Hampir 3,000 pengunjung telah memeriahkan siri program Astro, Assalamuaikum Negeri Sembilan yang berlangsung semalamn 1 Februari di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Assalamualaikum merupakan siri jelajah tahunan dianjurkan oleh Astro Malaysia Holding Bhd yang menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengimarahkan dan menghidupakan suasana meriah di Masjid selain mempopularkan tempat suci umat Islam itu sebagai pusat komuniti.
Untuk tahun 2025, siri Assalamualaikum akan berlangsung di tiga lokasi utama di Malaysia – Negeri Sembilan, Kedah, dan Kelantan, siri ini bukan sahaja menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah agama, persembahan artis, dan pertandingan kanak-kanak, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan inisiatif inklusif seperti Mantai Rasa SeeNI dan rakaman program Astro Oasis Tazkirah Malam Jumaat.
Turut hadir Pengerusi Astro, Tuanku Besar Sri Menanti, YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz menyemarakkan lagi program Assalamualaikum Negeri Sembilan dan mengedarkan pek prihatin Astro Kasih kepada komuniti setempat.
Ads
Sebanyak 300 pek prihatin akan diagihkan kepada komuniti setempat di ketiga-tiga lokasi siri Assalamualaikum tahun ini. Selain itu, sebagai sebahagian daripada usaha menyokong pendidikan anak-anak kurang berkemampuan, Astro Kasih turut menyumbangkan 300 beg sekolah kepada Yayasan Munarah menerusi program ‘Kembali ke Sekolah’.
Ads
Mantai Rasa seeNI agih 600 bekas Pengat Pisang & Onde-Onde
Membuka acara di Assalamualaikum Negeri Sembilan ini ialah Mantai Rasa SeeNI yang diterajui oleh jenama masakan & resipi, Rasa dan program bual bicara Borak seeNI yang mengangkat tradisi Melayu merewang sebagai simbol kebersamaan, kasih sayang, dan kepelbagaian komuniti. Program yang bermula seawall jam 8 pagi telah berjaya menyediakan dan mengagihkan 600 bekas Pengat Pisang & Onde-Onde.
Ads
Antara tarikan utama Assalamualaikum Negeri Sembilan adalah rakaman program Astro Oasis, Tazkirah Malam Jumaat yang menampilkan panel ustad dan ustazah seperti Fakhrul Radhi, Syamsul Debat, Ustazah Asni Abu Mansor, Izmir Fareez, Ustaz Zul Ramli M. Razali dan Ustazah Ani Mansor.
Selain itu, Assalamualaikum Negeri Sembilan turut dimeriahkan oleh Persembahan Animasi Didi & Friends serta Omar & Hana, persembahan artis popular dan pelbagai aktiviti komuniti seperti pertandingan mewarna, tulisan khat dan memanah.
Selepas Negeri Sembilan, siri Assalamualaikum akan diteruskan di Masjid MADAD, Sungai Petani, Kedah pada 7 Februari 2025, sebelum melabuhkan tirai di Masjid Sultan Al-Ismail Petra , Kelantan, pada 14 Februari 2025.
Jangan lepaskan peluang untuk sertai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan di siri Assalamualaikum yang akan datang yang akan terus mempersembahkan elemen unik tersendiri mengangkay tema “Meriah Lain Macam” sebagai penggerak utama siri Assalamualaikum untuk tahun 2025.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi tahun ke-5, Nu Ideaktiv Sdn Bhd melalui Majalah Rasa sekali lagi telah menganjurkan program Rasa Bubur Lambuk Warisan 2023. Program yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam telah bermula seawal 7.30 pagi sehingga 8.00 malam.
Istimewa program tahun ini, Rasa telah menghimpunkan 10 resipi Bubur Lambuk yang popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Antaranya Bubur Lambuk dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Penang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.
Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan SAJI serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan Frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim, melihat program ini sebagai satu platform untuk menghimpunkan pelbagai generasi atau unit kekeluargaan bersama-sama menghayati warisan peninggalan nenek moyang kita.
“Kepelbagaian cita rasa ini dibawakan ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam agar dapat mengubat rindu semua kepada kampung halaman. Sudah semestinya kita dapat menikmati keenakan bubur lambuk negeri lain, di satu lokasi tanpa perlu travel jauh,” ujar Syamil Fahim.
