Jika anda selak resipi bakeri dan pastri, meringue ni kerap ada kan. Kalau nak tahu meringue adalah putih telur yng dipukul bersama gula hingga kental, hingga bila dicuit dengan jari jadi bertanduk atau ‘soft peak’.
Kredit Foto : lawsofbaking.com
Meringue selain dijadikan snek atau manisan yang boleh dimakan begitu sahaja , ia juga digunakan dalam penyediaan kek span, mousse, kastard , pelbagai jenis krim. Juga dijadikan hiasan atas biskut,muffin dan pai.
Kredit Foto : kingarthurflour.com
Ia juga adalah pencuci mulut yang sering dikaitkan dengan masakan Perancis, Switzerland, dan Itali. Secara tradisinya memanglah dibuat dari putih telur yang dipukul dan gula, dan kadang-kadang dimasukkan sedikit bahan berasid seperti lemon, cuka atau krim tartar.
Ads
Agen yang mengikat seperti garam, tepung jagung atau gelatin mungkin juga ditambah kepada telur. Tambahan serbuk gula, yang biasanya mengandungi tepung jagung, ke dalam meringue pula menghasilkan pavlova.
Kredit Foto : azeliakitchen.net
Meringue sering diperasakan dengan rasa vanila, sedikit badam, atau kelapa. Untuk nampak menarik pewarna diletakkan. Ia merupakan manisan yang ringan. Meringue buatan sendiri sering kenyal dan lembut dengan luar yang rangup dan dibakar pada suhu rendah 82-93 darjah celcius
Ok jom min share resipi pavlova yand dikongsi dari Kinrara Resort ini :
PAVLOVA
BAHAN-BAHAN :
Ads
300 gm telur putih
500 gm gula
Secubit garam
50 gm gula halus
75 gm tepung jagung
2 sudu makan air lemon
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur hingga kembang. 2. Setelah kembang masukkan garam,gula halus, tepung jagung dan air lemon sehingga sebati. 3. Bakar pada suhu 100 darjah celcius selama 60 minit.
Ads
INFO CHEF : Jangan pukul putih telur terlalu lama, cukup sekadar kembang. Jika tidak putih telur akan kehilangan ‘volume’nya bila disatukan dengan bahan lain.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu Memasak : 1 jam Cara : Bakar Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Pencuci mulut daripada ‘meringue’
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Biskut makmur cara Ummi ni mudah saja sukat guna cawan dan guna minyak sapi. Memang menjadi dan terasa sedap gebu mencair dalam mulut.
Bahan-bahan: 3 cawan tepung gandum- BELI ONLINE DI SINI 1 cawan gula Susu tepung every day ( untuk salut kuih makmur) 2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak kemudian sejukkan dan kisar Minyak sapi cap gheeblend tin kecil
Cara membuat:
1.Gaul semua bahan kecuali susu tepung hingga menjadi doh dan buat bentuk bulat-bulat macam dalam gambar
2.Bakar ikut oven masing-masing, dah siap bakar tunggu sekejap biar sejuk.
Tidak dapat dinafikan Capati merupakan antara hidangan yang sering menjadi pilihan bila ke kedai mamak. Jika selalu dicicah dengan kuah sardin, kali ini kita jadikan sardin sebagai inti dan tambahkan keju. Hidangan ‘next level’ yang cukup sempurna, terasa kepuasan dalam setiap gigitan.
Ternyata, mentega Anchor dan Anchor Cheese Slice yang digunakan menaikkan lagi rasa ‘umphhh’ dalam hidangan. Maklumlah, mentega Anchor kan merupakan mentega tulen dengan warna kuning keemasan yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi. Anchor Cheese Slices pula tinggi dengan kalsium dan protein. Cubalah buat, pasti jadi kegemaran seisi keluarga.
CAPATI ROLL BERINTI SARDIN & KEJU
BAHAN-BAHAN:
3-4 keping capati
8-10 keping Anchor Cheese Slices
BAHAN-BAHAN B (INTI):
400gram ikan sardin (dalam tin) – buang sosnya
80gram Anchor Butter Unsalted
1 biji cili merah – cincang
1 biji cili hijau – cincang
1 labu bawang besar – cincang
1 sudu teh garam masala
1 tangkai daun ketumbar – cincang
Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali, cairkan Anchor Butter Unsalted lalu masukkan bawang besar dan tumis hingga wangi. Masukkan cili merah, cili hijau dan garam masala.
Masukkan ikan sardin lalu hancur-hancurkan. Tambah garam dan lada sulah secukupnya. Gaul rata. Tabur cincangan daun ketumbar dan tutup api.
Ambil sekeping capati, letakka 1-2 keping Anchor Cheese Slices kemudian letak sesudu int sardine ke dalam capati lalu gulung rapi.
Panakan sedikit Anchor Butter Unsalted di dalam kuali leper. Letak gulungan capati tadi ke dalam kuali lalu panaskan beberapa minit di kedua-dua bahagian.
Keluarkan capati dari kuali, potong mengikut cita rasa. Hidangkan panas.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Masalah angin dalam badan memang kerap berlaku. Kadang tu sebab pemakanan atau juga persekitaran. Angin yang ada dalam badan membuatkan kita rasa tak sedap badan.
Selalunya apabila rasa tak sedap badan, kita akan rasa lenguh kaki, sengal badan, rasa nak sendawa tapi tak lepas sebab tersekat-sekat. Perut pulak rasa sebu je. Inilah antara tanda badan kita ada angin.
Antara tanda badan banyak angin adalah:
– Rasa lesu, letih dan tidak bertenaga
– Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal
– Tapak tangan dan kaki rasa sejuk
– Selalu menguap dan mudah rasa mengantuk
– Sukar untuk bernafas dan nafas rasa pendek
– Rasa tegang pada bahagian tengkuk dan pinggang
Kalau korang ada tanda seperti di atas, cuba resipi yang dikongsikan oleh Umi Norma melalui facebooknya.
SUSU HALIA
Bahan-bahan
Satu kotak susu (brand apa pun boleh)
4 cm halia
Cara membuat
1. Halia dihiris nipis-nipis dan renehkan dengan susu tadi.
2. Guna api perlahan, kacau sehingga susu mendidih.
3. Padam api dan biarkan susu menjadi suam.
4. Sedia untuk diminum. Seeloknya minum ketika susu masih suam dan jangan biar sampai susu sejuk.
Manfaat minum susu halia
1. Berkesan mengeluarkan angin melalui sendawa dan kentut.
2. Boleh diminum bila-bila masa tak kira sama ada waktu pagi, petang atau malam.
3. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan petua daripada Facebook Wan Norma