
Enaknya andai dapat menikmati sepinggan Nasi Goreng Daging yang cukup rasa dan sangat membuka selera. Hidangan nasi goreng sememangnya menjadi pilihan ramai sama ada untuk sarapan pagi, makan tengah hari mahupun makan malam. Selain mudah disediakan, ia juga boleh diolah mengikut cita rasa masing-masing dengan pelbagai pilihan bahan tambahan.
Jika anda sedang mencari resipi yang ringkas tetapi menghasilkan rasa yang padu, apa kata cuba perkongsian daripada Asmida Asman ini. Gabungan daging yang empuk bersama bahan tumbuk kasar menjadikan hidangan ini lebih beraroma dan menyelerakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-Bahan Nasi Goreng Daging

Bahan Tumbuk Kasar
- Cili kering secukupnya
- Cili padi merah dan hijau
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Segenggam ikan bilis
- Sedikit belacan
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa (jika suka)
Bahan Lain
- 250 gram daging
- 1 mangkuk besar nasi putih sejuk
- Segenggam kacang panjang
- Segenggam ikan bilis goreng
- Sedikit kicap manis
- Minyak masak secukupnya
Cara Memasak Nasi Goreng Daging
- Rebus daging sehingga empuk. Setelah sejuk, hiris nipis dan potong kecil supaya mudah sebati ketika digoreng.

2. Hiris nipis bawang besar. Potong kecil kacang panjang. Jika suka, anda juga boleh menambah lobak merah bagi memberikan warna yang lebih menarik pada hidangan.



3. Sediakan satu mangkuk besar nasi putih yang telah disejukkan. Penggunaan nasi sejuk membantu menghasilkan nasi goreng yang lebih cantik dan tidak lembik.
4. Panaskan minyak. Sebaiknya gunakan minyak lebihan menggoreng ikan bilis kerana ia memberikan aroma yang lebih sedap. Tumis bawang besar sehingga kekuningan dan sedikit garing.

5. Masukkan semua bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga pecah minyak dan benar-benar garing. Kemudian masukkan sedikit kicap manis untuk menambahkan warna serta rasa.

6. Masukkan hirisan daging yang telah direbus tadi. Gaul sehingga semua bahan bersalut rata dengan tumisan.


7. Masukkan nasi putih sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga semua bahan sebati.

8. Akhir sekali, masukkan kacang panjang yang telah digoreng seketika bersama ikan bilis goreng. Gaul perlahan sehingga semuanya bercampur rata.

9. Untuk memastikan kacang panjang kekal hijau dan rangup, goreng sebentar sahaja menggunakan minyak yang benar-benar panas sebelum ditoskan.
10. Angkat dan hidangkan ketika masih panas. Resipi ini sangat sesuai dinikmati bersama telur mata, timun atau sambal belacan mengikut cita rasa masing-masing.
Anda mungkin berminat dengan

Petua Supaya Nasi Goreng Daging Lebih Sedap
- Gunakan nasi yang dimasak sehari lebih awal supaya teksturnya tidak lembik.
- Pastikan bahan tumbuk ditumis sehingga garing untuk menghasilkan aroma yang lebih harum.
- Daging yang direbus sehingga empuk akan memberikan tekstur yang lebih enak ketika dimakan.
- Jangan terlalu lama menggoreng kacang panjang agar warnanya kekal hijau dan rangup.
- Tambah cili padi mengikut tahap kepedasan yang anda gemari.
Nasi Goreng Daging ini memang antara menu yang mudah disediakan tetapi cukup memuaskan. Dengan gabungan daging empuk, ikan bilis rangup dan bahan tumisan yang wangi, hidangan ini pasti menjadi kegemaran seisi keluarga. Selamat mencuba.
Kredit resipi & foto: Asmida Asman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nasi Goreng Tomyam Paling Sedap & Padu, Sekali Cuba Memang Tak Cukup Sepinggan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!





















