Bagi yang suka makan banyak dan tercari-cari kedai yang menjual nasi murah tapi dalam kuantiti yang besar, lokasi yang RASA kongsikan kali ini memang wajib anda terjah.
Kedai Nasi Bukit Padang Jawa; nama yang tidak asing lagi bagi penduduk-penduduk sekitar Shah Alam dan Klang. Ini kerana kedai ini sememangnya terkenal dengan menunya yang luar biasa. Jika anda menikmati hidangan disini, portion yang dihidangkan memang sangat besar. Mana tidaknya, sepinggan nasi goreng boleh dikongsi hingga 2-3 orang. Memang menimbun!
Malah kedai ini juga menjadi pilihan pelajar-pelajar universiti untuk datang makan bersama kawan-kawan. Selain hidangan yang besar, harganya juga amat berpatutan. Untuk sepinggan nasi goreng yang menimbun tu, harganya dalam anggaran RM5-RM10 sahaja bergantung kepada jenis-jenisnya. Pendek kata, kalau sekali makan tu, memang tersangat kenyang dan duit pun tak habis banyak.
Ads
Selain aneka nasi goreng, kedai Nasi Bukit Pada Jawa juga ada menawarkan pelbagai menu lain. Antara sajian yang menjadi kegemaran dan mendapat permintaan ramai adalah Nasi Ayam Penyet, Pecel Lele, Nasi Ayam, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Ayam. Air Kelapa dan aneka air gelas besar. Memang top sale!
Ads
Bagi penggemar Kambing Bakar, kedai ini juga ada menjual menu ni. Dengar kata, antara yang tersedap di Padang Jawa. Ha…Andai ke sini, anda bolehlah cuba nanti.
Kedai Nasi Bukit Pada Jawa dibuka setiap hari kecuali Jumaat ( tutup setiap 2 minggu sekali) bermula jam 12.30 tengah hari hingga 11 malam.
Ads
INFO KEDAI: NASI BUKIT PADANG JAWA
ALAMAT: Jalan Mat Raji, Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor.
WAKTU OPERASI: Isnin-Ahad :12.30 tengahari -11.00 malam
WAJIB CUBA: Nasi Ayam Penyet, Pecel Lele, Kambing Bakar, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Ayam, Nasi Ayam, Air Kelapa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kelantan; sebuah negeri yang terletak di timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan serta bersempadan dengan Thailand. Ia memang cukup terkenal dengan aneka makanannya yang enak serta pelbagai. Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih. Semuanya memang sedap dan unik.
Kalau nak disenaraikan, memang panjang listing makanan asli Kelantan ni. Tapi yang ada di bawah ni antara hidangan-hidangan yang wajib cuba jika berkunjung ke sana. Jika anda orang Kelantan dan pernah cuba semua ni, perghhh…korang memang ore Kelate pure. Hebakkk!
Jom lihat apa makanan yang best dan wajib cuba di Kelantan.
1. NASI KERABU HITAM, KUNING & PUTIH
2. NASI DAGANG BERAS MERAH
3. LAKSA LEMAK & LAKSAM
4. NASI TUMPANG
5. PULUT TANAK GAUL NYOR
6. PULUT PAGI
7. AYAM PERCIK KUAH PUTIH
8. TERESEK
9. BUDU DURIAN
10. ETOK SALAI
11. KERABU SAREA
12. SINGGANG DAGING
13. SOLOK IKAN
14. SOLOK LADA
15. NASI MANIS
16. KETUPAT SOTONG
17. KATUR
18. JALA MAS
19. ASSAM GUMPAL
20. KUIH TOPI
21. TEPUNG SERUNAI
22. SIRA LABU
23. AKOK KEDUT
24. TAHI ITIK
25. PULUT PANGGANG INTI SAMBAL IKAN
26. PULUT BAKAR
27. LOMPAT TIKAM
28. BUNGA TANJUNG
29. NEKBAT
30. CEK MEK
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat yang merindui menu dari Terengganu, boleh cuba di Celup Tepung yang terletak di Setia Alam. Antara menu popular di kedai ini ialah Nasi Dagang, Nasi Minyak Terengganu,Laksam serta Celup Tepung (Ikan, Udang dan Sotong). Team Makan Di Mana telah mencubanya dan ternyata sedap dan padu rasa.