Sementara itu, pihak BABA’S menyatakan amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat terlibat untuk menjayakan program murni ini dalam mengimarahkan bulan Ramadan yang barakah ini. BABA’S turut mendermakan duit raya, beg hadiah bersama barangan produk BABA’S ke rumah anak yatim dengan harapan ia dapat memberi keceriaan untuk menyambut sambutan Hari Raya yang akan datang nanti.
“Setiap resipi yang dimasak hari ini menggunakan produk BABA’S di mana sebanyak 50 kilogram rempah ratus BABA’S telah disumbangkan,” Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA’S.
“PetronMalaysia sebagai penaja gas memasak rasmi untuk majlis Rasa Bubur Lambuk Warisan merasa sangat teruja melihat Chef Adu dan Chef Fendi bersama-sama sukarelawan menyediakan Bubur Lambuk menggunakan Petron Gasul kami. Kami amat gembira telah menjadi sebahagian daripada majlis ini bagi meraikan serta menonjolkan ciri-ciri unik budaya Malaysia,” kata Mohd Asri Ibrahim, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia.
Menurut Encik Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif DOPSB, FGV Holdings Berhad pula komited dalam mencari peluang untuk memberi khidmat sokongan terbaik kepada masyarakat dengan berkolaborasi bersama pihak kerajaan mahupun swasta. Menerusi jenama ulung, SAJI, FGV sentiasa aktif menjalankan projek dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membantu serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Seawal jam 7 pagi, dua katerer, Shilaz Event Management dan Hidayah Maju Caterers yang dilantik untuk melaksanakan program ini sudah mula sibuk dengan penyediaan bahan-bahan untuk memasak.
Team Rasa, warga Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan juga sukarelawan berkumpul untuk menjayakan Rasa Bubur Lambuk Warisan pada 1 April 2023.
Penganjuran kali ini dianggap lebih istimewa kerana bukan sahaja kita menyediakan 20 periuk bubur lambuk dengan 10 resipi bubur lambuk yang popular, malah turut mengedarkan sebanyak 6000 pek bubur lambuk.
Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha dalam memberi semula dan berkongsi rezeki kepada masyarakat.
Majalah RASA sebagai media masakan dan resipi di bawah Nu Ideaktiv ingin terus mengangkat dan memartabat tradisi masakan citarasa Malaysia dan budaya kita.
Setiap bubur lambuk yang dimasak pada hari ini juga semestinya lebih istimewa kerana turut direncahkan dengan rempah ratus dari BABA’S. Pilihan rempah ratus lengkap untuk setiap masakan.
Bubur lambuk ini dimasak menggunakan santan dari SAJI manakala gas pula dibawakan oleh Petron Gasul. Kelebihan api biru dari Petron Gasul mempercepatkan lagi proses memasak.
Sebanyak 6000 pek bubur lambuk diagihkan ke 15 lokasi terpilih. Antaranya Hospital Shah Alam, IPD Shah Alam, Bomba Sekyen 15,Masjid Al- Amin, Sek 17,Surau An-Nur, Sek 20,Surau Nurul Iman, Padang Jawa, Masjid Taman Sri Muda, Sek 25,Masjid Jamek Raja Tun Uda, Sek 16, Masjid Al-Jannah, Sek 23, Penduduk Suri Puteri, Masjid Sek 7, Surau Hamidin Sek 19, Komuniti Apt Komuteraya, PPRT Lembah Pantai, Masjid Al-Ikhlasiah KL dan orang ramai yang berkunjung ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Untuk tahun ini, Ideaktiv bersama BABA’S, Petron Malaysia dan SAJI turut meraikan kehadiran anak anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan untuk berbuka puasa bersama. Sumbangan duit raya turut diberikan kepada 70 orang anak-anak yatim. Semoga sedikit sebanyak dapat menceriakan syawal yang akan tiba tak lama lagi.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Haji Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam, Ketua Operasi BABA’S Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia Encik Megat Mohd Jeffri, Penasihat Jenama Petron Malaysia Puan Fatin Sarjat, Ketua Pemasaran Delima Oil Product Dan Pengurusan Delima Oil Product, Syamil Fahim Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Editor Pengurusan Rasa, Ida Abdul Aziz.
