Nasi goreng memang menu yang simple dan sedap. Mudah disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Kali ni jom buat nasi goreng zaman atuk nenek kita dulu-dulu.Tak payah lauk lain kalau dihidang dengan nasi goreng cabai tumbuk dan isi ikan goreng. Memang tak cukup sepinggan.
NASI GORENG CABAI TUMBUK & ISI IKAN GORENG
Bahan-bahan:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Ikan goreng-ambil isinya
Ikan bilis
Ads
Cara memasak:
1.Tumbuk semua bahan kecuali nasi dan ikan goreng.( jangan tumbuk terlalu lumat).
2.Panaskan minyak dan tumis bahan hingga naik bau.
Ads
3.Masukkan garam , serbuk perasa dan gaul sebati.
4.Bila bahan tumis dah agak garing masukkan nasi sejuk dan ikan goreng.
Tak lama lagi raya dah nak tiba. Pastinya hidangan istimewa mahu dihidangkan untuk keluarga. Maka kita hidangkan dua menu kombo iaitu nasi tomato dan ayam masak merah yang akan buat anda melekat di meja makan. Aroma bau kedua masakan ini sungguh membuka selera.
5 cawan beras biasa / beras Basmathi
5 cawan air
4- 5 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
4-5 biji buah pelaga
1/ 4 cawan minyak zaitun (kalau tak ada boleh ganti dengan minyak masak)
2 sudu besar menggunung minyak sapi (kalau tak ada boleh guna mentega)
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar gula
1/ 2 sudu besar garam
3-4 helai daun pandan di simpul
3 sudu besar tomato puri
4 biji tomato
2 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
2 ketul halia sebesar ibu jari*
Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus
1. Rendam Beras
Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain. Beras direndam selama 15-20 minit. Kalau guna beras basmathi, rendam lama sikit dalam 30 minit. Kemudian, basuh dan toskan.
2. Tumis Bahan
Cairkan minyak sapi dan minyak masak / minyak zaitun dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan rempah-rempah kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
3. Masukkan Beras
Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, simpulan daun pandan, gula dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa Akhir sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.
1 ekor ayam – potong kecil, basuh bersih
3 biji bawang besar (saiz besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Kisar semua bahan bertanda *
1. Goreng Ayam
Macam biasa, mula-mula gaulkan ayam dengan garam, kunyit. Panaskan kuali, bubuh minyak dan goreng. Tak payah garing sangat ye sebab lepas ni kita nak bubuh dalam lauk.
2. Tumis Rempah & Bahan Kisar
Kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.
3. Masukkan Cili Kisar
Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.
4. Perasakan
Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali. Perisakan dengan garam pulak. Lepastu bolehlah masukkan ayam yang dah digoreng awl-awal tadi. Terjunkan semua dan gaul sebati.
Siap!
Nasi banyak tapi lauk dah habis, jangan dibuang jika ada nasi lebihan masak sebelum ini kerana ia boleh jadikan nasi goreng. Walaupun nampak mudah tetapi nasi goreng asas ini yang menambahkan selera dan sesuai dimakan bila-bila masa.
Musim PKP ini kalau nak jimat bahan runcit dan belanja dapur, nasi gorenglah jawapannya.
NASI GORENG TELUR IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Bawang segala bawang seperti bahan di atas berserta halia dan cili tumbuk masak sampai naik bau pastu masuk ikan bilis dan bila ikan bilis garing.
2. Masukkan telur semuanya. Gaul sampai ia garing. Selepas itu masukkan sos tiram 2 sudu dan gaul rata.
3. Akhir sekali masuk nasi gaul sampai sama rata semua baru masuk serbuk perasa. Siap untuk dihidangkan.
Anda yang suka makanan yang pedas-pedas, jangan lupa singgah di Restoran Rumah Cibiuk, Seksyen 14, Shah Alam. Restoran ini menyajikan masakan Sunda yang rata-rata masakananya adalah pedas sedap. Tak cukup pedas ! Boleh tambah sambal dari enam variasi yang ada.
Kalau nak cuba masak sendiri, ini ada empat resipi yang dikongsikan bersama. Tapi jangan tak cuba. Lebih jimat kalau masak sendiri.
NASI LIWET AYAM BAKAR KAMPLIT
BAHAN NASI LEWET:
BAHAN AYAM PANGGANG:
BAHAN KISAR UNTUK AYAM BAKAR:
BAHAN SAMPINGAN:
CARA MEMASAK:
AYAM BAKAKAK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR HALUS:
CARA MEMASAK:
IGA BAKAR KICAP
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
CUMI BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
UDANG PETAI BERLADA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sayur Lemak Putih Kelantan ala Rembayung dengan kuah santan pekat dan rasa lemak berkrim. Resipi mudah, ringkas dan sangat sesuai untuk menu harian keluarga.