Pemenang “The Great British Bake Off” telah dinobatkan sebagai model peranan Islam semalam selepas memenangi pertandingan program realiti masakan popular, The Great British Bake Off. Nadiya Jamir Hussain, seorang ibu beranak tiga berusia 30 tahun tiga dari utara Leeds, terselamat selama 11 minggu dari penyingkiran. Nadiya mengagumkan para juri dengan pelbagai ciptaan seni masakannya.
Dalam pusingan akhir, Nadiya telah membuat sebuah kek dengan perincian sari berwarna biru, merah, dan putih mewakili warna bendera Britain.
Nadiya memikat para penonton dengan pelbagai ekpresi wajahnya dan menjadi pilihan mereka untuk menjuarai pertandingan itu. Dianggarkan sebayak 14 juta penonton menyaksikan pertarungan akhir “The Great British Bake Off”.
Ads
Persatuan Islam Britain melihat Nadiya sebagai inspirasi kepada komuniti Islam di negara itu terutamanya kaum wanita. Nadiya mengaku yang dia juga berasa sangsi akan kebolehannya serta penerimaan orang kerana imejnya yang berhijab. Ketika dinobatkan sebagai pemenang, dia berkata yang tidak akan sesekali meragui dirinya lagi. Sebelum menyertai pertandingan ini, Nadiya hanyalah seorang suri rumah dan sekarang suah bersedia untuk merebut lebih banyak peluang dam bidang masakan. Pemenang-pemenang musim lepas sudah membina kerjaya serta menulis buku masakan dan terlibat dalam penulisan ruangan akhbar. Kepada Nadiya Jamir Hussain, tahniah RASA ucapkan!
Kalau sebut tentang hidangan berkuah yang mampu membuka selera, sup tulang dan daging memang antara pilihan yang sukar ditolak. Lebih-lebih lagi apabila kuahnya pekat, berempah dan dimakan panas-panas bersama nasi putih, bihun atau roti. Tambah pula dengan sambal kicap pedas, memang bertambah-tambah selera dibuatnya.
Resipi Sup Tulang Daging ini sesuai untuk mereka yang mahukan kuah yang kaya rasa, daging yang empuk serta aroma rempah yang benar-benar menyelerakan. Untuk mendapatkan hasil yang sedap, setiap langkah perlu dilakukan dengan betul supaya semua bahan dapat bergabung dengan sempurna.
Namun, untuk mendapatkan sup yang benar-benar sedap dan kaya rasa, bukan sekadar campak semua bahan ke dalam periuk. Ada teknik dan langkah tertentu yang perlu diikuti supaya rasa rempah sebati, daging empuk dan kuah menjadi lebih mantap.
Jika anda sedang mencari resipi sup tulang yang menjadi, boleh cuba resipi perkongsian NurulHuda Yaakub ini. Sukatan bahan yang jelas serta cara penyediaan yang teratur menjadikannya sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak mahupun yang ingin menaik taraf resipi sup sedia ada.
Masukkan tulang lembu, daging dan hirisan halia ke dalam periuk besar. Tambahkan air secukupnya dan rebus sehingga daging dan tulang menjadi empuk. Proses ini mengambil masa kira-kira 3 jam bergantung kepada jenis daging dan saiz tulang yang digunakan. Semakin lama proses rebusan dilakukan, semakin banyak pati dan rasa semula jadi tulang akan keluar ke dalam kuah.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis. Tumis sehingga layu dan bertukar sedikit keperangan.
Tambahkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Langkah ini penting kerana ia membantu mengeluarkan aroma serta rasa yang lebih mendalam pada kuah sup. Jangan tergesa-gesa kerana proses menumis yang sempurna memberi kesan besar terhadap rasa akhir hidangan.
Masukkan bancuhan rempah sup dan kacau rata. Gunakan api sederhana supaya rempah tidak hangus. Teruskan mengacau sehingga rempah masak dan minyak mula timbul di permukaan.
Tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang dan daging. Kacau hingga sebati supaya semua rempah dapat bercampur dengan kuah rebusan.
Masukkan sup bunjut, serbuk lada putih, mushroom seasoning dan garam secukup rasa. Biarkan sup mendidih perlahan sehingga kuah menjadi lebih pekat dan semua rasa sebati. Pada peringkat ini, anda boleh membuat pelarasan rasa mengikut cita rasa keluarga.
Akhir sekali, taburkan daun sup yang telah dihiris halus sebelum dihidangkan. Hidangan ini lebih menyelerakan apabila dinikmati ketika masih panas.
Salah satu kelebihan utama hidangan ini ialah gabungan rempah yang menghasilkan aroma yang kuat tetapi tidak terlalu menyengat. Selain itu, penggunaan tulang dan daging dalam satu rebusan membantu menghasilkan kuah yang lebih berlemak, kaya rasa dan memuaskan.
