Agar-agar Pandan Santan rasanya sedikit berlemak tapi tidaklah sampai muak. Pendek kata bila makan, rasanya sedang-sedang elok sahaja. Menggunakan daun pandan, tentunya aroma Agar-agar Pandan Santan harum dan secara tidak langsung membuka selera untuk menikmatinya. Ini resipi Agar-agar Pandan Santan seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Ali
RESIPI AGAR-AGAR PANDAN SANTAN
BAHAN-BAHAN:
( Loyang 8 inci) 12 gram agar-agar tali-BELI ONLINE 4 cawan air 4-5 helai daun pandan 200 ml santan – BELI ONLINE 1 biji telur 125 gram gula/setengah cawan gula ( Resepi ini dikurangkan gula, kalau hendak manis boleh lebihkan)-BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Kisar 4-5 daun pandan dengan 1 cawan air. Sudah siap kisar terus tapis. Siap air pandan.
Air pandan yang sudah siap.
2. Kacau sebati 200 ml santan dengan 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau hendak kisar santan dengan telur pun boleh. Tekstur lebih halus. Sudah siap ketepikan.
Ads
3. Panaskan api dapur, masukkan 4 cawan air dan 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan 125 gram gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Mesti kacau dulu supaya tidak bergumpal.
Ads
5. Apabila sudah sebati, biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau ketika ini sebab hendak bagi santan terpisah dengan air.
6. Apabila sudah 1-2 minit, padamkan api dapur. Kacau beberapa saat dan terus masukkan dalam loyang 8 inci.
7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas itu bolehlah dimakan. Selamat mencuba!
Kuih Tako sememangnya jadi kegemaran ramai di bulan puasa. Pernah cuba Kuih Tako Sagu Jagung? Sama enaknya dengan Kuih Tako biasa tu. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa ketulan jagung menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan ramai. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako Sagu ni? Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek. Pasti menjadi dan puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Didihkan air bersama daun pandan. 2. Masukkan sagu, kacau sebati. 3. Kemudian masukkan jagung. Masak lagi sehingga sagu menjadi jernih. 4. Tuang sagu ke dalam acuan atau kelongsong atau bekas yang bersesuaian. 5. Sejukkan sagu. Ketepikan seketika.
CARA MEMASAK: 1.Dalam periuk, satukan kesemua bahan hingga sebati. Tapis jika perlu. 2. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih dan pekat. 3. Tuang ke atas adunan sagu tadi dan sejukkan.4. Kuih Tako Sagu siap untuk dihidangkan.
Siapa saja yang menolak jika dihidangkan dengan puding. Rasa manis dan kenyal membuat banyak orang ketagihan. Buatnya juga tidak susah pun. Ada juga yang menjana pendapatan dari menjual puding dalam bentuk cawan dengan pelbagai rasa.Pelbagai variasi boleh anda cuba dengan rasa yang enak dan bentuk yang menarik. Bagi yang ingin cuba, bolehlah buat puding horlicks gula merah ini. Memang padu rasa.
PUDING HORLICKS GULA MERAH
BAHAN A (loyang 8×8) 10g agar-agar tali
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan horlicks – bancuh dengan 1/2 cawan air suam/panas
1 tin susu cair -BELI ONLINE DI SINI
Secubit garam – jika suka
Pewarna ikut suka -BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak: 1.Rendam dulu agar-agar 1/2 jam lebih. 2.Masak dengan air hingga agar-agar hancur. 3.Masuk gula, kacau kacau. 4.Masuk Horlicks dan kacau. 5.Kemudian susu cair. Letakkan secubit garam jika nak bubuh 6.Kacau serata hingga mendidih. 7.Bahagikan adunan satu atau dua bekas sama banyak. Warnakan. 8.Beku dan sejukkan. 9.Potong dadu kecil-kecil. 10.Tabur/susun dalam Loyang.
BAHAN B 10g agar-agar tali
3 1/2 cawan air
1/2 cawan gula merah-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan
Secubit garam – jika suka
Cara memasak: 1.Macam biasa,masak agar-agar dengan air hingga hancur. 2.Masuk gula merah & gula. Kacau-kacau rata. 3.Kemudian masuk daun pandan & secubit garam jika suka 4.Masak hingga mendidih. Tutup api. 5.Biarkan seketika dalam 5 minit. 6.Baru tuang (tapiskan) perlahan-lahan dalam loyang bahan A tadi. 7.Bekukan. Simpan dalam peti sejuk lebih dari 1 jam. 8.Boleh keluarkan atau terbalikkan puding itu perlahan-lahan atas alas rata. akak potong dalam loyang tu je.
Kredit resipi: Zura Zul
ADA YANG NAK MEMBELI PERIUK KUKUS BAHARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Anda boleh mencampurkan 1-2 sudu makan yogurt asli ke dalam adunan roti untuk rasa masam yang lebih enak. Capati ini enak dinikmati bersama Kari Ayam Masala atau tandoori.
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg tepung atta
25 gm marjerin
1 sudu makan minyak
125 ml susu segar
250 ml air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan-bahan tersebut dalam bekas adunan. Gaul rata dan uli sehingga menjadi doh. Biarkan selama setengah jam.
Bulatkan kecil-kecil dan dileperkan.
Panaskan kuali tanpa menggunakan minyak. Goreng capati tadi sehingga garing dan warnanya kekuning-kuningan.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!