
Menu malam selalunya hidangan tidak terlalu berat tetapi lain dengan menu mudah ni, jika dihidangkan tentu menjadi rebutan silap gaya tinggal pinggan kosong jer. Apa kata jika sotong masih berbaki dalam simpanan buatkan sahaja resipi ini untuk anak-anak gerenti laku keras!
RESIPI SOTONG KENTANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
- Sotong basah 1/2 kilogram
- Kentang 5 biji
- 3 sudu tepung Bistari
- 3 Sudu Tepung Beras
- 1 biji telur
CARA-CARA:
1. Kentang potong panjang-panjang. Kemudian sumbat padat-padat dalam sotong.
2. Tepung Bistari campur dengan tepung beras dan telur sebiji. Bancuh seperti nak buat cekodok. Jangan pekat dan jangan pula cair.
3. Celup-celup sotong satu persatu dan goreng dengan api kecil. Dah siap goreng, makan dan confirm sedap!
Kongsi resipi: Khairil Bariah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramuan Buat Cili Kisar Serbaguna Warisan Ibu Mentua, Boleh Sambal Tumis, Masakan Bergoreng & Pelbagai Lagi

Isi Kandungan
ToggleStok cili kisar antara yang kena sentiasa ada dalam peti ais untuk memudahkan kerja memasak. Kebiasaannya ia dikisar berasingan dengan bawang. Namun untuk lebih menyenangkan, boleh gunakan teknik membuat cili kisar serbaguna ini.
Cili kisar serbaguna perkongsian Nurul Ateekah ini dicampur sekali dengan bawang dan ramuan sambal lain supaya memudahkan kerja memasak. Nak masak ceduk saja. Ia juga boleh tahan selama sebulan. Cili ini juga boleh digunakan untuk memasak aneka masakan bergoreng, rendang selain sambal tumis.
Cara buat stok cili kisar supaya sambal tumis jadi sedap
Cili kisar ini diajar oleh mak mertua saya, yang juga dulu seorang peniaga nasi berlauk, pelbagai jenis mi di Singapura. Wangi aroma tumisan cili ini bila dimasak. Ia juga senang, mudah nak diguna bila-bila masa nak masak.
Bila dah ada cili kisar macam ini nak buat lauk jenis sambal, masak kicap, rendang, jenis goreng semua jadi mudah. Cili kisar ini boleh tahan selama 1 bulan, dan tidak berbau, ia juga kurang pedas.
Bahan-bahan:
150gram cili kering kerinting
2 labu bawang putih
5 biji bawang besar
2 cm halia
1 batang serai
1 cm kunyit
4 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut.
2. Apabila sudah lembut, toskan airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi (sebab cili kering kadang-kadang ada warna-warna hitam, serbuk-serbuk putih, kadang-kadang ulat pun ada.
3. Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar.
4. Masukkan ke semua bahan, kisar dengan sedikit air dan minyak. Kisar sehingga lumat.
(Letak minyak boleh membantu cili kisar tahan lama, tidak berbau dan bila kisar, cilinya tidak berbiji serta cilinya betul-betul hancur).
5. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.
Cara masak sambal sotong
Ini contoh masakan sambal sotong mengggunakan cili kisar ini. Disertakan sekali tip agar dapat sambal sotong yang sedap.
1. Didihkan air, masukkan 500gram sotong, masak 4-5 minit. Angkat dan toskan sotong.
2. Masukkan satu senduk cili kisar tadi, masak sehingga pecah minyak dan sehingga cilinya masak. Waktu masak cili, memang bau tumisan harum saja.
3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan sehelai daun limau purut dan satu sudu perahan air asam jawa.
4. Masukkan gula, garam,serbuk belacan, dan kiub Knorr. Gaul sebati.
5. Masukkan sotong dan santan 2 sudu besar. Kenapa masukkan santan? Sebab nanti sambalnya akan rasa berlemak dan sedap.
6. Kacau dan angkat bila sambal masak elok.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Ateekah
Ayam Bakar Meleleh Memang Ketagih Nak Makan

