Selalu hadapi masalah buat pastri kulit karipap tak rangup, mudah lemau, terlembik atau keras sangat. Jangan risau, ini ada cara senang nak buat pastri karipap yang rangup, dan tak mudah lemau. Kepada penggemar karipap boleh cuba ni.
1. Guna Sukatan Yang Betul
.
Ini penting, sebelum mula menguli pastikan sukatan bahan adalah betul. Contoh untuk 10 biji karipap, korang perlukan 200gram tepung protein tinggi, ½ sudu teh garam, 2 sudu makan marjerin serta70ml air suam. Penambahan garam dan marjerin menjadikan kulit karipap lebih sedap dan sedikit lemak.
Sementara air suam menbantu menjadikan kulit rangup. Jika ingin membuat dalam jumlah lebih banyak, korang hanya perlu tambah sukatan ikut keperluan. Pastikan semasa mencanai, pasti jangan terlalu nipis atau tebal, kerana kalua nipis akan mudah terkoyak dan tebal kurang rangup.
2. Adun Bahan Dengan Cara Yang Betul
.
Semasa mengadun korang kena ikut step yang betul, mulakan dengan mencampurkan tepung, garam dan marjerin, adun hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian tambahkan air suam sedikit demi sedikit sambal terus adun hingga sebati,
Ads
3. Adunan Jangan Terlalu Keras Semasa Diadun
Menguli kulit karipap tidak seperti menguli adunan roti. Adunan tidak boleh terlalu keras kerana adunan yang terlalu keras akan menyebabkan kulit tidak rangup.
4. Canai kulit karipap dengan betul dan sebati.
.
Ads
Canai kulit karipap hingga sebati, oleh itu jangan takut untuk mencanainya adunan berulang kali dan nipis sebelum sedia diterap dengan acuan karipap. Untuk mengelakkan kulit karipap yang dicanai melekat pada papan pencanai atau rolling pin, korang sapukan tepung pada rolling dan papan pencanai.
5. Inti Karipap Jangan Terlalu Basah
.
Ingat ye, bukan hanya kulit, inti juga mempengaruhi kerangupan kulit karipap, jika menggunakan inti yang terlalu basah atau masih panas ia menyebabkan kulit karipap lembek. Oleh itu semasa menumis korang masukkan sedikit saja air, sekadar untuk memasak dan melembutkan kentang saja. Perlu diingatkan pastikan inti sejuk sebelum dimasukkan dalam kulit karipap ye.
Ads
7. Semasa Menggoreng Siramkan Karipap Dengan Minyak Goreng
Semasa menggoreng, korang sambil membalik-balikkan karipap, korang juga boleh siramkan bahagian atasnya dengan minyak goreng tersebut untuk membantu kulit kembang dan rangup.
Macam mana korang senangkan, lepas ni bolehlah buat sendiri dan makan lebih puas. Kalau buat lebih, boleh frozenkan dan ganya perlu goreng bila teringin.
NAK MUDAH DAN CEPAT MENGGORENG KARIPAP, BOLEH CUBA SEMAK PELBAGAI JENIS AIR FRYER DI SINI. MUDAH AJE BELI ONLINE
Tiba-tiba gulai atau kari yang anda masak terlajak pedas dari biasa, mungkin disebabkan anda menggunakan cili padi atau kering yang baru dibeli, jadi tak boleh akan agak kepedasannya. Kesian anak-anak tak boleh makan masakan yang anda masak, sedangkan masakaan itu adalah kegemaran mereka.
Jangan risau ini empat tip RASA kongsikan bagi membantu anda mengurangkan rasa pedas dengan hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja. Ianya mudah dan paling penting rasa pedas dapat dikurangkan dan anak-anak boleh makanan.
.
TAMBAH SEDIKIT GULA
Ini cara paling mudah, sebab semua dapur pasti ada menyimpan gula. Jadi manfaatkan kelebihan gula yang manis itu untuk mengurangkan sedikit rasa pedas. Apa perlu anda lakukan hanyalah masukkan sedikit gula dalam masakan. Tambahan gula hanya lebih sesuai untuk masakan yang tidak berkuah seperti sambal dan rendang.
.
MASUKKAN KENTANG
Kentang selain fungsinya boleh menyerap rasa masin, ia juga boleh menghilangkan rasa pedas masakan, terutamanya masakan yang berkuah seperti gulai, kari dan sup. Bila kentang mula empuk, ia akan menyerap rasa pedas kuah ke dalamnya.
