Hari ni bercadang nak masak lauk ayam? Ini ada tiga menu ayam masak ala kampung yang sedap dan ringkas RASA kongsikan untuk anda semua cuba. Apa yang penting menu ini bahan-bahan senang dan tak banyak guna bahan untuk penyediaan dan memasaknya. Sesuai sangat di hujung minggu yang banyak kerja rumah yang lain perlu dibuat.
AYAM MASAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
350gm isi dada ayam | potong dadu
200gm santan pekat
2 cawan air
1 tin cendawan butang
6 biji cili padi hijau
6 biji cili padi merah
1batang serai | titik
1 tin cendawan butang. | belah dua
6 cili api hijau | hiris
6 cili api merah | hiris
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar.
Tambahkan air dan masak atas api sederhana.
Bila ayam separuh masak masukkan cendawan, hirisan cili padi dan serai.
Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan santan.
Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak,
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Tutup api, ayam sedia dihidangkan besama nasi.
Ads
AYAM PINDANG TUMIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong besar
2 keping asam gelugor
4-5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 batang serai | titik
1 inci lengkuas | titik
4-5 biji tomato ceri jika suka
Garam, gula dan perasa secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
Ads
10 tangkai cili kering
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan air secukupnya, asam gelugor, serai titik, lengkuas.
Setelah mereneh, masukkan ayam,biarkan mereneh hingga ayam masak.
Masukkan daun kesum, bunga kantan, tomto ceri, garam, gula dan perasa secukup rasa.
Apabila ayam empuk dan cukup rasa. Tutup api.
Ayam pindang sedia dihidangkan, panas-panas.
AYAM GORENG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
Ads
1ekor ayam saiz kecil | belah empat
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
250ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
Masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan santan, daun kunyit,limau purut.
Renehkan atas atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Setelah ayam masak, tutup api dan toskan ayam.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
Setelah garing, angkat dan ayam sedia dihidangkan panas-panas dengan nasi panas serta sambal pencicah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mungkin ini kali pertama anda membuat kek. Tapi jangan takut, ikut saja langkah demi langkah pasti menjadi kek yang dibuat nanti. Kek pandan ni memang tak jemu makan. Kek ni tak muak dan sangat sedap dimakan sebab tidak menggunakan butter atau marjerin..
Kek pandan bersantan gebu
Bahan-bahan
6 biji telur
2 cawan gula kastor (tak nak manis boleh kurangkan)
1 sudu makan ovalette
2 cawan tepung gandum (saya guna self raising brand blue key)
1 sudu makan serbuk penaik (diayak bersama tepung gandum)
1 kotak santan kara (200ml)
2 sudu makan susu pekat
Sedikit pewarna hijau
Sedikit emulco pandan (Optional)
Cara memasak:
1.Putar telur, sambil tu masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar..putar sampai kembang.
2.Kemudian, masukkan ovalette dan susu pekat..putar sehingga kembang dan adunan menjadi gebu..
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Masa ni kaup balikkan pun boleh,tapi saya mixer je semua.
4.Akhir sekali masukkan santan+perwarna dan emulco pandan. Sebatikan.
5.Bakar pada suhu 160 selama 40 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
*Kalau guna tepung naik sendiri.tak perlu letak serbuk penaik ya
*Tip nak kek gebu gebas..pastikan pukul sampai kembang dan gebu adunan untuk menghasilkan kek yang ala-ala sponge kek.
Lauk asam pedas ni memang cukup menyelerakan. Rasanya pedas dan masam menjadikan asam pedas sebagai satu lauk yang sudah cukup bercita rasa untuk dimakan. Kalau kena gaya, tak perlu dah lauk lain. Cukup hanya semangkuk asam pedas boleh jadikan seseorang itu kenyang.
Selalunya orang akan masak asam pedas menggunakan ikan. Kini telah ada asam pedas ayam dan juga daging. Kali ini RASA kongsikan lauk asam pedas daging untuk korang semua.
ASAM PEDAS DAGING
Nampak sedap sungguh asam pedas daging ni.
BAHAN A
• Cili kering
• 3 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• Sedikit halia
• Lengkuas
• Kunyit hidup
• 1 batang serai
• Sedikit belacan
BAHAN B
• Minyak masak
• 2 batang serai (diketuk)
• Sedikit serbuk lada hitam
• 1 kg daging (hiris nipis)
• Garam dan gula secukup rasa
• Daun kesum
• Bunga kantan
CARA MEMBUAT
1. Kisar halus semua Bahan A sehingga halus.
2. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan A. Tumis sampai garing dan terbit minyak.
3. Masukkan serai yang diketuk dan serbuk lada hitam.
4. Kemudian masukkan daging. Kacau bagi mesra. Masukkan air asam jawa. Masak sampai daging empuk.
5. Masukkan garam dan gula. Seimbangkan rasa.
6. Akhir sekali baru masukkan daun kesum dan bunga kantan. Siap.
Makanan yang dimasak secara homemade memang tak pernah mengecewakan. Saiz besar, boleh letak bahan-bahan premium. Memang puas makan! Nak cuba buat Chicken Pizza? Resipi perkongsian saudari Yumni Syazwani ni memang terbaik! Nampak sangat sedap!
RESEPI CHEEZZA HOMEMADE
BAHAN AYAM:
Dada ayam – belah dua supaya sedikit nipisa
Tepung bestari ( pedas)
CARA-CARA:
Perap dada ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.
Kemudian ambil dada ayam tadi dan gaul dengan tepung bestari ( kering). Goreng hingga garing.
TOPPING:
Sos prego – ikut selera nak guna yang mana. Kalau buat sendiri, kisar tomato dengan sedikit air. Masa katas api. Tambah sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau sampai pekat.
Nanas dalam tin
Tomato
Lada benggala merah
Keju mozzarella parut
Chilli flakes
CARA MEMASAK:
1. Setelah ayam goreng diangkat, letakkan topping ikut kreativiti masing-masing.
2. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 5 minit.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!