Jika anda ingin menikmati masakan Pahang yang sedap dan tempatnya yang menarik dengan hiasan barang-barang lama, elok sangat singgah ke Kuantan admin sarankan anda ke Restoran Jaman Tory Bagi untuk menjamu selera, lokasinya di kawasan rumah kedai Taman Kota Ria bersebelahan dengan Perumahan MBSB di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Apa yang menarik di restoran ini adalah menu masakan Pahang yang pelbagai dan menarik perhatian pengunjung. Antara salah satu tarikan menunya adalah Nasi Goreng Cheese Terbakar di mana ianya dihidangkan dalam aluminium foiled beserta dengan api diluarnya. Anda boleh menikmati ketika masih panas, yang penting jangan lupa ber’selfie’.
Patin Bakar Tempoyak
Antara menu makanan popular di Restoran Jaman Tory ialah Set Daging Salai (Masak Lemak Cili Api), Patin Bakar Tempoyak, Patin Goreng Panas-Panas, Ikan Kerai Goreng, Set Patin Tempoyak, Set Ayam Kampong, Sup Ayam Kampung, Set Burung Putuh Goreng, Yasai, Moyashi, Cisstebakorweh, Nasi Goreng Juara, Nasi Goreng Burung Puyuh, Nasi Goreng Ayam Kampung, Nasi Goreng Petai, Juara Char Kuew Teow, Mee Hailam C.K.T, Sizzling, Mee Sup Kole Triang, Kerang Rebus, Kerang Bakar Mee Rebus JT dan termasuk juga Rojak Buah-Buahan Tempatan.
Populariti Restoran Jaman Tory semakin terselah sehingga menarik perhatian pelanggan terutamanya di kalangan artis-artis terkenal tanah air untuk singgah menjamu selera di sini. Antara artis-artis terbabit ialah Aznil Nawawi, Fahrin Ahmad, Nassier Wahab dan ramai lagi.
Ads
Ads
Ads
Kalau teringin nak cuba boleh lah singgah restoran ni.
Kali ini RASA nak kongsikan tiga lokasi destasi gerai yang wajib korang singgah untuk dapatkan makanan dan minuman sedap. Jangan pandang rendah pada gerai sebab ada kala jualan mereka sedap-sedap belaka tau.
Peminat pelbagai minuman boba yang sedap boleh cuba minuman tersebut di Gerai Ibu Ila, Kampung Delek Kanan, Klang. Cita rasanya bagai minuman boba yang mahal. Namun harganya sangat berpatutan. Selain boba, ada juga dijual minuman lai chi kang dan juga bomboloni.
Gerai ini dinamakan Gerai Ibu Ila bersempena dengan nama pemiliknya Rahila Eila. Waktu operasi adalah dari jam 12 tengah hari hingga jam 10 malam. Harga bermula dengan RM5 untuk lai chi kang. Minuman lain bermula dengan RM6 untuk saiz biasa dan RM8 untuk gelas besar.
GERAI IBU ILA
Lokasi: Kampung Delek Kanan (sebelah balai raya, berhadapan Kedai Dobi Kita dan Kedai Waq Dan Gas)
Waktu Operasi: Jam 12 tengah hari – 10 malam.
Sejak 1960 karipap empat segi ini telah dijual dan menemui pelanggan setianya. Kini karipap empat segi yang dianggap lejen ini diteruskan legasinya untuk kekal memenuhi permintaan pelanggan.
Ashikin Kadir adalah generasi kedua yang memastikan pelanggan dapat terus menikmati karipap empat segi sebagaimana yang diusahakan oleh ibunya dahulu. Disebabkan karipap yang lain daripada yang lain ini, dia sangat berbangga dengan jenama Karipap Klasik Rembau.
Istimewanya, karipap itu dapat dinikmati panas-panas kerana digoreng digerainya sebelum dijual. Inilah yang menarik perhatian pelanggan kerana karipap digoreng panas sebelum dinikmati.
"Karipap Klasik Rembau yang asli hanya dijual di gerai saya, lokasinya di hadapan Fresco, Rembau. Tiada di tempat lain. Jika inginkan karipap empat segi asli air tangan ibu saya, boleh dapatkan di sini," kata Ashikin.
Demi memenuhi selera pelanggan juga, Ashikin menegaskan bahawa bukan hanya karipap klasik yang ada di gerainya. Namun pelanggan boleh dapatkan pelbagai jenis kuih-muih tradisional misalnya seri muka, kuih talam, akok dan kole kacang.
Justeru dia mengibaratkan gerainya sebagai one stop centre untuk orang ramai dapatkan kuih-muih untuk minum petang.
Kepada peminat cendol terutamanya cendol durian, kini anda mempunyai satu lagi lokasi untuk dituju. Cendol Durian Atok kini dibuka di Kampung Batu 7, Jalan Kebun. Memang nampak sangat menyelerakan cendol durian ni.
Kedai cendol durian ini beroperasi dari jam 2 petang hingga 11 malam. Jadi sesiapa yang berdekatan boleh datang ke sana. Cendol durian kawin bermula pada harga RM7 semangkuk atau cup.
