Siapa penggemar murtabak? Biasanya kalau tiba bulan Ramadan, barulah murtabak banyak dijual. Kadang nak dapat yang mengikut selera dan sempurna memang sukar. Jadi apa kata buat sendiri. Tak perlu nak uli dan canai pun tepung hanya menggunakan kulit popia , sedap rasanya. Bolehlah cuba buat nanti.
MURTABAK AYAM KULIT POPIA
Bahan-bahan: Sukatan inti ayam ikut sesedap selera
Inti Ayam: 2 labu bawang besar dipotong dadu kecil-kecil 3 ulas bawang putih,ketuk dan cincang halus 1 cm halia ditumbuk halus bersama lada hitam biji 3 keping dada ayam dipotong dadu kecil-kecil / boleh guna ayam Kisar Ramly 1 biji ubi kentang besar, kupas kulit dan potong dadu kecil-kecil. Rebus empuk dan toskan. 2 sudu makan rempah kari daging cap O 2 sudu Rempah Kurma cap O /lain-lain jenama 1/2 sudu makan lada hitam biji ditumbuk halus Garam halus secukup rasa 1 sudu makan serbuk Hilal Sedikit gula Daun sup dihiris halus secukupnya
Ads
Kulit popia 2/3 biji telur atau secukupnya,ikut kuantiti inti. Tapi jangan cair sangat bancuhan inti lepas disatukan dengan telur.
Cara membuat: **Inti ayam 1.Tumis bawang besar, bawang putih,lada hitam dan halia.Kacau hingga naik bau. 2.Masukkan rempah kari dan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air panas. Kacau hingga wangi,tambah sedikit air dan kacau hingga rempah kering naik minyak. 3.Masukkan ayam,kacau-kacau hingga ayam kecut. Masukkan kentang dan kacau rata hingga hampir kering. 4.Masukkan garam, gula dan Hilal.Last masukkan daun sup. Kacau-kacau dan rasa sebelum tutup api. Kalau perlu,tambah sedikit garam. 5.Biarkan sejuk,kemudian campurkan inti dengan telur mentah yang telah dikocok. Kacau rata.
Cara buat murtabak: 1.Ambil sekeping kulit popia, bentangkan kulit popia atas pinggan. Letak sedikit inti dan ratakan. 2.Lipat bentuk 4 segi,kemudian goreng dengan sedikit minyak dalam kuali nonstick hingga masak kekuningan.
3.Masak dengan api perlahan dan tutup kuali ketika masak supaya inti telur masak sepenuhnya.Siap,sedap dinikmati panas-panas bersama kuah jeruk bawang atau sos cili. Makan macam tu pun dah sedap.
**Boleh tambahkan cili serbuk/cili kisar dalam bancuhan rempah untuk masak inti ayam. Saya tak letak sebab takut pedas. Kredit: Zurina Kifli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Waktu petang di musim durian ini elok sangat kalau kita hidangkan kuih berasaskan raja buah ini. Salah satu yang mudah adalah bingka durian. Minum pula dengan teh o panas memang nikmat rasanya.
Cara membuat bingka ini pun mudah, yang penting ada duriannya. Tak kisah jenis apa janji durian.
Tidak lengkap hari anda tanpa peneman hidangan minum petang. Setiap dari kita mempunyai citarasa yang berbeza , ada yang menggemari kuih manis dan sebaliknya. Apa-apa pun makan manis biarlah berpada- pada, jangan sampai potong kaki pula gara-gara gula yang tinggi. Lebihan roti boleh diolah menjadi pemanis mulut yang ringkas dan senang.
SANGKHAYA FAK THONG (KASTARD LABU)
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu bersaiz sederhana
4 biji telur
350ml santan
250gm gula
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Potong bahagian tangkai labu dan buang bijinya dengan menggunakan sudu. Ketepikan seketika.
Dalam mangkuk adunan, pecahkan telur dan kacau sebati.
Masukkan santan dan kacau bersama gula sehingga gula larut. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau rata.
