik Nur) WAJIB CUBA: Nasi lemak kukus ikan siakap goreng
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Kelantan; sebuah negeri yang terletak di timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan serta bersempadan dengan Thailand. Ia memang cukup terkenal dengan aneka makanannya yang enak serta pelbagai. Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih. Semuanya memang sedap dan unik.
Kalau nak disenaraikan, memang panjang listing makanan asli Kelantan ni. Tapi yang ada di bawah ni antara hidangan-hidangan yang wajib cuba jika berkunjung ke sana. Jika anda orang Kelantan dan pernah cuba semua ni, perghhh…korang memang ore Kelate pure. Hebakkk!
Jom lihat apa makanan yang best dan wajib cuba di Kelantan.
1. NASI KERABU HITAM, KUNING & PUTIH
NASI KERABU HITAM @ BIRU FOTO: http://putri-roh.blogspot.my
Ramadan yang bakal menjelang tiba disambut dengan penuh kesyukuran. Bulan ini masanya keluarga dan rakan-rakan berkumpul bersama untuk meraikan bulan yang mulia ini.
Bagi meraikan bulan yang penuh keberkatan yang bakal tiba nanti, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur mengadakan rebiu Ramadan buat para media untuk merasai hidangan homecook , di mana mengingatkan resipi ibunda yang tiada tandingan untuk tetamu apabila berbuka puasa di hotel ini.
Bagi menambah keceriaan di kala waktu berbuka puasa nanti, tetamu dihiburkan dengan persembahan Ghazal.
Pelbagai menu terpilih bakal dihidangkan pada tetamu antaranya Nasi Kerabu, Paru-Paru Berlada, Pedal Hati Ayam Masak Cili, Tempeh, Acar Buah, Acar Rampai dan juga seleksi buffet antarabangsa seperti Thai Green Curry Duck, Dawood Basha( Arabic Lamb Ball), Indian Style Chicken Masala, Salmon Fillet dan pelbagai lagi.
Anda juga boleh memilih seleksi makanan dari gerai yang menggamit rasa seperti Kari Kepala Ikan Citarasa Bonda, Lempeng Pisang Kelapa Bidara, Pisang Goreng Keju Makmur, Aneka Sup Serantau, Rendang Daging Khatulistiwa, Popiah Basah Mahsyur, Kambing Golek Penawar Rindu, Nasi Lemak Lobster Tersohor, Otak-Otak Dibuai Rasa dan Sous Vide Burger Nusantara.
Tidak lengkap hidangan tanpa manisan. Antaranya seleksi buah-buahan segar, pilihan kuih muih Melayu dan kek seperti Mango Charlotte, Pandan Chiffon Cheese Cake, Chocolate Brownies dan lain-lain.
Bufet Ramadan bermula dari 8 Mei hingga 6 Jun dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di tingkat 14. Pada minggu pertama 8-12 Mei dan minggu terakhir 29Mei-2Jun, harga untuk dewasa ialah RM48nett. Sepanjang 13-28 Mei, harga untuk dewasa ialah RM128 manakala untuk kanak-kanak RM 58. Rebut harga early bird sekarang hanya RM98 nett untuk dewasa dan kanak-kanak hanya RM48.
Buat anda yang tercari-cari Nasi Briyani untuk hidangan berbuka, hotel ini menyediakan Nasi Briyani Take Away berlauk ayam atau kambing yang disediakan oleh Chef Yusoff. Gerai Nasi Briyani akan berada di lobi hotel dari jam 5 petang hingga 8 malam dengan harga RM10nett. Untuk membuat tempahan anda boleh menghubungi Big Apple Restaurant.
Ingin menikmati menu autentik Kelantan secara eksklusif di restoran Fine Dining yang serba mewah dan eksklusif dalam suasana restoran yang sungguh selesa jangan berlenggah lagi datang terus ke Mamanda TPC Kuala Lumpur Sempena Kelantan Cuisine Festival @ Mamanda TPC Kuala Lumpur.
Boleh bawa bersama keluarga, pasangan atau rakan-rakan.Pasti tidak mengecewakan kerana anda disambut dan dilayan mesra oleh peramu saji yang ramah sambil menghidangkan pelbagai hidangan masakan seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Tumpang dengan pelbagai menu sampingan pembuka selera dan pemanis mulut seperti Butir Nangka, Lompat Tikam, Kuih Cek dan banyak lagi.
Hidangan yang disajikan dalam dulang bertutup, umpama sajiana istana. Ia sudah cukup mengujakan selera makan, dan apabila penutup dulang dibuka, bau aroma menjadikan anda tidak sabar menjamahnya. Lain dari yang lain
Dalam satu dulang Nasi Dagang, ada lauk Gulai Ikan Tongkol, Gulai Ayam, Gulai Udang, Serunding kelapa, Jelatah, Telur Rebus dan ulam-ulaman. Begitu juga dengan dulang Nasi Kerabu yang penuh dengan isian seperti Ikan Goreng Celup Tepung, Daging Bakar, Rendang Ayam, Telur Masin, Serunding Ikan, Sambal Budu, Solok Lada, Keropok dan hirisan halus ulam-ulaman.
Pilih set yang mana suka. Atau boleh juga tambah dengan Nasi Tumpang yang dibalut cantik dengan daun pisang. Kuih muih dan manisan tradisional negeri Cik Siti Wan Kembang turut disediakan. Yang pasti kalau datang, semua masakan ingin dicuba.
Mamanda telah membawa khas Chef Nik Fatimah, pakar dalam masakan Kelantan dan pernah berkhidmat sebagai chef di Istana untuk menyediakan semua masakan. Malah chef kelahiran Kelantan ini mengakui kesemua resipi adalah warisan turun-temurun keluarganya.
Sesiapa yang menyukai Nasi Ambang, Mamanda juga ada menyediakan nasi ini, rasanya juga tidak pernah mengecewakan. Malah nasi ini memang menjadi menu tetap di sini dan ramai penggemarnya. Restoran dibuka bermula jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam pada hari Selasa hingga Ahad.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...