Perkara macam ni selalu terjadi pada geng mak-mak. Maklumlah tengah kelam kabut nak masak, anak sorang duk menangis, sorang lagi duk terjerit-jerit marahkan adik. Hai..macam-macam. Tengah kelam-kabut tu, tidak mustahil kalau anda ‘terletak’ lebih garam dalam masakan. Akibatnya, masakan yang dimasak akan menjadi masin dan tidak sedap. Di sini, ada beberapa petua yang boleh digunakan untuk mengurangkan rasa masin dalam masakan.
CARA KURANGKAN RASA MASIN DALAM MASAKAN TANPA GUNA AIR
Petua 1:
Ads
foto: wikimedia
Dapatkan sejemput kelapa parut dan dijadikan bunjut dengan membungkusnya menggunakan kain jarang. Masukkan ke dalam masakan yang terlebih masin itu selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bolehlah keluarkan bunjut tersebut.
Petua 2:
Cari pelepah pisang sepanjang 4 cm dan bersihkan. Kemudian, masukkan ke dalam masakan sehingga mendidih. Setelah mendidih, keluarkan pelepah dari masakan.
Ads
Petua 3:
Ads
Masukkan kentang yang dibelah dadu ke dalam masakan yang terlebih masin untuk menyerap rasa masin. Jika tiada kentang, gantikan dengan timun yang dipotong memanjang.
Petua 4:
foto: wikimedia
Tutup masakan yang masin itu menggunakan tudung periuk. Biarkan ia mendidih dan matikan api. Biarkan tudung periuk selama beberapa minit. Kemudian, angkat tudung periuk tersebut dan cuci dengan air bersih. Tanpa mengeringkan tudung periuk tersebut, tutup kembali masakan yang terlebih masin tersebut dan biarkan. Buka hanya apabila ingin menghidangkannya.
Empat petua ini pastinya boleh membantu anda di dapur. Cubalah, anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.
Bila dapat makan buah oren sejuk-sejuk baru keluar dari peti ais..fuhhhh terasa nikmatnya ..Tapi mesti ramai yang sering terbeli buah oren yang masam kan? Terus terpotong selera nak makan.. Haa boleh tengok petua ni untuk pastikan buah oren yang kita beli tu manis. In Sha Allah menjadi..Selamat mencuba!
Petua Memilih Buah Oren Manis!
Pastikan buah oren tersebut mempunyai lubang di atas kepalanya, seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Kiranya spesies buah oren berlubang ni manis. Cuba bayangkan dapat makan sejuk-sejuk buah oren ni..nyumm!
Sekiranya buah oren tersebut tidak mempunyai lubang (seperti di dalam gambar), haa masam lah maknanya okay. Makan pun sambil pejam-pejam matalah jawabnya. Buat jus sesuai. Konklusinya, buah oren yang tidak berlubang ni selalunya masam. Ingat taw!
Begitulah kisahnya buah oren masam VS oren manis, atau buah oren berlobang VS tidak berlubang. Lepas ni boleh lah borong buah oren manis banyak-banyak ya..Jangan lupa cuba petua ni okay!
Korang suka cucur jagung, tapi tak suka yang berminyak, keras atau terlalu lembik, ini ada tip mudah yang boleh korang cuba supaya hasil cucur jagung yang korang buat rangup, sedap dan takda masalah berminyak lagi. Tidak salah mencuba tip ni ye..
Guna Jagung Manis
Gunakan jagung manis, kemudian hirisan isinya seperti hirisan membuat bubur, kemudian gunakan bahagian belakang pisau untuk keluarkan kanjinya yang masih berbaki pada tongkol jagung.
Tepung Beras
Ramai yang membuat cucur menggunakan tepung gandum, tetapi jika korang ingin mendapatkan tekstur cucur yang rangup ia perlu dicampurkan dengan sedikit tepung beras. Nisbahnya ialah 3:1 atau 2:1 (dua untuk tepung gandum : satu untuk tepung beras). Terpulang kepada cita rasa korang dan keluarga. Sebaiknya gunakan tepung gadum rendah protein dan tambah sedikit serbuk penaik dalam adunan cucur.