Tidak ketinggalan YB Hajah Rodziah Ismail, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang sempat hadir pada tengahari dan turut bersama-sama para sukarelawan membungkus bubur lambuk.
Yb Rodziah menyatakan usaha yang dijalankan oleh Ideaktiv dan Majalah Rasa ini amat bagus kerana bukan sahaja dapat berkongsi rezeki malah berjaya menghimpunkan pelbagai citarasa bubur lambuk pada satu masa. Katanya usaha ini perlu diteruskan di masa-masa akan datang dan berharap lebih banyak resipi bubur lambuk dari seluruh Malaysia dapat dihimpunkan.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Izzue Islam, Feeya Iskandar, Chef Adu, Chef Qayyum, Shaza Bae, Syamira Nazir dan Aqil Taqee yang turut sama memberi agihan bubur lambuk kepada orang ramai.
Majlis diakhiri dengan berbuka puasa bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan.
Ucapan ribuan terima kasih kami kepada rakan penaja; BABA’S, PetronMalaysia dan SAJI serta MBSA kerana telah bersama-sama menjayakan program ini.
Bangga! Tiada kata yang boleh diucapkan apabila melihat kejayaan anak Malaysia di luar negara. Lebih membanggakan bila kemenangan itu diperolehi menerusi sajian hidangan tradisi Malaysia. Ternyata keunikan dan keenakan sajian Malaysia berada di kelas yang tersendiri dan mampu diangkat ke peringkat antarabangsa.
Memilih untuk menyajikan Nasi Lemak Bunga Telang, hidangan Chef Safura Tawilyang juga merupakan chef kepada Duta Besar Malaysia di Dubin, Ireland telah berjaya memikat juri seterusnya memenangi pingat emas dalam pertandingan Chef Ireland Culinary Competition 2020.
Ini bukanlah kali pertama Chef Safura mengharumkan nama negara. Pada tahun 2016, beliau juga telah mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam pertandingan “Embassy Chef Challenge 2016” di Ottawa, Kanada menerusi hidangan Pulut Kuning.
Menerusi perkongsian di laman sosial miliknya, Chef Safura menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang membantu dan menyokong beliau.
Bulan Ogos, bulan kemerdekaan buat rakyat Malaysia. Dan pada bulan ini jugalah kita dapat melihat kreativiti orang kita meraikan kemerdekaan dengan pelbagai cara.
Salah satunya, Pau Bendera Gergasi yang dihasilkan team Pau Pak Ngah! Memang besar dan mengagumkan!
Untuk menghasilkan Pau Bendera Gergasi ini, sebanyak 387 biji pau digunakan dan mengambil masa tiga jam untuk disiapkan.
Siapa yang tak banggakan, apabila jenama pau tempatan meraikan bulan kemerdekaan dengan cara yang unik.
Menurut Nur Afifah Roslan, pengusaha kuih pau dan juga merangkap Ketua Operasi di Pau Pak Ngah, Pau Merdeka merupakan salah satu usaha daripada team Pau Pak Ngah sebagai lambang kecintaan terhadap negara.
“Apa yang membuatkan saya kuat dalam menguruskan perniagaan ini adalah keluarga dan team Pau Pak Ngah itu sendiri.
“Saya sedar yang menjalankan perniagaan bukanlah semata-mata untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga,” ujar Afifah yang berusia 29 tahun.
Afifah mengambil alih perniagaan kecil-kecilan daripada ibu bapanya kerana melihat potensi yang sangat besar dalam perniagaan ini.
Minat yang mendalam dalam sektor pemakanan dan minuman membuatkan Afifah secara tidak langsung berminat dalam penglibatan perniagaan ini.
Perniagaan Pau Pak Ngah ini bermula pada tahun 2004 dan terus berkembang hingga ke merata tempat. Dibuat daripada 100 peratus buatan tangan, Pau Pak Ngah ini terdapat banyak perisa, antaranya Pau Kaya, Pau Kacang Merah, Pau Kelapa dan Pau Coklat. Manakala perisa premium pula Pau Cheesy Beef Bolognese, Pau Mushroom Chicken Carbonara, Pau Rendang Daging dan Pau Black Pepper Beef.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Gulai Ayam Serai tradisional yang wangi, pedas dan berlemak seimbang. Lengkap dengan teknik tumisan, rahsia kuah pekat dan rasa yang memikat hati.