Pernah makan mi rebus, mi ni memang popular di Johor dan juga negeri-negeri belah utara. Tapi menu yang Min nak kongsikan ni istimewa sikit. Bukan sebarang tulang, tapi tulang rawan.

Mi Rebus Tulang Rawan Ilham Eksekutif Chef Sakya Hamid Memang ‘Meletop’.

Menu hebat yang boleh buat air liur meleleh ni , datangnya dari Eksekuti Chef Sakya Hamid, dari Hotel Summit USJ, Subang Jaya, dan KL. Resipinya ringkas aje tapi gerenti sedap.

Bolehlah cuba buat nanti. Pastikan pilih tulang segar barulah manis lazat.

IKLAN

MI REBUS TULANG RAWAN.

Mi Rebus Tulang Rawan Ilham Eksekutif Chef Sakya Hamid Memang ‘Meletop’.

BAHAN –BAHANNYA (A) :

IKLAN
  • 120gm mi kuning | dicelur seketika
  • 150 gm tulang rawan | dihiris daging
  • 20gm tauhu yang sudah digoreng
  • 10gm taugeh | dicelur seketika
  • Daun bawang secukupnya
  • Daun sup secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya
  • 1/2 biji telur rebus

BAHAN –BAHAN (B) :
Kuah mi rebus :

IKLAN
  • 100gm ubi keledek | direbus dan dikisar
  • 70gm cili kering | direbus dn dikisar
  • 25gm udang kering | dikisar
  • 20gm halia | dikisar
  • 50gm bawang merah | dikisar
  • Garam secukup rasa
  • 300ml air
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

CARA MEMASAK :
1. Tulang rawan dengn ubi keledek direbus hingga lembut.
2. Kemudian diangkat asingkan air rebusan dengan daging dan ubi keledek.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, cili kering , halia dan udang kering sehingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan air rebusan tadi bersama ubi keledek yang sudah lembut.
5. Biarkan sampai kuah menjadi pekat dan masukkan garam secukup rasa.
6. Apabila kuah mi rebus sudah siap, bolehlah dihidangkan dengan bahan-bahan A tadi

Terima kasih : Summit Hotel USJ,Persiaran Kewajipan, Usj 1, Subang Jaya, Selangor

                           Summit Hotel KL City Centre, 12 Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, Malaysia

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI