Tak lama lagi raya Qurban, siaplah menu daging selama sebulan. Jika kamu suka makan sup tulang atau sup daging tapi takut tahap kolestrol naik mendadak, ini caranya untuk mengawal dan mencegah dari termakan lemak daging dalam jumlah yang banyak.

Cuba 3 Cara Mudah Ni Untuk Singkir Lemak Dalam Hidangan Sup.

Bagi peminat sup memang sedapkan menghirup sup ketika suam-suam dan nak pula kalau cuaca masa tu sejuk lebih lah sedapnya menghirup kuah sup. Namun disebalik sup yang sedap dan nyaman tu sebenarnya mesti kita ada perasaan risau juga berapa banyak lemak yang telah kita telan?

Sebenarnya memang pelik kalau kita masak sup tulang terutamanya jika ianya tidak berlemak. Sup tulang mengandungi lemak dan sum-sum tulang yang menambah jumlah lemak dalam sup yang kita masak.

Bagi peminat sup tulang memang arif dengan kandungan sup yang berminyak ini. Tapi ada sesetengah pihak merasakan ini cara yang tidak sihat untuk menikmati sup tulang.

Cuba 3 Cara Mudah Ni Untuk Singkir Lemak Dalam Hidangan Sup.

Terdapat beberapa cara berbeza untuk menyingkirkan lemak dari sup sebelum menyajikannya. Cara terbaik akan bergantung pada berbagai faktor, termasuk jumlah waktu yang anda miliki dan peralatan yang ada.

Cara Pertama: Menggunakan Tisu

Biasanya bila anda membuat sup lemaknya akan berkumpul di bahagian atas. Lemak dalam masakan sup boleh dihilangkan dengan cara menggunakan kertas tisu. Letakkan perlahan-lahan kertas tisu di permukaan sup dan tarik keluar.

IKLAN

Anda akan dapati lemak tadi melekat pada kertas tisu. Lakukan begini sehingga lemak tadi habis di-buang.Perlulah anda menukarkan ker-tas tisu setiap kali anda membuang lemak pada sup.

Cuba 3 Cara Mudah Ni Untuk Singkir Lemak Dalam Hidangan Sup.

Cara Kedua: Menggunakan Senduk Sejuk

Rendam senduk logam dalam air berisi ais. Isi mangkuk besar dengan air berais, kemudian celupkan senduk logam besar ke dalamnya. Biarkan sendok terendam selama beberapa minit.

Anda harus menggunakan senduk logam untuk cara ini. Sendok harus menjadi sangat sejuk, kemudian sapukan bawah senduk ke seluruh permukaan sup kemudian angkat senduk dan buang lemak yang menempel di bawahnya. Ulang sehingga kesemua lemak tidak lagi menempel pada senduk.

Cuba 3 Cara Mudah Ni Untuk Singkir Lemak Dalam Hidangan Sup. Cuba 3 Cara Mudah Ni Untuk Singkir Lemak Dalam Hidangan Sup. Cuba 3 Cara Mudah Ni Untuk Singkir Lemak Dalam Hidangan Sup.

IKLAN

LANGKAH-LANGKAH:

  1. Mula-mula rebus daging tau tulang dengan air biasa hingga empuk.
  2. Selepas itu asingkan daging dan tulang.  Sejukkan sup seketika.
  3. Ambil beberapa ketul ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel dan letak mangkuk di permukaan sup (sila rujuk gambar) beberapa minit kemudian kita akan nampak hasilnya iaitu lemak-lemak membeku dan melekat pada mangkuk.

Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.

Selalunya sebelum kita memasak sup kita akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau  tulang.

Kredit: Nileya Nazri

IKLAN

Cara Ketiga: Menyejukkan Sup

Selepas anda memasak sup, biarkan ia sejuk sendiri. Kemudian letakkan sup tersebut di dalam peti sejuk supaya sup menjadi lebih sejuk. Oleh itu, akan muncullah lapisan lemak pada permukaan sup tersebut. Jadi ambillah sudu dan buang lemak-lemak tersebut. Bolehlah anda memanaskan kembali sup anda dan nikmatilah ia semasa masih panas.

Bagi mereka yang tidak kisah dengan penampakan lemak dalam sup yang anda hidangkan, anda perlu abaikan kesemua cara di atas dan nikmati sup anda dan jangan lupa minum air suam semasa makan sup supaya lemak-lemak yang anda makan tadi tidak menjadi punca tersumbatnya saluran darahanda nanti.

Sumber: petua ibu

 

https://www.instagram.com/p/BldBok9F2or/?utm_source=ig_web_copy_link

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI