Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
PAIS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
Ads
1 biji telur biasa
Sedikit hirisan daun kunyit
Daun limau purut (hiris)
Sedikit hirisan serai
2 sudu makan santan pekat
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
Sediakan daun pisang.
Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
Telur dadar kentang cheese, menu yang perlu anda cuba. Biasa kita dengar telur dadar biasa ataupun telur dadar mayonis. Nak sedikit kelainan boleh buat telur dadar kentang dengan cheese ini.
Menu yang mengenyangkan dari telur dan kentang selain penuh rasa krim dari keju, pasti buat anda sekeluarga teruja nak cuba. Tak perlu makan dengan nasi, makan begitu sahaja pun sedap.
Nak lebih rasa boleh dicicah bersama sos dan juga sayur-sayuran. Sesuai juga jadi menu untuk anda yang sedang berdiet.
TELUR DADAR KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang (dadu halus)
1 biji bawang besar (potong kasar)
3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
5 keping cheese
5 biji telur
Sedikit garam & lada
CARA MEMASAK:
Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
Panaskan non stick pan dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale dan mozarella.
Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.
Dikongsi lebih 20 ribu kali di FB, ternyata resipi sandwic telur perkongsian saudari NaNie ni memang sangat praktikal dan sesuai digunakan untuk jualan. Hanya menggunakan tiga bahan, anda boleh hasilkan sandwich yang sedap dan enak. Lebih istimewa, sukatan yang diberikan memang cukup untuk 2 bungkus roti sandwich yang besar tu. Jadi bolehlah agak kan? Jom cuba.
INTI SANDWIC TELUR VIRAL
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
1 senduk mayones
1 sudu teh lada sulah ajishio
BAHAN-BAHAN LAIN:
2 bungkus besar roti sandwic
Tomato – potong bulat
Daun salad secukupnya
Mentega
CARA MEMASAK:
1. Rebus telur dan lecek halus.
2. Satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati.
3. Inti telur siap untuk dilapis dengan roti.
CARA MELAPIS:
Sapukan roti dengan mentega dengan secukupnya.
Ambil sekeping roti, letakkan tomato.
Kemudian letakkan 1 sudu penuh ( bumbu) inti telur tadi. Ratakan.
Letak sekeping salad diatas inti telur dan akhir sekali, letakkan sekeping lagi roti.
Potong serong 2 atau 4. Siap untuk dinikmati.
INFO DEKO SANDWIC UNTUK JUALAN:
Susunan: Roti-tomato-bancuhan telur-salad-roti.
Jika potong serong 4, boleh masukkan dalam cawan kertas.
Kalau potong dua, letak dalam bekas sandwich 3 segi. Jual RM2 satu pek.
Untuk kepelbagaian, boleh juga masukkan crabstick ( filamen ketam) atau sosej. Celur dulu bahan-bahan tersebut, potong kecil dan gaul dalam bancuhan telur. Harga jualan boleh dinaikkan sedikit.
Selamat mencuba! Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda yang ingin mencari pendapatan sampingan.
Semua orang suka menu telur dadar ni. Sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas, ni ada resipi yang diolah menjadikan menu ini lebih menarik dan lebih sedap! Salah satu resipi yang best adalah yang dikongsi oleh saudari Jastia Taza ni. Nampak sempoi je tapi memang sedap. Anda boleh cuba.
TELUR DADAR TERUNG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung
2 biji telur
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam.
2. Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi.
3. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam.
4. Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu.
5. Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu.
Nikmati promosi Krismas 2025 dan Tahun Baru 2026 di Concorde Hotel Shah Alam dengan sajian istimewa di Melting Pot Café. Buffet meriah, hiburan menarik dan pengalaman perayaan yang memukau menanti anda.