Adik-adik tentu pernah dengar nama Chef Selebriti yang jelita, Anis Nabilah tu kan. Dia adalah di antara graduan lepasan FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA (FIM atau Institut Makanan Malaysia). Haah siapa belajar di sini berpeluang belajar di bawah bimbingan pensyarah yang mahir dan berkelayakan.Bukan Anis aje malah dah ribuan pelajarnya berjaya dalam industri kulinari tau.
Dah ada sejak Januari 1998 lagi. Kalau adik-adik pelajar belajar di sini kemudahannya sungguh lengkap. Ada kemudahan Bilik Latihan, Makmal Komputer, Restoran Amali, Dapur Amali, Kafe dan Pusat Sumber.
Yang bestnya FIM juga memberi pendedahan amali kepada para pelajar semasa mereka menjalani Latihan Industri di restoran atau dipelbagai rangkaian hotel terkemuka diseluruh negara.
Ads
FIM mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 31hb Januari 2003 sejak itu FIM telah menghasilkan lebih dari 8,000 ribu graduan sejak ditubuhkan.
Di antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah : Diploma Seni Kulinari Diploma Pastri dan Bakeri Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan Diploma Pengurusan Hotel Diploma Pengurusan Pelancongan Kursus-Kursus Jangka Pendek Semua kursus diploma telah mendapat akreditasi penuh MQA.
Kelebihan pada pelajar yang menuntut di sini adalah keutamaan diberikan kepada pelajar, peluang dan masa hadapan mereka juga cukup cerah selepas tamat pengajian .
Ads
Pelajar berpeluang menerima kualiti pendidikan dan kemahiran terbaik , memberikan peluang kepada graduan mendapat pekerjaanng menjamin masa hadapan dan relevan dalam industri.
Dengan adanya FIM ia juga membantu memastikan setiap pelajar tidak kira latar belakang dapat menyambung pengajian tinggi di sini. Yurannya juga sangat berpatutan dengan pendidikan berkualiti.
Ads
Graduan FIM sudah mencapai kejayaan bekerja di hotel-hotel, restoran dan resort terkemuka. menjadi pensyarah di IPTS lain, hospital, Chef Selebriti dan menjadi usahawan industri makanan.
Menjadi inspirasi FIM untuk menjadi institut seni kulinari terbaik, Bagi mencapai inspirasi ini ia terus memperkasakan kecemerlangan dan kemajuan yang dicapai secara berterusan agar institut ini menyerlah di dalam dan luar negara. Cubalah memohon belajar di sini.
Nama institusi : Food Institute of Malaysia (FIM) Alamat : 41-51, Jalan SS 6/12, Ss 6, Petaling Jaya, Selangor Maklumat lanjut : http://www.fim.edu.my/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Antara makanan yang paling popular di pasar malam adalah tau fu fa. Kalau dahulu dimakan bersama gula putih, tetapi sekarang resipinya dipelbagaikan untuk pilihan pembeli. Selain gula putih, ada juga gula Melaka dan tau fu fa yang diperisakan dengan perasa pandan. Lebih kreatif, admin pernah terjumpa tau fu fa hipster dengan warna terang di satu pasar malam ni.
Memandangkan tau fu fa adalah favourite admin, terasa nak berkongsi resipinya hari ni. Sebenarnya tidaklah susah, cuma memerlukan kesabaran dan sedikit masa untuk membuatnya. Esok hari cuti, mungkin anda boleh mencuba resipi ini di rumah.
TAU FU FA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
150 gram kacang soya
1 liter air
1 1/2 sudu besar tepung jagung *
1/2 sudu kecil sekko /GDL*
1/2 cawan air *
2-3 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
Rendamkan kacang soya selama 4-5 jam. Kemudian asingkan kulitnya.
Bersihkan kacang soya dan dikisar bersama 1 liter air. Tapis menggunakan kain nipis.
Masak air soya dengan daun pandan sehingga mendidih.
Sementara itu, satukan bahan-bahan bertanda *.
Apabila air soya sudah mendidih, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan masukkan bahan-bahan bertanda * tadi. Kacau dan tutup bekas.
Tunggu sehingga ½ -1 jam. Jika tau fu fa anda sudah ‘kental’, bermakna ia boleh dimakan.
Jangan biarkan rendaman kacang soya melebihi enam jam bagi mengelakkan ia menjadi terlalu berair.
Anda boleh menggunakan kain lampin untuk menapis air kacang soya.
GDL adalah singkatan bagi Glucono Delta Lactone (boleh didapati di pasar raya atau kedai barangan bakeri)
BAHAN AIR GULA:
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula putih
3 cawan air
1 helai daun pandan
CARA MEMBUAT: 1. Didihkan semua bahan dalam periuk. Matikan api apabila sudah sedikit pekat.
*Elakkan air gula terlalu pekat kerana rasanya akan menjadi pahit.