Tambah Bawang
Selain menambah garam sebagai perasa, korang boleh tambah bawang. Ada yang menggunakan hanya bawang putih, ada juga yang menggunakan gabungan bawang putih dan merah. Malah untuk lebih menarik boleh tambah hirisan daun bawang dan cili merah. Terpulang pada cita rasa korang.
Tambah Stok Serbuk
Rasa sedap pada cucur termasuk cucur jagung adalah dengan menambah sedikit perasa ayam, daging, ikan bilis atau cendawan. Ikut cita rasa korang. Kalau korang nak masukkan udang atau ayam segar yanga dicincang juga tidak menjadi masalah.
Adunan Perlu Konsisten
Pastikan kekentalan adunan adalah konsisten setiap kali membuat cucur. Jika menggunakan telur, masukkannya di awal adunan campuran jagung dan tepung sebelum menambah air, dengan cara ini korang boleh mengagak kepekatan. Biasanya kepekatan yang diperlukan seperti korang membuat lempeng. Jika ingin lebih nipis, adunan mestilah sedikit cair.
Pastikan Minyak Baru & Banyak
Gunakan minyak baru, ini penting supaya cucur jagung korang tidak dicemar oleh aroma masakan lain yang telah digoreng dengan minyak tersebut.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Marjerin dan mentega merupakan dua bahan asas penting dalam dunia masakan yang sering digunakan untuk pelbagai hidangan. Sama ada untuk menyediakan kek, biskut atau lauk pauk, kedua-duanya memainkan peranan besar dalam menentukan rasa dan tekstur makanan. Namun, tahukah anda bahawa terdapat perbezaan marjerin dan mentega yang ketara walaupun secara luaran kelihatan hampir sama?
Mentega diperbuat sepenuhnya daripada lemak haiwan, khususnya lemak susu. Ia mempunyai warna yang lebih pucat berbanding marjerin dan teksturnya lebih lembut apabila berada pada suhu bilik.
Kandungan vitamin di dalam mentega juga lebih tinggi seperti Vitamin A, E dan K yang tidak larut dalam air. Oleh sebab itu, mentega perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.
Dalam masakan, mentega sering digunakan untuk membuat kek, pastri, biskut dan pelbagai hidangan barat. Aroma dan rasa yang dihasilkan oleh mentega lebih kaya dan berlemak, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan kualiti rasa.
Marjerin pula diperbuat daripada campuran lemak haiwan dan lemak sayuran. Warna marjerin biasanya lebih kuning berbanding mentega dan ia tidak mudah cair walaupun dibiarkan pada suhu bilik.
Dari segi kandungan, marjerin mengandungi sedikit vitamin berbanding mentega tetapi lebih mudah disimpan kerana tidak memerlukan suhu sejuk.
Marjerin sesuai digunakan untuk pelbagai resipi tempatan seperti kuih muih, kek tradisional dan nasi tumis. Malah, gabungan antara marjerin dan mentega boleh menghasilkan aroma yang lebih wangi serta rasa yang lebih seimbang dalam masakan.
Apabila resipi menyatakan penggunaan mentega, sebaiknya jangan digantikan dengan marjerin kerana ia boleh mengubah rasa dan tekstur makanan. Begitu juga sebaliknya — jika resipi memerlukan marjerin, gantian mentega mungkin menghasilkan hasil yang berbeza daripada yang dijangka.
Secara ringkasnya, perbezaan marjerin dan mentega terletak pada sumber lemak, rasa, warna, dan cara penyimpanan. Mentega memberi rasa asli dan tekstur lebih lembut, manakala marjerin menawarkan keanjalan serta ketahanan yang lebih baik pada suhu bilik. Pilihan antara kedua-duanya bergantung pada jenis masakan yang ingin disediakan.