Minuman yang dihasilkan dengan kombinasi Milo dan nescafe yang sangat sedap dan memberikan tenaga untuk menempuh hari yang sibuk. Enak dinikmati secara panas mahupun sejuk.
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 sudu besar serbuk Milo
1 sudu teh serbuk Nescafe
Susu pekat manis secukupnya
Air panas
Ads
CARA-CARA:
Masukkan air panas ke dalam mug.
Tambahkan milo, nescafe dan susu secukupnya.
Kacau hingga sebati dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila sakit lutut je mesti susah nak aktif macam biasa. Nak bersolat rasa sakit setiap kali nak bangun dan rukuk. Sakit lutut ini disebabkan sendi yang lusuh dan haus. Jom cuba petua semulajadi untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia. Halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat anti-radang di dalamnya.
Petua Mudah Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Hancurkan 1 ketul halia dan masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air.
2. Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk. Didihkan selama 10 minit.
3. Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi. Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
4. Kemudian masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon. Kacau hingga sebati.
5. Sedia untuk dinikmati. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.
Air soya, minuman yang menyejukkan badan selain memberi sumber protein yang mengenyangkan. Air soya adalah perahan dari kacang soya yang di rebus.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila keesokkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.
2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
3. Sebelum di masak, seeloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.
4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.
5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.
Sebut je tentang teh tarik, pasti anda terbayang kemanisan dan aromanya yang memikat pabila diminum. Teh tarik merupakan antara minuman yang popular di kedai mamak. Lagi best bila ada buih di bahagian atas gelas. Memang padu! Namun, tak ramai yang tidak tahu cara untuk membuat teh tarik yang sedap dan padu seperti di kedai mamak. Namun, cuba guna tip yang dikongsi oleh Nazia Suhaimi, pastinya teh tarik anda selepas ini lebih padu. Kalah kedai mamak!
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN:
1. Gunakan teh serbuk. Saya guna jenama Boh. Letak dalam 5 sudu di dalam kole ini.
2. Masukkan air panas hingga penuh.
3. Tunggu sekejap bagi kembang.
4. Sekiranya teh sudah kembang, tapis sewaktu tuang ke dalam jug. Jug pink tu saiz sederhana.
5. Okay ini rupa air yang dah ditapis. Hitam semanis rupamu.
6. Okay ulang sekali lagi. Teh serbuk tadi, kita letak lagi air panas sampai penuh kole.
7. Tuang lagi ke dalam jug pink tadi. Jangan lupa tapis ya!
8. Ulang lagi step yang sama sehingga penuh jug anda.
Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!