Peminat lasagna boleh try buat lasagna guna biskut cracker ni. Nampak macam senang nak buat. Rasanya pun mesti rangup-rangup sikit kan? Jom try. Tak susah pun.
LASAGNA BISKUT CRACKER
BAHAN PERAP INTI
1 tiub daging cencang
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu serbuk kari
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
1 biji bawang Holland (untuk menumis nanti)
Ads
CARA PERAP INTI DAGING
1. Satukan semua bahan inti (kecuali minyak masak dan bawang holland) dalam sebuah bekas.
2. Perapkan sekejap dalam lebih kurang 5 minit.
3. Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak untuk menumis.
4. Potong dadu bawang Holland. Tumis sekejap dan masukkan inti daging perap tadi.
5. Masak hingga garing. Bila dah masak ketepikan.
BAHAN UNTUK DILAPIS
1 cawan susu cair
1 cawan santan
1 cawan air
Marjerin | untuk sapu pada loyang
1 pek biskut cracker
10 biji telur ayam | pecahkan dan kacau
Sedikit daun bawang / daun sup
Hirisan cili
Parutan keju
Ads
CARA CELUP & LAPISKAN BISKUT
1. Siap buat inti, kita nak melapis pula. Lebih kurang macam buat cheesekut.
2. Satukan susu cair, santan dan air dalam periuk. Panaskan.
3. Sementara itu, boleh lapik loyang dengan aluminium foil. Sapukan marjerin keliling loyang 8 inci.
4. Celup biskut cracker dalam adunan susu dan santan tadi. Jangan lama nanti biskut lembik. Susun dalam loyang.
5. Letak inti daging. Ratakan telur di atas inti daging. Tambahkan daun bawang atau daun sup dan cili yang dihiris.
6. Letakkan sedikit parutan keju jika suka.
7. Letak telur lagi.
8. Ulang langkah 4 hingga 7 sampailah habis biskut dan inti daging.
9. Bakar pada suhu 170 selama 40 minit atau ikut kapasiti oven masing-masing.
10. Selesai membakar, hiasilah topping lasagna ikut kreativiti masing-masing.
Pedas, enak berperisa. Sekali cuba pasti nak makan lagi. Ha…jangan tak tahu. Kalau anda biasa makan otak-otak, sata dan sebagainya, kali ni kena cuba Pepes Ayam ni.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam |potong kecil
2 biji limau nipis |ambil air
10 batang pucuk daun kemangi |racik
2 ulas cili merah |racik
1 biji tomato |potong dadu
4 batang daun salam |hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya |sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
INFO CHEF: Pepes ayam, cara membuat dan rasanya lebih kurang dengan otak-otak.
Menu tomyam dah jadi lauk kebiasaan kita di rumah, memang ramai yang akan buat sendiri. Keebiasaannya kita akan guna perencah segera saja, lebih mudah.
Tapi bagi yang mahu rasa tomyam yang lebih asli tanpa menggunakan perencah segera boleh ikut cara yang dikongsi oleh NurulAin Alaui. Menu ini katanya dibuat hampir setiap minggu kerana anak-anak amat menyukainya.
Bahan : 1 biji bawang besar (potong 4) * 2 ulas bawang putih (diketuk * Serai (ketuk) * Daun limau purut * Tomato (potong dadu) * Cili api (ketuk) * Limau nipis Ayam (potong kecil) Sayur (lobak merah, bunga kobis, kubis, cendawan)
Cara membuat:
1.Panaskan minyak 2.Tumiskan bahan yang bertanda hingga layu 3.Kemudian masukkan air 4.Bila dah menggelegak, masukkan ayam. Renehkan biar ayam hingga masak 5.Kemudian masukkan aayur. 6.Jangan lupa perah limau nipis, masukkan garam dan serbuk perasa jika suka. 7.Kalau suka daun ketumbar boleh tabur atas. 8.Hidangkan dengan telur dadar, sambal belacan dan timun.
Dah lama rasanya tidak membuat bingka roti. Seminggu dua ni banyak cerita tersalah beli roti gardenia pandan kelapa. Selalu beli roti gardenia. Dah kebetulan ada roti pandan ni kita bakar la bagi naik lagi aromanya dengan bahan-bahan tambahan yang ada. Nak guna roti putih pun boleh saja.
BINGKA ROTI PANDAN Bahan-bahan: 6-7 keping roti pandan/putih 1/4 cawan susu cair/air biasa 200ml santan 1 cawan air/air pandan 1/2 cawan gula (suka manis lebihkan) 1 cawan tepung gandum 1 biji telur Sedikit esen vanilla (optional)-BELI ONLINE DI SINI Sedikit garam #zida2004 Sedikit emulco/esen pandan (optional)-BELI ONLINE DI SINI Sedikit pewarna hijau-BELI ONLINE DI SINI Bahan topping/tabur pilihan – Saya letak bijan hitam, kismis dan sekaya
Cara memasak: 1.Carik-carikkan atau potong roti. Rendam dengan susu cair/air paras-paras roti sahaja. 2.Dalam bekas lain, campurkan santan, air/air pandan, gula, tepung, telur, esen vanilla, garam, emulco/esen pandan dan pewarna hijau. Kacau sebati hingga gula larut dan tepung tiada ketulan. 3.Masukkan rendaman roti ke dalam bekas campuran bahan lain tadi. Kacau sebati tapi tidak perlu hingga roti hancur. 4.Sapukan butter pada periuk atau loyang. Masukkan adunan roti ke dalamnya.
5.Ratakan sedikit. Taburkan bahan topping diatasnya. 6.Bakar selama 50 minit – 1 jam dengan api gas paling perlahan atau bakar dengan oven suhu 180°C api atas bawah mengikut oven masing-masing.
7.Sejukkan baru dikeluarkan dari periuk/ loyang dan dipotong. Siap untu dihidang Kredit:#norfazidagda
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.