.
TAMBAH AIR
Ini cara paling mudah, tapi cara ini bukan hanya menjadikan kuah cair tetapi jika terlebih air ia turut mengubah rasa masakan. Selain kuah menjadi lebih cair, rasa masin juga akan berkurangan. Sebagai cadangan jika gulai lemak atau kari, anda mungkin boleh tambahkan santan atau susu. Dengan cara ini rasa pedas berkurangan dan kuah tidak menjadi terlalu cair, cuma lebih kuah sahaja.
.
TAMBAHKAN BAHAN LAIN
Pilihan terakhir jika masakan terlalu pedas, anda boleh tambahkan bahan lain dalam masakan tersebut. Contohnya gulai atau kari yang terlebih pedas, anda boleh tambahkan sayur seperti terung atau buah-buahan seperti nanas atau mangga untuk mengimbangi rasa pedas sebelumnya.
Mudahkan, lepas ni takdalah anda kalut kalau lauk pauk atau sayur terlebih pedas. Tenang dan amalkan petua RASA kongsikan ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Untuk menjimatkan masa di dapur, pes masakan elok dibuat siap-siap dan disimpan dalam peti sejuk. Pes yang telah siap dibuat boleh menjadikan kerja memasak di dapur lebih mudah dan pantas.
Bagi wanita yang menggunakan facebook Hani Mynis, dia menyediakan pes masakan dan kemudian disimpan dalam peti sejuk dengan cara disejukbekukan. Menyediakan pes sebegini memang menjadi ruti bulanannya.
Kali ini Hani Mynis memberikan cara membuat pes masak lemak cili padi dan juga resipi membuat lauk ketam masak lemak cili padi.
Dalam post ni Hani nak kongsi pes yang Hani wajib buat setiap bulan iaitu pes lemak cili padi. Memandangkan rumah Hani setiap minggu wajib ada lauk lemak cili padi, Hani prepare siap-siap pes untuk sebulan terus. Tapi sebelum tu, pes lemak cili padi ni versi Hani ya. Bukan lemak cili padi versi Negeri Sembilan atau negeri-negeri lain.
Siapa nak cuba dipersilakan. Insya-Allah sedap dan paling penting cepat dan memudahkan.
PES LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN
10 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
Kunyit hidup (yang tua)
1 labu bawang besar
Sedikit ikan bilis
3 tangkai serai
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan. Kemudian masak seketika dalam kuali.
2. Setelah sejuk, masukkan dalam bekas kiub ais.
3. Sejuk bekukan.
RESIPI LEMAK CILI PADI KETAM & KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN
1 biji kiub pes lemak cili padi
Ketam
Asam keping
Air
Kacang buncis
Santan (ikut sukatan kuah yang dimahukan)
Daun kunyit
CARA MEMBUAT
1. Masukkan kiub pes lemak cili padi, ketam dan asam keping dalam periuk. Masukkan air paras ketam
2. Buka api dan biarkan kiub lemak cili padi itu cair dan larut.
3. Apabila mendidih, masukkan kacang buncis.
4. Akhir sekali masukkan santan dan daun kunyit yang dihiris halus.
INI STEP BY STEPNYA
Inilah seketul pes sejuk beku tu.
Ini bahan yang diperlukan. Serai kalau tiada pun tak mengapa. Kata Hani, dalam pes dah ada serai.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Usia periuk dah 22 tahun, digunakan untuk memasak saban hari di rumah tapi periuk tahap legend yang kebiasaannya hitam ini masih elok bersih berkilat.
Supaya periuk kita pun kekal bersih begini, Zainun Mamat berkongsi tip yang digunakan sejak dulu. Cara beliau memang mudah dan murah, cuma cuci dengan lebihan sabun mandi.
Tip periuk guna 22 tahun masih bersih berkilat
Periuk saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi. Setiap hari kita masak dan selepas memasak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya.
Cara saya, cuma gunakan sabut besi untuk cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun mandi yang dah kecil jangan dibuang ya.
Langkah mencuci
1. Rendam sabut besi dengan sabun mandi dan sedikit air. Tekan-tekan sikit biar jadi berbuih.
2. Kemudian bolehlah sental periuk. Bilas dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
3. Sabut besi ini juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!