Pagi-pagi ada kala kita kalut nak menyediakan sarapan sebab keadaan agak tergesa-gesa. Maklumlah anak nak ke sekolah, suami nak keluar bekerja. Kan?
Kali ini RASA kongsikan resipi Roti Goreng Sosej Cheese Leleh. Cara buatnya mudah je. Tapi sedap dan mengenyangkan. Boleh buat untuk anak dan bawakan mereka bekal ke sekolah.
Ads
ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH
Ads
BAHAN-BAHAN
• 1 bungkus roti putih.
• Kepingan keju
• Sosej (potong bulat atau memanjang)
• 3 biji telur ayam
• Minyak masak untuk menggoreng
Ads
CARA MEMBUAT
1. Sediakan 2 keping roti.
2. Letakkan keju di atas roti.
3. Letakkan sosej di atas keju.
4. Tekapkan sekeping roti di atas keju dan sosej yang telah disusun tadi.
5. Pecahkan telur ayam di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau.
6. Celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata.
7. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng. Angkat dan sedia dihidang.
Resipi roti ala Burger Big Mac Mcdperkongsian saudari Fatin Pauzi ini nampak sangat sedap dan membuka selera. Menurut beliau, resipi ini sesuai bagi anda yang nak buat perut rasa kenyang tapi tidak penuh, nak jaga perut waktu pagi untuk elak makan nasi berlemak dan berminyak. Sangat mudah cara pembuatannya. Malah suami beliau juga puji, katanya rasa lebih sedap dari burger restoran makanan segerat tersohor tu. Wow… Jomlah cuba. Pasti anda pun akan suka.
CARA MEMASAK: 1. Jika guna daging kisar, goreng dulu daging kisar guna mentega. Jangan letak garam atau gula. Kalau daging slice yang sudah masak, boleh terus letak sahaja. Tidak perlu goreng.
2. Potong bahagian tepi roti. Biar bahagian putih sahaja.
3. Letak keju mozarella atas roti. Baru letak daging.
4. Tutup dengan sekeping lagi roti dan penyet bahagian tepi biar melekat dan tertutup. Ia bertujuan supaya elak keju dan daging keluar ketika dimasak. Lakukan hingga bahan habis.
5. Pecahkan telur dalam mangkuk. 6. Letak susu segar dan lada sulah dengan secukup rasa dan pukul sampai sebati.
7. Panaskan mentega dalam kuali sampai cair.
8. Rendam habis roti dalam campuran telur tadi dan masukkan ke dalam kuali.
9. Goreng sampai masak dan balikkan roti. Biarkan bahagian satu lagi masak sempurna dan keperangan.
10. Roti ala Burger Big Mac Mcd sudah siap. Semasa masih panas, terus potong bahagian tengah kalau nak tengok keju meleleh. Sedia untuk dinikmati.
Sebenarnya ada cara senang nak buat piza. Jadi lepas ni sesiapa yang suka makan piza, boleh cuba buat sendiri tau. Tak perlu kelengkapan macam chef pun. RASA kongsikan cara buat piza dengan mudah. Tak perlu uli pun. Hanya tekan-tekan dengan tangan saja.
BAHAN-BAHAN
500 gram bread flour (tepung gandum pun boleh).
350 – 370 gram air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
2 gram pelembut roti
BAHAN TOPPING
Sedikit keju mozarella
Peppercorn
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan. Masukkan dalam bekas bertutup yang dah disapu minyak. Tutup dan setiap 30 minit tarik dan lipat doh (stretch and fold). Buat 4 set. Tangan basahkan dengan air terlebih dahulu.
2. Sapu piza pan dengan mentega atau minyak masak. Tekan-tekan doh guna tangan sehingga memenuhi pan.
3. Cucuk bahagian tengah piza dengan garpu. Doh memang lembik (high hydration).
4. Sapukan sos piza dan tabur keju mozarella. Boleh tabur sikit pappercorns.
5. Perap setengah jam. Bakar suhu 180°C sehingga masak.
Anak-anak kadang-kala susah sangat kalau nak makan roti. Tak ada selera katanya kalau roti sandwic putih tanpa rasa. Jadi anda mungkin boleh cuba hasilkan roti goreng, resipi perkongsian saudari Ratna Sari Zain. Ringkas dan rasanya pun sedap. Kalau ada roti sandwic yang dah kurang lembut, masak cara sebegini pasti akan jadi lebih enak. Sesuai sangat dinikmati sebagai snek untuk minum petang.
RESIPI ROTI GORENG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Potong roti ikut suka pastu celup dalam adunan tadi.
3. Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi. Hehe
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.