Buat yang menjaga makanan atau dalam erti kata lain mengamalkan pemakanan yang sihat, pastinya masakan yang dimakan, dipantau jumlah kolesterolnya. Kadar pengambilan minyak dalam setiap masakan dikurangkan malah lebih baik memilih masakan yang tidak menggunakan minyak. Banyak menu yang boleh anda buat antaranya adalah seperti berikut;
SIAKAP STIM LEMON
BAHAN-BAHANNYA:
1 ekor siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Bahan hiris halus:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merahCARA MEMASAK:1.Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.2.Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.3.Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan.4.Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.5.Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
6.Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon.
7.Kukus kembali selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.
IKAN KUKUS KICAP BERHALIA
BAHAN-BAHANNYA:
2 keping isi kan merah
1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
4-5 biji cili padi, diketuk
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*
1/4 camca teh minyak bijan*
1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)
Ads
CARA MEMASAK:
1. Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon. perap 10 minit, cuci bersih dan toskan.
2. Lumur bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit.
3. Kemudian letak ikan tadi dalam bekas tahan panas. Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang masin. Kukus selama15 – 20 minit atau hingga ikan masak.
4.Hidangkan segera.
TELUR KUKUS MAYONESE
Bahan Bahan:
5 biji telur
1 biji bwg besar – dipotong kecil2(dadu)
1 biji cili merah – dipotong dadu
Daun bawang – dipotong halus
Garam
Mayones
Keju cheese
Ads
CARA MEMASAK:
1. Masukkan telur dalam bekas dan pukul seketika.
2. Masukkan bawang, cili merah,daun bawang dan garam, kacau hingga sebati. Masukkan mayones dan cheese. Kacau seketika.
Ads
3. Masukkan adunan telur tersebut dalam bekas dan kukus selama 10 minit.
4. Setelah masak, angkat dan sedia untuk dihidang
IKAN ASAM REBUS Bahan-Bahan :
Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai – 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasaBahan-Bahan B : untuk di kisar
Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar – 1 labu
Bawang putih – 2 ulas
Belacan – setengah inci
Kunyit – setengah inciCARA MEMASAK:
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah dikisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk dihidang.
IKAN BAWAL KUKUS PEDAS
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)
1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur
1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
1 tangkai cili merah- hiris serong
3 tangkai cili api- ketuk
5 biji lada hitam- tumbuk halus
1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air
2 biji limau kasturi diperah airnya
sedikit garamCARA MEMASAK:1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam.*** boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut. Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni.
Masih lagi dalam suasana Tahun baru Cina, min nak share satu resipi masakan cina, dijamin halal, Ngor Hiang. Mungkin anda pernah mencubanya. Isi ayam dan sebagainya dibalut dgn kulit fucuk dan digoreng. Masakan yang agak meriah sebab banyak bahan-bahan digunakan. Selamat mencuba.
Bahan-bahan: 3 bungkus kulit fucuk (dilipat tiga dan potong dpt 12 keping, lapkan kulit fucuk dgn kain utk buang kotoran melekat) 1kg isi ayam didadu kecil 1kg isi udang didadu kecil 1 mangkuk bawang besar dicincang halus 1 labu bawang putih dicincang halus 1 mangkuk carrot hiris halus 1 mangkuk sengkuang hiris halus 1 mangkuk cendawan shiitake hiris halus 1 mangkuk daun bawang hiris halus 2 biji telur Sedikit tepung beras untuk dicampurkan supaya bahan tak basah sgt… 1 sudu besar 5 rempah campuran (5 spices) 2 sudu besar minyak bijan 5 sudu besar sos tiram 2 sudu besar cuka putih 5 sudu besar sos kicap cair 1 sudu besar serbuk pati ayam Sedikit gula, lada sulah dan garam secukup rasa…
Cara memasak:
1.Gaulkan semua bahan mentah terlebih dahulu baru last masukkan telur dan tepung.. bila bahan mentah x basah sgt biarkan perap selama satu jam baru start balut..
2.1 keping fucuk masukkan dua sudu besar dan balut mcm buat popia… tepi kulit sapukan air tepung utk.melekatkannya..
3. Minyak yg cukup dan panas utk mengoreng… goreng dengan api sederhana bila minyak dah panaskan.
Berita baik untuk pengemar tempe, makanan yang sedap dan murah ini adalah makanan ajaib kaya dengan 1001 khasiat. Jadi kalau nak cantik dan sihat dengan cara selamat, amalkan makan tempe. Mudahkan? Tak perlu nak keluar duit beli segala macam suplimen.
Dengan mengamalkan makan tempe, ia dapat mencegah anda dan keluarga dari penyakit berbahaya seperti kanser. Ia juga membantu jantung lebih sihat, mengawal gula dalam darah dan meningkatkan sumber tenaga dalam diri anda.
Digoreng, dibuat sambal atau campuran dalam gulai atau sayur, tempe tetap disukai ramai. Oleh itu cuba resipi tempe yang RASA kongsikan ini sebagai permulaan atau tambah dalam koleksi resipi tempe anda.
RASA yakin dua resipi yang dikongsikan ini sangat sedap dan bolehlah share dengan kawan-kawan..
Tempe Nugget Masam Manis
Bahan-Bahan:
1 keping tempe | potong empat segi 3X3 cm
1biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkat.
Sedia dihidangkan.
Jejari Tempe Bersama Sos Kicap
Bahan-Bahan:
1 keping tempe | potong memanjang
1 biji telur
1 cawan nestum | hancurkan
1 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Bahan Sos Kicap:
2 sudu makan kicap pekat manis
6 ulas cili padi
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak:
Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur.
Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
Teringin nak makan daging tapi nak masak cepat, maka pilihan menu adalah daging yang bergoreng atau tumis. Dua cara masak ini 10-15 minit boleh siap, tapi ramai yang komen tekstur daging liat atau keras. Untuk mengelakkan daging keras atau liat, korang baca info yang RASA kongsikan ini, ia boleh membantu menyelesaikan masalah dan menjadikan masakan lebih sedap.
Hiris Nipis-Nipis
Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.
Jangan Cuci
Selepas dihiris, jangan cuci daging, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika di masak, sukup sekadar mengelapnya dengan tisu dapur.
Perap
Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula. Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.
Masak Sekejap
Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 3-5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat. Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.