Resipi Sup Tulang Daging juga sangat fleksibel kerana boleh dihidangkan bersama pelbagai pilihan makanan sampingan seperti nasi putih, bihun sup, roti Perancis atau roti benggali. Bagi penggemar makanan pedas, sambal kicap bersama hirisan cili padi memang pelengkap yang cukup sempurna.
Hasilnya, anda akan mendapat semangkuk sup tulang dan daging yang pekat, berempah dan penuh rasa. Memang sesuai dinikmati ketika cuaca hujan atau dijadikan hidangan istimewa untuk seisi keluarga. Sekali cuba, memang susah nak berhenti menghirup kuahnya.
Dapat penginapan 2 hari 1 malam, dapat makan tanpa had selama 9 jam dan dapat baucar tunai beli-belah. Perghhhhh. Apa lagi nak? Memang sangat berbaloi jika korang dapatkan Pakej Penginapan Stay-Kawtim, Makan Unlimited dari Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur ni. Kena cepat grab pakej ni sebab tempoh tempahan dilanjutkan hanya sehingga 30 September 2020.
• Harga hanya RM238.
• Penginapan 2 hari 1 malam di Bilik Superior untuk dua (2) orang dewasa dan dua (2) kanak-kanak (di bawah 12 tahun) termasuk sarapan pagi.
• Makan Unlimited selama 9-jam, dengan lebih daripada 40 menu istimewa termasuk makanan Melayu, Cina, India, dan Barat, serta pilihan yang menyelerakan untuk kanak-kanak.
• Waktu makan mula dari jam 12.00 tengah hari. Makan Unlimited dihidang secara berterusan dari waktu makan tengah hari, minum petang dan diakhiri dengan makan malam. Pilihan menu berubah untuk setiap tempoh makan.
• Baucar tunai bernilai RM100.00 dan diskaun serta tawaran hebat dari kedai tertentu di Sunway Putra Mall. Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Betul. Macam-macam dihidangkan.
.
.
.
.
.
.
.
Ya, boleh! Pakej ini boleh digunakan pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Check in jam 3.00 petang. Tapi kita boleh datang seawal jam 12 tengah hari untuk MAKAN Unlimited dahulu. Kemudian barulah check in.
Apa yang menarik? Sudah semestinya tempat shopping! Hotel ini ada laluan terus dengan pusat beli-belah Sunway Putra Mall yang ada lapan tingkat ini. Kita boleh shopping 300 jenama antarabangsa dan tempatan. Ada juga pelbagai restoran, kemudahan rekreasi hiburan dan taman permainan kanak-kanak in-door. Sunway Putra Mall beroperasi setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan boleh diakses dari lobi hotel di tingkat bawah. Wow sangat kan?
Kita juga boleh bersiar-siar menaiki bas pelancong dua tingkat berbumbung terbuka KL Hop-On Hop-Off. Laluan perjalanan bas KL Hop-On Hop-Off ini meliputi 27 perhentian yang merangkumi lebih 60 tarikan pelancongan utama dan mercu tanda dengan penerangan. Kalau berminat boleh rujuk pada perkhidmatan concierge hotel untuk maklumat laluan, tiket atau untuk tempahan khas.
Jangan risau. Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur menerapkan prosedur operasi standard biasa (SOP) baharu dan meningkatkan amalan dan protokol kebersihan. Hotel ini juga menjalankan Program Sunway Safe Stay. Ada lebih daripada 30 protokol amalan pembersihan yang ketat untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para pengunjung.
Program Sunway Safe Stay menitikberatkan amalan pembersihan yang ketat untuk jaminan, keselesaan dan taraf kesejahteraan yang optimum bagi memastikan keselesaan penginapan para pengunjung di Sunway Putra Hotel.
Pakej STAY-Kawtim, MAKAN Unlimited ini sebenarnya bertepatan dengan usaha kerajaan untuk merangsang sektor pelancongan. Jangan lupa dengan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 bagi pelancongan domestik yang diumumkan sebelum itu. Tempoh untuk menuntut pelepasan cukai tersebut telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Kerajaan Malaysia juga telah mengumumkan pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis penginapan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021 dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Pengecualian cukai perkhidmatan (TTx) tersebut juga dapat dinikmati oleh penginap warga negara asing yang menginap di Malaysia.
Siapa sangka sebuah karipap mampu mencipta sejarah tersendiri? Selepas tiga dekad menjadi teman setia pelanggan ketika membeli-belah, karipap IKEA Malaysia kini secara rasmi mencatat nama dalam Malaysia Book of Records menerusi kategori ‘Jualan Karipap Terbanyak dalam Setahun’ selepas berjaya merekodkan jualan luar biasa sebanyak 8.6 juta karipap di seluruh negara.
Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan populariti snek tersebut, malah mengukuhkan kedudukannya sebagai antara kudapan paling digemari rakyat Malaysia tanpa mengira usia dan latar belakang.
