Siapa yang tak kenal chef Fikree dari program Helo Bro… Tolong Masak!, kemudian ke Dapr Panas dan akhirnya ke Hot Oven dan banyak lagi program masak yang menampilkan dirinya sama ada sebagai hos bersama atau chef jemputan. Kini chef yang pada asalnya tidak mahu terjebak dengan dunia glamor akhirnya akur sebagai chef seleberiti kerana takdir menentu segalanya. Tidak hairanlah kalau facebook dan instagram Chef Fikree menjadi carian para peminatnya.

Katanya, ingatkan bila duduk di dapur tak ramai orang kenal, tapi bila ada kemudahan teknologi segalanya berubah. facebook dan instagram juga banyak membantu umum mengenali dirinya. Bapa kepada Jaydan, anak lelaki Chef Fikree yang sungguh comel ini sangat menghargai para peminatnya dan tidak kedekut berkongsi ilmu masakan dan resipi.

“Tak sangka pulak bila dipenghujungnya, saya terjebak juga sebagai selebriti dan muncul di kaca TV. Agaknya memang itu yang tertulis. Lagi pun saya suka memasak,” ujar Chef Fikree.

Ingin mengetahui perkembangan lanjut chef instafamous ini boleh mencarinya di instagram cheffikreeaznan

IKLAN

Chef Fikree Dari Dapur Terjebak Jadi Selebriti

DAGING KICAP PEDAS

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 400 gm daging batang pinang | hiris nipis dan bersihkan
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu the serbuk jintan putih
  • 2 sudu makan pes  cili kering
  • Sedikit air asam Jawa
  • 1 labu bawang besar | hiris
  • 2 batang serai | titik
  • Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis
  • BAHAN KISAR
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

  1.  Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau hingga garing sedikit. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata. Masukkan sedikit air dulu, biar daging mesra dengan kicap dan empuk.
  4. Masukkan pula air asam Jawa dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi. Tambahkan pula garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar. Kacau hingga layu sekejap dan angkat.
  6. Sedia dihidangkan.

Chef Fikree Dari Dapur Terjebak Jadi Selebriti

IKLAN

PAJERI NANAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas saiz kecil | hiris bulat
  • 500ml santan pekat
  • 1 paket rempah kari daging
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2 ulas bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dalam periuk. Setelah mendidih celur nanas seketika.
  2. Angkat dan toskannya.
  3. Sementara itu, panaskan minyak tumis rempah penumis hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  5. Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.
  6. Akhir sekali masukkan nanas dan santan pekat.
  7. Biarkan mereneh seketika, kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  8. Kecilkan api, biarkan kuah pajeri pekat dan timbul minyak baru tutup api.
  9. Pajeri sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI