Menu Paling Simple Dan Sedap. Sotong Kentang Goreng… Lambat Melepas!

Share

Menu malam selalunya hidangan tidak terlalu berat tetapi lain dengan menu mudah ni, jika dihidangkan tentu menjadi rebutan silap gaya tinggal pinggan kosong jer. Apa kata jika sotong masih berbaki dalam simpanan buatkan sahaja resipi ini untuk anak-anak gerenti laku keras!

RESIPI SOTONG KENTANG GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • Sotong basah 1/2 kilogram
  • Kentang 5 biji
  • 3 sudu tepung Bistari
  • 3 Sudu Tepung Beras
  • 1 biji telur

CARA-CARA:


1. Kentang potong panjang-panjang. Kemudian sumbat padat-padat dalam sotong.
2. Tepung Bistari campur dengan tepung beras dan telur sebiji. Bancuh seperti nak buat cekodok. Jangan pekat dan jangan pula cair.
3. Celup-celup sotong satu persatu dan goreng dengan api kecil. Dah siap goreng, makan dan confirm sedap!

Kongsi resipi: Khairil Bariah

IKLAN