Bagi ramai rakyat Malaysia, kunjungan ke IKEA terasa tidak lengkap tanpa menikmati karipap panas yang rangup di luar dan enak di dalam. Ia bukan lagi sekadar makanan ringan, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada pengalaman membeli-belah di gedung perabot terkenal itu.
Sama ada dinikmati selepas penat berjalan memilih perabot, ketika meluangkan masa bersama keluarga, atau sekadar singgah untuk menikmati snek kegemaran, karipap IKEA berjaya mencipta kenangan tersendiri buat pelanggan setianya.
Menurut Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys, pencapaian tersebut membawa makna yang lebih besar daripada sekadar angka jualan.
“Pengiktirafan ini bukan sekadar tentang angka, tetapi jutaan momen manis di sebaliknya. Di Malaysia, makanan adalah cara kita berhubung, bersantai dan meluangkan masa bersama,” katanya.
Tambah beliau lagi, hakikat bahawa karipap IKEA menjadi sebahagian daripada rutin harian ramai rakyat Malaysia merupakan sesuatu yang amat bermakna buat syarikat tersebut.
Di Malaysia, makanan sememangnya memainkan peranan besar dalam menyatukan masyarakat. Tidak kira kaum atau generasi, makanan sering menjadi medium untuk berkumpul dan mencipta kenangan bersama.
Karipap IKEA Malaysia dilihat berjaya membawa semangat tersebut. Dengan harga yang mampu milik dan rasa yang konsisten, ia menjadi pilihan ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Pengurus Makanan IKEA Malaysia, Raymand Yeastman berkata, makanan sentiasa menjadi elemen penting dalam keseluruhan pengalaman IKEA.
“Karipap kami telah menjadi kegemaran yang dekat di hati ramai orang. Pencapaian ini menunjukkan bagaimana sesuatu yang ringkas mampu menyatukan orang ramai merentasi generasi,” jelasnya.
Kejayaan ini juga mencerminkan komitmen IKEA Malaysia dalam menawarkan makanan berkualiti pada harga berpatutan, selari dengan konsep jenama itu yang mahu memberikan pengalaman harian lebih baik kepada orang ramai.
Bersempena pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records itu, IKEA Malaysia turut melancarkan kempen khas dikenali sebagai #IKEAripapYourWay.
Kempen tersebut mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi kreativiti dan versi ‘rekod’ mereka sendiri bersama karipap IKEA. Idea ini diinspirasikan daripada pencapaian nasional yang berjaya dicatatkan oleh IKEA Malaysia.
Menerusi kempen ini, pelanggan boleh berkongsi pengalaman unik, cara menikmati karipap, atau detik istimewa mereka bersama kudapan popular itu di media sosial.
Pendekatan tersebut secara tidak langsung menjadikan sambutan ini lebih dekat dengan rakyat Malaysia, sekali gus meraikan hubungan emosi yang telah terjalin antara pelanggan dan jenama itu selama 30 tahun.
Sebagai simbol penghargaan kepada pelanggan setia, IKEA Malaysia turut mengagihkan sebanyak 500 karipap percuma pada 8 Mei lalu di empat cawangannya iaitu IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Tebrau dan IKEA Batu Kawan.
Inisiatif itu mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang menikmati karipap panas secara percuma sambil meraikan pencapaian bersejarah tersebut.
Bagi IKEA Malaysia, kejayaan paling bermakna adalah apabila ia dapat dikongsi bersama pelanggan yang selama ini menyokong perjalanan jenama itu di negara ini.
Sempena ulang tahun ke-30 penubuhannya di Malaysia, IKEA terus komited dalam mencipta pengalaman harian yang lebih baik buat rakyat negara ini.
Selain terkenal dengan kelengkapan rumah yang moden dan praktikal, IKEA juga berjaya menjadikan bahagian makanannya sebagai salah satu daya tarikan utama pelanggan.
Daripada bebola daging Sweden hinggalah kepada karipap ikonik yang dekat di hati rakyat Malaysia, IKEA memahami bahawa makanan mempunyai kuasa untuk mencipta hubungan dan kenangan yang berkekalan.
Hakikat bahawa sebanyak 8.6 juta karipap berjaya dijual dalam tempoh setahun jelas membuktikan bahawa makanan ringkas juga mampu meninggalkan impak besar dalam kehidupan masyarakat.
Dan selepas 30 tahun, karipap IKEA Malaysia bukan lagi sekadar snek, ia kini menjadi sebahagian daripada nostalgia dan budaya makan rakyat Malaysia.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Khasiat santan bukan sekadar menyedapkan masakan. Ketahui 5 manfaat santan untuk kesihatan termasuk membekalkan tenaga, vitamin, mineral, antioksidan dan membantu penyerapan nutrien apabila diambil secara sederhana.