Ni min nak kongsi ada akademi pengajian kulinari bagi adik-adik yang tinggal kat Melaka khususnya. Tapi pelajar negeri lain pun terbuka untuk memohon. Kalau akademik tak berapa cemerlang dan agak kurang sedikit pun boleh pohon. Asal ada minat dan kegigihan, pasti boleh berjaya.
Kalau nak tahu AccelSkill Academy ni pusat bertauliah yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Terletak di bandaraya bersejarah Melaka, akademi ini telah beroperasi sejak 2009 lagi.
Selama bertahun-tahun AccelSkill Academy telah mencapai misinya untuk mengubah nasib remaja yang kurang dari segi akademik dan tidak layak masuk ke kolej atau universiti. Ia memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari kemahiran agar menjadi tenaga mahir yang mendapat permintaan tinggi oleh industri dalam dan luar negara.
Visi akademi ini adalah untuk menjadi kolej TVET (Technical and Vocational Education and Training) yang terulung di Asia yang melahirkan graduan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam pelbagai bidang industri.
Program dan kelas yang ditawarkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3 dalam Penyediaan dan Pembuatan Makanan dan juga Culinary Skills (City & Guilds).
Dapur latihannya memenuhi keperluan industri dan mempunyai kelengkapan yang lengkap dengan barisan tenaga pengajar berpengalaman dalam industri makanan dan perhotelan. Malah tenaga pengajar juga memiliki pengalaman bekerja dan memegang jawatan penting di dapur hotel. Akademi ini juga turut menyediakan kemudahan perpustakaan dan makmal komputer kepada pelajar.
Mendapat penarafan 5 bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Pelatih di sini diberi peluang untuk aktif bertanding dalam pertandingan masakan, malah telah merangkul banyak pingat. Malah pada bulan oktober ini pelatih akan bertanding di peringkat akhir World Skills Malaysian Belia (WSMB).
Usah risau adik-adik, sijil yang dikeluarkan mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan City & Guilds United Kingdom.
Nak tahu apa lagi kolej/akademi/ universiti yang boleh dijenguk maklumatnya, dapatkan RASA isu terbaru ya.
Adakah anda gemar menggunakan minyak bijan dalam masakan? Kebanyakan orang menggunakan bahan ini kerana ia akan menjadikan bau masakan lebih harum dan menyelerakan. Masih ada yang bertanya tentang fungsi sebenar minyak bijan dalam masakan. Artikel ringkas ini merungkai persoalan anda mengenai khasiat minyak bijan.
.
Untuk pengetahuan anda, minyak bijan banyak digunakan di dalam resipi Tionghua, Korea dan Jepun. Baunya harum dan agak kuat. Pendek kata, kita dengan mudah akan mengecam jika sesuatu resipi ada minyak bijan di dalamnya.
Bagi anda yang kurang gemar dengan bau minyak bijan, ia boleh digantikan dengan minyak masak biasa. Selalunya minyak bijan dan biji bijan juga digunakan untuk membuat dim sum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria.
Berikut adalah kebaikan minyak bijan (untuk kesihatan) yang mungkin boleh menggalakkan anda untuk lebih banyak menggunakan minyak bijan selepas ini:
KEBAIKAN & KHASIAT MINYAK BIJAN
Pencegahan Diabetes Menurut kajian, minyak bijan dikatakan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis.
Mengurangkan Tekanan Darah Kandungan magnesium dalam minyak bijan menunjukkan ia membantu menurunkan hipertensi atau tekanan darah.
Kesihatan Jantung Biji bijan mengandungi nutrien semula jadi di dalamnya yang membantu mencegah serangan jantung.
Anti Kanser Selain itu, pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Lebih baik lagi, biji bijan kaya dengan serat yang dapat membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser usus.
RESIPI MENGGUNAKAN BIJAN & MINYAK BIJAN
1. KUIH BOM BIJAN
.
BAHAN DOH:
500gm tepung pulut
1 cawan tepung gandum
3 biji ubi kentang (sederhana besar) – rebus & lenyek
1/2 cawan gula pasir halus
Air suam secukupnya
Bijan secukupnya
INTI: Pes kacang merah – boleh dibeli di kedai menjualan bahan bakeri
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat doh, campurkan semua bahan kering dan campurkan air sedikit demi sedikit. Uli doh hingga tidak melekat di tangan. 2. Timbang doh seberat 30gm dan bulatkan inti seberat 10gm. Leperkan doh dan masukkan inti. Bulatkan. Buat hingga habis. 3. Golekkan doh ke dalam bekas berisi bijan dan susun dalam loyang yang disapu minyak. Rehatkan selama 15 minit. 4. Panaskan minyak dengan api perlahan dan masukkan kuih. Biar hingga kuih terapung barulah dikacau. 5. Besarkan sedikit api dan kacau sekali sekala supaya kuih dapat masak dengan sekata. 6. Setelah kuih garing dan kekuningan, angkat dan toskan minyak sebelum dinikmati.
Biji durian buat kerepek, dah beli durian mahal-mahal kenalah manfaatkan sepenuhnya. Selain isi yang sedap dimakan, biji durian pun boleh diolah jadi kerepek rangup...