Simple Tapi Sedap! 3 Idea Sajian Ayam Ini Memang Terbaik Untuk Dicuba

Hidangan berasaskan ayam sememangnya jadi kegemaran ramai. Dari anak kecil hinggalah orang dewasa, semuanya suka. Tidak perlu ke restoran mahal untuk menikmati sajian ayam yang enak. Hanya dengan bahan-bahan segar yang dimasak dengan ramuan terbaik, anda boleh menyediakan sajian terbaik buat keluarga. Cubalah… Anda pasti kagum dengan hasilnya.

AYAM BALADO HIJAU

BAHAN-BAHAN A

  • 5-6 ketul ayam
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
  • 2 helai daun salam
  • 1 batang serai
  • 4 biji buah keras | kisar

BAHAN-BAHAN B

  • 10 biji cili hijau | tumbuk kasar
  • 2 biji tomato hijau | tumbuk kasar
  • 1 sudu makan air asam
  • MAGGI® Cukup Rasa secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Lumurkan pada ayam bersama buah keras dan 1 sudu makan MAGGI® Cukup R Kemudian rebus ayam bersama daun salam, serai dan 3 cawan air hingga air hampir kering.
  2. Angkat ayam dari periuk lalu goreng ayam dalam minyak yang panas hingga keperangan. Ketepikan.
  3. Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B yang ditumbuk kasar hingga harum dan tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya. Tambah air asam dan gaul sebati.
  4. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati. Hidangkan.

TIPS DI DAPUR:

IKLAN
  1. Jika suka pedas, boleh tambah cili padi hijau dalam kuantiti yang dikehendaki.
  2. Tomato hijau akan memberi rasa masam semulajadi ke dalam makanan. Jika suka, boleh juga ditambah hirisan belimbing buluh.

 

AYAM SAMBAL BAWANG

BAHAN-BAHAN A

  • 5-6 ketul ayam
  • 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
  • 1 sudu makan serbuk cili

BAHAN-BAHAN B

IKLAN
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 labu bawang besar | dadu kasar
  • 60 gram Maggi Sambal Tumis
  • 1 batang serai | titik
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • MAGGI® Cukup Rasa secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Perap ayam bersama MAGGI® Cukup Rasa dan serbuk cili selama sejam atau lebih.  Kemudian goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
  2. Panaskan dua sudu makan minyak, masukkan MAGGI Sambal Tumis, serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati. Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan gaul sebati.
  3. Tuang sambal bawang ke atas ayam goreng dan hidangkan.

TIPS DI DAPUR: Jika suka pedas, boleh tambah cili padi yang dikisar bersama cili kering. Api jangan terlalu besar ketika menumis cili kerana ia akan membuatkan cili tidak masak sempurna dan pahit.

 

AYAM & SAYUR TUMIS KUNYIT

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping dada ayam | hiris nipis dan gaul dengan MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
  • 200gm bunga kobis | potong kecil
  • 10 batang kacang buncis | potong kecil
  • 1 batang lobak merah | hiris memanjang
  • 1 bij cili merah | hiris
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • MAGGI® Cukup Rasa secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam hingga agak perang.
  2. Tambah serbuk kunyit dan biji sawi. Tumis sebati.
  3. Masukkan bunga kobis, lobak merah, kacang buncis dan cili merah lalu kacau rata.  Biarkan beberapa minit masak hingga semua sayur lembut. Jika perlu tambah sedikit air.
  4. Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan kacau rata. Hidangkan segera.

TIPS DI DAPUR: 

  1. Selain sayur-sayur yang terdapat dalam resipi ini, boleh juga gantikan dengan sayur-sayur lain mengikut cita rasa.
  2. Sayur juga tidak perlu dimasak terlalu lama bagi mengekalkan khasiatnya.

Selamat mencuba!

 

Layari www.maggi.my untuk lebih resipi!