Adik-adik tentu pernah dengar nama Chef Selebriti yang jelita, Anis Nabilah tu kan. Dia adalah di antara graduan lepasan FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA (FIM atau Institut Makanan Malaysia). Haah siapa belajar di sini berpeluang belajar di bawah bimbingan pensyarah yang mahir dan berkelayakan.Bukan Anis aje malah dah ribuan pelajarnya berjaya dalam industri kulinari tau.
Dah ada sejak Januari 1998 lagi. Kalau adik-adik pelajar belajar di sini kemudahannya sungguh lengkap. Ada kemudahan Bilik Latihan, Makmal Komputer, Restoran Amali, Dapur Amali, Kafe dan Pusat Sumber.
Yang bestnya FIM juga memberi pendedahan amali kepada para pelajar semasa mereka menjalani Latihan Industri di restoran atau dipelbagai rangkaian hotel terkemuka diseluruh negara.
FIM mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 31hb Januari 2003 sejak itu FIM telah menghasilkan lebih dari 8,000 ribu graduan sejak ditubuhkan.
Ads
Di antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah :
Diploma Seni Kulinari
Diploma Pastri dan Bakeri
Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Diploma Pengurusan Hotel
Diploma Pengurusan Pelancongan
Kursus-Kursus Jangka Pendek
Semua kursus diploma telah mendapat akreditasi penuh MQA.
Kelebihan pada pelajar yang menuntut di sini adalah keutamaan diberikan kepada pelajar, peluang dan masa hadapan mereka juga cukup cerah selepas tamat pengajian
Pelajar berpeluang menerima kualiti pendidikan dan kemahiran terbaik , memberikan peluang kepada graduan mendapat pekerjaanng menjamin masa hadapan dan relevan dalam industri.
Dengan adanya FIM ia juga membantu memastikan setiap pelajar tidak kira latar belakang dapat menyambung pengajian tinggi di sini. Yurannya juga sangat berpatutan dengan pendidikan berkualiti.
Graduan FIM sudah mencapai kejayaan bekerja di hotel-hotel, restoran dan resort terkemuka. menjadi pensyarah di IPTS lain, hospital, Chef Selebriti dan menjadi usahawan industri makanan.
Menjadi inspirasi FIM untuk menjadi institut seni kulinariterbaik, Bagi mencapai inspirasi ini ia terus memperkasakan kecemerlangan dan kemajuan yang dicapai secara berterusan agar institut ini menyerlah di dalam dan luar negara. Cubalah memohon belajar di sini.
Nama institusi : Food Institute of Malaysia (FIM)
Alamat : 41-51, Jalan SS 6/12, Ss 6, Petaling Jaya, Selangor
Maklumat lanjut : http://www.fim.edu.my/
Ads
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR TERKINI, BOLEH LAYARI DI SINI.
Jika beli kek bulat bersaiz kecil dan untuk dinikmati oleh beberapa orang sahaja, cara memotong yang biasa berbentuk tiga segi mungkin tidak memberi apa-apa masalah. Namun, macam mana pula jika kek yang bersaiz sederhana tetapi untuk dihidangkan kepada tetamu yang ramai ataupun yang jumlahnya tidak dapat pasti?
Situasi ini biasa terjadi terutamanya di majlis-majlis sambutan hari jadi, majlis jamuan sekolah dan sebagainya. Jika majlis itu dihadiri oleh kanak-kanak, lagilah serba salah dibuatnya. Maklumlah, budak-budak ni memang suka kek walaupun makannya bukan banyak sangat.
Jika dipotong saiz tiga segi, mungkin boleh tetapi bimbang pula tak habis dimakan. Malah lebihan kek yang dah dipotong tu mesti nampak kurang menarik. Segan pula nak hidang untuk tetamu yang datang lambat.
Ada penyelesaian mudah yang boleh membantu anda iaitu dengan menukar cara pemotongan. Menurut Katherine Sabbath; seorang pakar kek dari Australia, beliau tertarik dengan cara pemotongan kek yang dilakukan oleh salah seorang kawannya.
Unik! Kek yang biasanya dihidangkan 6-8 hidangan jika dipotong tiga segi, kini anda boleh hidangkan hingga 30 hidangan dengan teknik memotong sebegini.
Menarik bukan? Sangat sesuai dipraktikkan lebih-lebih lagi dimusim jamuan akhir tahun ni kerana pasti ramai anak-anak yang bawa kek ke sekolah. Potongan sebegini nampak lebih kemas malah tak membazir. Selamat mencuba!
Memulakan bisnes makanan sejak tahun 2014, kerana bisnes online lebih mudah dan sesuai diusahakan oleh suri rumah sepenuh masa seperti dirinya. Tanpa disangka sambutan di kalangan pelanggan sangat menggalakkan. Rata-rata mereka berpuas hati dengan produk makanan Dapur Omak.
.