Lokasi:
Char kuey teow USTAZ
Kampung BT 7 Jalan Kebun 40460 Shah Alam, Selangor
Berhadapan Pusat Rawatan ASSALAM
Jalan utama https://maps.app.goo.gl/FxG3Cp1hWaykjZkQA
Anda peminat tegar ayam goreng? Jom cuba chicken wings dengan pelbagai perisa di shoshedaponthego. Rasai keunikan rasa ayam salted egg dengan perisa yang sangat sedap. Shoshedaponthego menyediakan snek dalam bentuk kepak ayam dengan variasi perisa berasaskan salted egg.
Produk Shoshedap bermula
Sejak mula beroperasi pada 6 september 2020, ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Realiti menjadi kenyataan buat Mohd Asri Atan atau lebih dikenali sebagai Ashhry Shoshedap ,instafamous dengan identiti bercakap laju dalam video masakannya. Ash dan teman baiknya berganding bahu merealisasikan impian yang telah lama dirancang.
“Segalanya bermula dari saya kerana saya suka masak. Bila masak,kita nak ada identiti sendiri. Lepas makan kita rasa sedap, maka tercetuslah shoshedap. Kita nak attrack orang dengan trademark kita sendiri.
Saya sebenarnya penggemar telur masin. Satu hari terfikir nak buat satu bisnes yang berkaitan telur masin. Saya buat instant untuk menyenangkan orang. Saya tak nak telur masin yang perlu ditambah garam gula dan sebagainya.
Saya ajak kawan baik untuk buat bisnes sekali. Kami berbincang apa yang nak dibuat, maka tercetuslah serbuk telur masin shoshedap.
Bermula dengan satu perisa, selepas tujuh bulan, kami mencapai permintaan yang sangat tinggi dengan telur masin perisa original.Maka dari situ kami fikir bila dah banyak perisa, mungkin peluang bagi kami untuk mula buka kedai. Kebetulan ada orang tawarkan ruang kedai walaupun kami belum lancarkan lagi perisa baru ini ketika itu ,jadi dengan pembukaan kedai ini dapatlah orang ramai rasa perisa yang kami keluarkan.
Kami bercadang nak buka banyak cawangan memandangkan permintaan ikut tempat juga banyak,”cerita Ash .
Shoshedaponthego
Anda boleh kunjungi kedai mereka di belakang bangunan FAM atau waze saja Raf.PJ. Waktu operasi, 12 tengah hari hingga 10 malam setiap hari kecuali Isnin. Manakala cawangan kedua Shoshedaponthego di The Podium Sg Penchala @thepodiumpenchala dibuka dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.
Lima perisa chicken wings yang anda boleh pilih ikut cita rasa iaitu SALTED EGG CHICKEN, SPICY SALTED EGG CHICKEN,CHEEZY SALTED EGG CHICKEN,KOREAN SPICY YANGYEOM CHICKEN DAN KOREAN SPICY CURRY BBQ CHICKEN.
Memang kecur liur, tak sabar nak rasa ayam shoshedap ni. Kalau nak rasa semua perisa dalam satu kotak anda boleh pesan menu ini. Set Four4ALL – (Ada empat perisa, SPICY + CHEEZY + KOREAN SPICY YANGYEOM + KOREAN SPICY CURRY BBQ CHICKEN DALAM SATU KOTAK) Kombo hebat!!! Terdapat 16 ketul ayam, sesuai sangat untuk makan 4-5 orang.
“Biasa mereka pesan ialah Cheezy Salted Egg dan yang suka pedas akan pesan Korean Spicy Angnyeom Chicken.Cheezy tak pedas dan salted egg kita makan tak terasa muak. Jadi kalau makan boleh habiskan lapan ketul. Harga di antara RM15 -25. RM25 terdiri daripada empat jenis perisa ayam,”jelas Ash.
Shoshedaponthego juga ada menu baru. Mantou bun with gravy(salted egg) sangat lembut dan sedap. Sesiapa penggemar Mantou Bun kena cuba dan terdapat di The Podium. Ada dua menu untuk Mantou Bun. 1 Set Mantou Bun (6ketul) RM4.90 dan 1 Set Mantou Bun with Gravy RM5.90.
“Alhamdulillah,mereka yang datang sekali pasti datang lagi.Kalau nak tapau pun boleh.Nak pesan secara online pun boleh, kita ada servis penghantaran di aplikasi Foodpanda, Bungkusit (search shoshedaponthego).Kami juga boleh hantar ke mana- mana sahaja area dan harga tertakluk pada kawasan penghantaran.
Walaupun pandemik Covid-19 belum berakhir, kami tetap cekap mengharung cabaran.Kami nampak bisnes ni ada potensi besar.Perancangan akan datang untuk pasarkan powder salted egg ke supermarket. Selain itu jika ada event berkaitan makanan, kami akan akan sertai untuk memperkenalkan jenama kami,” ceritanya.
Ada yang craving nak rasa ayam shoshedaponthego, boleh ajak family dan kawan-kawan datang lepak makan di sini hujung minggu ini.
INGIN MEMBELI KUALI NON-STICK, BOLEH LIHAT DI SINI