Ayam bakar yang sangat ringkas dan mudah di sediakan untuk sebarang majlis. Sos leleh yang menjadi kunci utama kesedapan ayam bakar yang akan jadi rebutan ini.
AYAM BAKAR MELELEH
BAHAN-BAHAN
- 2kg Ayam (kepak atau paha)
- 8 sudu besar sos tomato
- 8 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar gula
- 2 sudu besar garam
- 2 sudu besar serbuk lada hitam
- 4 sudu makan serbuk paprika (letak lebih jika nak pedas)
- 4 ulas bawang putih ( tumbuk lumat )
- 3 sudu besar Majerin
BAHAN TAMBAHAN:
- Roti marjerin bakar
CARA MENYEDIAKAN:
- Ambil periuk dalam dan masukkan majerin dan bawang putih.
- Terus masukkan sos cili, sos tomato dan serbuk black paper.
- Kemudian paprika, garam, dan gula letak terus.
- Gunakan api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
- Gaul bersama ayam yang disediakan tadi. Gaul rata lebih kurang 10 minit dan tutup api.
- Angkat dan tutup dengan plastik wrapping simpan dalam peti ais 1 malam.
- Kemudian bakar dalam oven atau dapur sehingga masak.
*sapukan sos lagi masa terbalikkan ayam yang sedang dibakar
Kredit : #Mida Masak
Gulai Ayam Cincang Tanpa Santan Yang Sangat Sedap, Menu Jimat PKP.
Dua Menu Ayam Sedap & Paling Senang Masak, Comfirm Sekeluarga Suka.
Nasi Ayam Hainan Menu Kegemaran Anak-anak. Hidangan Lengkap Mudah Nak Buat

Nasi Ayam Hainan Menu Kegemaran Anak-anak. Hidangan Lengkap Mudah Nak Buat
Hidangan nasi ayam antara yang paling mendapat tumpuan kerana lengkap dengan menu lauk dan sup. Malah tidak ketinggalan menu sayur yang sedap.
Resipi nasi ayam Hainan daripada Mizzmoon Moon ini, senang disediakan dan lengkap dengan hidangan nasi, sup dan juga sayur.
NASI AYAM HAINAN
BAHAN REBUSAN AYAM:
8 ulas bawang putih
3 inci halia
Daun bawang
Garam dan perasa secukupnya
Air melebihi paras ayam
CARA MEMASAK:
1. Tutup periuk, rebus guna api sederhana selama 1 jam atau mengikut kuantiti ayam.
2. Ayam dah masak, keluarkan terus masukkan ke dalam air sejuk berais, rendam sekejap, supaya ayam kekal juicy.
3. Kemudian lumur ayam dengan sedikit sos tiram, saya guna sos seafood adabi, lebih sedap dan warna akan jadi cantik.
4. Bakar dengan suhu 210C selama 10 minit.
BAHAN UNTUK NASI AYAM:
3 pot beras basmathi (1 pot beras bersamaan 1 ½ pot air)
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Sedikit daun bawang
1 kiub pati ayam (optional)
Air rebusan ayam secukupnya
Minyak lemak ayam dan sedikit planta
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng tanpa minyak lemak dan kulit ayam, untuk dapatkan minyak lemak ayam.
2. Kisar halus halia, bawang putih, tumis guna minyak lemak ayam dan sesudu planta, masukkan sekali daun bawang dan kiub ayam.
3. Kemudian masukkan beras, air rebusan ayam dan garam, masak macam kita masak nasi biasa.
BAHAN SAMBAL HALIA:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Daun bawang
Minyak masak
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Saya guna chopper untuk cincang semua bahan.
2. Panaskan minyak masak, tuang ke dalam mangkuk bahan-bahan cincang tadi. Gaul sebati, kalau nak letak perasa pun boleh.
BAHAN SAMBAL CILI:
10 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit jus limau kasturi
Sedikit air
Garam, gula, perasa secukupnya
CARA MEMBUAT:
Kisar halus semua bahan. Masak sekejap hingga mendidih.
BAHAN BOK CHOY SOS TIRAM:
Sayur bok choy
Minyak masak
3 ulas bawang putih | cincang
3 sudu besar sos tiram
Bawang goreng (untuk hiasan)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Rebus bok choy dalam air, letak sedikit minyak masak. Dah agak layu, angkat dan masukkan dalam mangkuk berisi ais berais. Kemudian toskan air, susun dalam pinggan.
2. Tumis 3 ulas bawang putih cincang dengan sedikit minyak masak hingga layu.
3. Masukkkan sos tiram 3 sudu besar dan sedikit air, kacau sebati. Tuang ke atas bok choy tadi, tabur bawang goreng.
BAHAN SOS HIJAU:
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Daun bawang
CARA MEMBUAT:
Saya guna chopper untuk haluskan semua bahan. Panaskan minyak, campur dengan bahan tu semua, gaul sebati.
Kredit resipi: Mizzmoon Moon
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: