Nama Aje Kuih Ulat Bulu, DiMakan Berbuka Tak Gatal Tau

Share

Kuih Ulat Bulu, makan ni tak gatal tau. Ntah kenapa namanya begini tak pasti pulak. Dibuat dari tepung pulut dan tepung gandum dan yang paling padu berintikan pes kacang merah. Memang sedap dimakan sebagai pencuci mulut lepas berbuka nanti.

Bahan-bahannya pun ringkas sahaja, berbaloi-baloi untuk dicuba. Jom tengok resipi perkongsian daripada gerobok ummu

KUIH ULAT BULU

BAHAN-BAHAN :

  • Tiga cawan tepung pulut
  • Dua sudu besar tepung gandum
  • Satu cawan air
  • Sedikit air kapur
  • Secubit garam
  • Kelapa parut
  • Inti kacang merah (saya beli yang dah siap)

CARA MEMASAK :
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air kapur. Gaul sampai sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang sederhana lembut.


3. Ambil sedikit doh dan leperkan
4. Letak inti kacang merah
5. Gentel bujur untuk tutup doh

6. Ulang sampai habis
7. Panaskan air sampai mendidih. Masukkan doh ulat bulu dan biarkan sampai timbul. Dah timbul, salut atau golek dengan kelapa parut yang di campur dengan sedikit garam.


8. Siap,selamat mencuba.

Kredit Resepi : gerobok ummu

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI NI :

DAN JUGA RESIPI INI :

DAN JOM TONTON VIDEO INI :

 

IKLAN