Menurut pemiliknya, Rosdi Abd Rahman dan Anis Taib kini bisnes makanan yang diusahakan mencecah dua tahun. “Selama dua tahun ini banyak perit gentir yang dilalui terutamanya tempoh PKP menyebabkan perniagaan kedai makan agak memberi kesan dan masalah untuk mendapatkan pekerja agak susah. Namun itu bukanlah halangan buat kami untuk teruskan bisnes ini kerana mendapat permintaan yang baik dari pelanggan.”
Istimewanya menu di sini adalah olahan resipi warisan keluarga memandangkan suami Anis berasal dari Terengganu. Anis dapat belajar membuat kuah Gulai Nasi Dagang dari kakak Ipar dan resipi asli Terengganu. Selain itu juga adunan tepung untuk Celup Tepung adalah resipi asal Terengganu, bila makan rasa krup krup yang rangup serta air cuka / sos pencicah juga resipi asli dari Terengganu.
“Kami decide untuk buka kedai makan di Setia Alam, memandangkan kedai masakan Terengganu belum ada lagi. Saya memang suka menu Celup Tepung dan goreng pisang setiap kali ada majlis dengan komuniti kejiranan, kami akan buat menu goreng pisang panas-panas depan rumah.
Itulah tercetusnya idea untuk buka kedai makan Celup Tepung. Di Terengganu juga sangat popular dengan menu Celup Tepung hampir semua pantai-pantai di Terengganu menyajikan menu ini. Bila ingat Celup Tepung mesti akan ingat Terengganu.
Tambahan pula suami memang berpengalaman dalam bidang F&B selama 20 tahun pengalaman menjaga ramai VIP dan pembesar dalam dan luar negara, lebih mendorong untuk memiliki kedai makan sendiri,”
Menu Best Seller
Nasi Minyak dan Laksam sering menjadi permintaan pelanggan yang datang ke sini. Begitu juga dengan minuman Teh Tarik Buih.
Jika datang ke sini boleh juga mencuba Nasi Ikan Singgang. Nasi Putih,Ikan Singgang adalah Ikan Kembung dipotong separuh.Dihidang bersama seekor ikan Selar Kuning digoreng garing. Dilengkapkan pula dengan sambal, budu dan ulam. Rasa masam, masin yang seimbang,sesuai orang berpantang, berdiet dan yang kurang sihat. Campuran kuahnya daripada asam keping, lengkuas, bawang putih, kunyit hidup, sedikit tomato dan serai serta perasa.
Bagi yang nak cuba Laksam, kuah dibuat daripada hirisan ikan Selayang / sardin yang telah direbus dan diambil isinya. Kemudian isi ikan tersebut dikisar dan dicampur dengan santan, bawang merah, lada hitam dan perasa.
Dihidang bersama laksam yang telah dikukus, ulam (kacang panjang, timun, bunga kantan dan daun kesum), sambal dan limau kasturi.
Rasanye lebih lemak, pedas dan masam sangat sedap untuk minum petang atau untuk sarapan.
Untuk menu Celup Tepung Ikan, Udang dan Sotong memang puas makan.
Ikan ikan kembung bersaiz besar lebih kurang 200g digunakan. Begitu juga udang bersaiz besar AA digoreng rangup bersama tepung (adunan sendiri). Sotong juga dipilih bersaiz besar.
Semua celup tepung tadi dihidang bersama air cuka / sos pencicah buatan sendiri juga. Rasa sos ini ada masam, manis dan masin.
Buat yang ingin mencuba menu istimewa ini, bolehlah berkunjung ke kedai ini nanti.
Lokasi perniagaan
Terletak di No 32 GF Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor