Nak Tahu Cara Buat Sekaya Telur Paling Sedap? Ini Rahsianya.

Share

Sekaya Telur; antara kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan. Agak sukar untuk mendapatkan kuih ini di bulan-bulan biasa namun jika di bulan puasa, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Teringin nak makan? Jom cuba resipi Sekaya Telur perkongsian saudari Imah Rahman

. Nampak mudah dan sedap!

 

RESIPI SEKAYA TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji telur gred B @ C
  • 1 keping nisang @ manisan @ 1 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • Sedikit esen vanilla

CARA MEMASAK:

1. Campurkan santan bersama gula dan manisan. Kacau hingga larut. Manisan perlu dipotong kecil dan dikisar halus terlebih dahulu supaya ia senang larut.

2. Masukkan telur. Kacau perlahan ( jangan pukul) hingga sebati.

3. Tambahkan garam dan esen vanilla. Sebatikan.

4. Tapis campuran dan tuang ke dalam loyang. Kukus lebih kurang 25-30 minit atau hingga masak. Cucuk guna lidi, jika tidak melekat ia menandakan kuih telah masak.

5. Simpan seketika Sekaya Telur dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Imah Rahman

IKLAN