Masukkan adunan telur tadi ke dalam labu dan kukus lebih kurang 1 jam 20 minit sehingga puding menjadi kental.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Santan boleh digantikan dengan susu cair.
UBI KAYU KARAMEL GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
2 batang ubi kayu bersaiz sederhana
250gm gula perang
100gm gula Melaka
1 helai daun pandan
400ml air
CARA MEMASAK:
Ubi kayu dibersihkan dan dibuang kulit. Potong sepanjang 10cm.
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk yang bersesuaian.
Rebus sehingga ubi empuk dan gula menjadi pekat. Kacau bahagian bawah bagi mengelakkan gula menjadi hangus.
Setelah ubi empuk, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga dihidangkan bersama santan.
Masukkan santan dalam periuk bersama pisang dan daun pandan.
Masak atas api sederhana, Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
Setelah pisang empuk, masukkan gula dan secubit garam sebagai penambah rasa.
Apabila secukup rasa. Matikan api.
Untuk menghidangkannya, skopkan pulut tawar ke dalam mangkuk.
Kemudian tuangkan santan pisang tadi.
Pulut pisang sedia dihidangkan.
Info Chef: Hidangan ini enak dihidangkan panas atau sejuk, terpulang pada cita rasa anda.
Korang pernah makan kuih Mochi, kuih berasal dari Jepun yang berwarana warni dan berinti manis ini mula digemari oleh masyrakat Malaysia. Namun tahu tak korang yang kuih ini sangat senang disediakan kerana ia diperbuat dari tepung pulutn yang memberikan tekstur kulit Mochi berasa kenyal dan intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa korang semua. Bagi memudahkan ini RASA kongsi resipi dan cara membuat kuih Mochi Inti Kacang Tanah yang sangat sedap.
.
KUIH MOCHI INTI KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN:
Kulit Mochi:
400gm tepung beras pulut | sangai sekejap
40gm tepung beras | sangai sekejap
70gm tepung jagung | sangai sekejap
200gm gula pasir
3500ml air
150ml susu penuh krim
4 sudu makan mentega
1 sudu teh garam halus
Pewarna kuning dan merah
.
BAHAN INTI:
160gm kacang tanah
60gm gula pasir
6 sudu makan air masask
CARA MEMASAK:
Untuk Menyediakan Kulit Mochi:
.
masukkan tepung pulut di dalam mangkuk adunan bersama tepung beras dan mentega.
Adun rata.Campurkan gula garam, susu dan air, larutkan bersama.
Kemudian tuangkan dalam mangukuk berisi campuran tepung tadi.
Gaul rata hingga menjadi doh lembut (tidak terlalu cair atau keras).
Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
Setiap satu bahagian warna dengan warna hijau, kuning dan merah.
Gaul rata supaya adunan sebati.
Kemudian kukus antara 25-30 minit dalam pengukus yang sudah sedia dipanaskan.
Setelah masak biarkan sejuk sedikit.
.
Untuk Menyediakan Inti:
Goreng sangai kacang tanah yang telah dibuang kulit.
Kemudian tumbuk atau kisar kasar.
Larutkan gula bersama air suam. Kemudian tuang air gula dalam mangkuk kacang tadi.
Gaul rata hingga sebati. Ketepikan.
Cara Masukkan Inti:
.
Ambil tiga sudu makaan adunan kulit Mochi lalu leperkan di atas tangan dengan yang telah disapukan dengan tepung jagung tadi.
Kemudian letakkan 1 sudu makan inti kacang ditengahnya.
Kemudiaan balut inti hingga menjadi bentuk bulat.
Kemudiaan golekkannya di atas tepung jagung yang telah disangai.
Kuih Mochi sedia dihidangkan.
Senangkan? Harap percubaan korang menjadi dengan jayanya ye…
Menu udang selain dimasak sambal, gulai lemak, kari, digoreng kunyit boleh juga dibuat udang celup tepung. Sama seperti ikan celup tepung atau ICT hidangan udang sebegini juga enak diratah kerana tekstur yang rangup.