Sehingga sekarang Dapur Omak, diterajui oleh Mohamed Ikhwan bin Mohamed dan dibantu oleh isteri yang bertindak sebagai chef yang memasak dan memastikan semua produk makanan yang diusaha sentiasa memenuhi permintaan pelanggan, bagi melancarkan proses pengeluaran, mereka dibantu oleh seorang pekerja tetap dan seorang pekerja sambilan.
Kini mereka mengeluarkan empat jenis produk makanan tradisi. Ia adalah Rendang Pucuk Ubi, Daging Dendeng, Sambal Ikan Bilis dan Serunding Halia. Setiap produk ini mempunyai penggemarnya tersendiri namun paling tinggi permintaan adalah Daging Dendeng.Kebanyakaan komen dari pelanggan adalah positif .
.
Mereka mengakui keenakan rasa produk Dapur Omak, selain enak di makan terus di rumah, ia juga sesuai untuk dijadikan bekal lauk bila melancong ke luar negara.
.
Sesiapa yang ingin merasa sendiri keenakan empat makanan tradisi ini boleh membuat tempahan melalui Instagram: dapur_omak, ke Facebook : Dapur Omak atau Whatsapp terus padanya.
.
Menurut Mohamed tempahan boleh dibuat sehari sebelum penghantarn atau pengeposan. Tiada minima oder ditetapkan, terpulang kepada pelanggan, biasanya 100gm paling minima.
.
“Bagi kemudahan pelanggan, Dapur Omak sentiasa mempunyai makanan ready stock supaya bila pelanggan boleh membeli pada bila-bila masa teringin dan produk boleh dihantar segera. Penghantaran kami melalui kurier dan caj penghantaran mengikut kadar caj pos laju. Penghantaran produk kami ke seluruh semananjung, Sabah, Sarawak dan Brunei. Kepada pelanggan di sekitar Negeri Sembilan boleh beli secara tunai(cash on delivery) dan tiada cas penghantaran, “ujar Mohamed yang memastikan produk makanan yang dipasarkan sentiasa releven di pasaran.
.
.
INFO BISNES ONLINE: NAMA: Mohamed Ikhwan Bin Mohamed. ALAMAT: 244 Jalan Kenanga,Taman Bukit Chedang 70300 Seremban,Negeri Sembilan. FACEBOOK : Dapur Omak INSTAGRAM : @dapur_omak
ANDA MAHU MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMASAK DENDENG, SERUNDING, JOM LAYARI DI SINI.
Adakah anda gemar menggunakan minyak bijan dalam masakan? Kebanyakan orang menggunakan bahan ini kerana ia akan menjadikan bau masakan lebih harum dan menyelerakan. Masih ada yang bertanya tentang fungsi sebenar minyak bijan dalam masakan. Artikel ringkas ini merungkai persoalan anda.
Untuk pengetahuan anda, minyak bijan banyak digunakan di dalam resipi Tionghua, Korea dan Jepun. Baunya harum dan agak kuat. Pendek kata, kita dengan mudah akan mengecam jika sesuatu resipi ada minyak bijan di dalamnya.
Bagi anda yang kurang gemar dengan bau minyak bijan, ia boleh digantikan dengan minyak masak biasa. Selalunya minyak bijan dan biji bijan juga digunakan untuk membuat dimsum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria.
Berikut adalah kebaikan minyak bijan (untuk kesihatan) yang mungkin boleh menggalakkan anda untuk lebih banyak menggunakan minyak bijan selepas ini:
KEBAIKAN MINYAK BIJAN
Pencegahan Diabetes Menurut kajian, minyak bijan dikatakan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis.
Mengurangkan Tekanan Darah Kandungan magnesium dalam minyak bijan menunjukkan ia membantu menurunkan hipertensi atau tekanan darah.
Kesihatan Jantung Biji bijan mengandungi nutrien semula jadi di dalamnya yang membantu mencegah serangan jantung.
Anti Kanser Selain itu, pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Lebih baik lagi, biji bijan kaya dengan serat yang dapat membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser usus.
RESIPI MENGGUNAKAN MINYAK BIJAN
1. ISI AYAM MASAK BIJAN
BAHAN-BAHAN:
400gm isi ayam | dihiris
4cm halia tua | dihiris
2 biji bawang merah | dihiris
3 sudu makan minyak bijan
50gm brokoli | dicelur
Sedikit hirisan lobak merah
1 sudu teh makan bijan
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bijan.
Tumiskan halia sehingga berbau harum.
Masukkan ayam, lobak merah dan bawang merah. Kacau rata.
Masukkan air dengan secukupnya. Masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan bijan, brokoli dan garam secukup rasa. Kacau rata.
Angkat dan hidangkan.
2. KOREAN BEEF BULGOGI
BAHAN-BAHAN
500gm daging
5 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan madu
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan cuka epal
BAHAN HIASAN
Daun Bawang
CARA MEMASAK:
Hiris daging nipis-nipis dan cuci bersih.
Gaulkan semua bahan,perapan dengan daging dan perap selama satu jam.
Panggang daging di atas api atau di dalam kuali sehingga masak.