
Bila makan di kedai Thai, menu yang tak pernah miss mestilah tom yam. Bagai tak lengkap kalau makan tanpa tomyam. Setiap orang memasak menu ni dengan cara yang berbeza. Ada yang suka pedas, ada yang suka lebih masam terpulang pada cita rasa masing-masing. Biarpun apa pun cara anda, dikongsikan cara memasak tomyam cara orang Thai, kaw kaw pedas dan sedap.
CARA MEMASAK:

1.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang holland, bawang putih & 2 batang serai yg telah di ketuk.

2.Dah naik bau, masukkan air & letak daun limau purut & lengkuas dlm 2 inci. Saya x pakai halia

3. Bolehlah masukkan Tomyam Paste kesukaan anda. Sy masukkan 3-4 sudu untuk rasa yang kaw.

4.Saya guna Tomyam Paste dr Thailand (Mae Pranom brand)
NOTE : Kebanyakkan kedai tomyam pakai brand ni.

5. Ini lah hasil separuh jalan, cantikkan warna tomyam ni..

6.Ok, sy x pakai air limau nipis ya.. sy pakai air limau instant ni. Sedap! Air limau ni ikut tuan tuan & puan puan yer, kalau nak tomyam masam masukkan lebih..

7.Kemudian masukkan bahan utama kita iaitu ayam.

8.Kacau rata..

9.Sy masukkan sedikit susu, dlm 2 3 sudu. Kalau santan lagi better. Tp santan takde la pulak.. guna la apa yg ada yer tak..

10.& akhir sekali masukkan sayur kegemaran anda (lobak, baby jagung, celery, kubis bunga, cendawan & tomato.Perasakan dengan garam & sedikit aji. Gula x perlu sbb paste ni dh manis & pedas. Garam kena lebihkan skt.

11.Tadaaaaa..Dah siap! 😋
Nak masak tomyam dah x payah pening.. sebab paste sy guna ni dh menepati cita rasa.. tak payah tambah benda2 lain untuk rasa tomyam yg sedap & kaw! Ni dah ckp..
Kredit: Ilham Resepi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau Ke Thailand Korang Kena Cari 6 Makanan Popular Ni, Sedap Sungguh Katanya.

Kata orang Thailand syurga makanan kerana makanan terdapat pelbagai makanan yang sedap dan murah serta segar. Oleh itu, kalau anda berpeluang ke Thailand jangan lupa menikmati beberapa makanan streat food yang memang terbaik dan sesuai dengan tekak kita orang Malaysia. Tapi kalau nak buat sendiri takda masalah kerana RASA kongsikan beberapa resipinya di sini.

daging.
DAGING SELASIH THAI (PAD GRA PROW)
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging | hiris nipis & gaul dengan 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- Sedikit hirisan cili benggala
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 cawan daun selasih Thai
- Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala.
3. Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
4, Tumis hingga wangi dan bawang layu.
5. Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
6. Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih.
7. Gaul lagi hingga daun selasih layu.
8. Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.

kastard ikan.
BOTOK-BOTOK IKAN KARI THAU (HOR MOK PLA)
BAHAN-BAHAN:
- 200 gram isi ikan tenggiri
- 1 sudu makan pes kari merah
- 150 gm santan
- 2 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh gula
- 1 biji telur
- 3-5 helai daun limau purut | hiris nipis
- 10-15 helai daun selasih Thai
- 1 biji cili merah |untuk hiasan
- Daun pisang | untuk mangkuk
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan dalam bekas.
- Kacau rata dan sebati.
- Seterusnya masukkan hirisan daun selasih dan sedikit daun limau purut di tapak mangkuk daun pisang.
- Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga 3/4 mangkuk.
- Kukus selama 10-15 minit.
- Sebelum hidang letak sedikit baki santan di atas permukaan Horm Mok Pla dan hias dengan sedikit hirisan daun limau purut dan cili merah di atasnya.

nasi kormok.
NASI BRIANI THAI (KAO MOK GAI)
BAHAN-BAHAN:
REMPAH RATUS (DI KISAR):
- 2 sudu teh serbuk kari ayam/daging
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
NASI:
- 5 cawan beras basmathi | rendam 30 minit kemudian tos
- 4 sudu makan minyak sapi
- 4-5 ulas bawang merah | hiris
- 3 cm halia| hiris
- 4 ulas bawang putih | hiris
- 3 batang akar ketumbar
- 2-3 sudu makan rempah Kao Mok Gai
- 200ml susu cair
- 1 ekor ayam | potong lapan
- 8 cawan air
- garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 bunga lawang
- 3 biji pelaga
- 4 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Cuci ayam dan toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dengan api perlahan.
4. Tumiskan bahan rampah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
5. Masukkan rempah Kao Mok Gai dan terus kaca, setelah garing masukkan akar ketumbar dan air.
6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Tutup api dan angkat ayam kemudian toskannya.
8. Gaulkan ayam dengan satu sudu remah Kao Mok Gai, sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan perapkan seketika.
9. Sementara itu sediakan nasi, Masukkan tujuh caawan air rebusan ayam dalam periuk elektrik bersama susu cair, apabila mendidih , perasakan dengan garam secukupnya sebelum dimasukkan beras yang teah ditoskan tadi.
10. Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa.
11. Sementara nasi masak, panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi menggunakan api sederhana.
12. Setelah garing angkat dan hidang bersama nasi Kao Mok Gai bersama hirisan timun, tomato dan sos cili Thai.

lempeng thai.
LEMPENG TELUR UDANG RANGUP THAI (HOT TOD)
BAHAN-BAHAN:
- 200gm udang | buang kulit
- 1/2 cawan tauge | buang ekor
- 1/2 cawan daun ketumbar | hiris
- 1/2 sudu teh sos ikan
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 biji bawang besar | dadu halus
- 3 biji telur
- 2 sudu makan tepung ubi
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali leper
2. Sementara itu campurkan tepung ubi, garam,serbuk lada hitam dan sedikit air.
3. Kemudian tuang adunan ke dalam kuali, kemudian letakkan isi udang, sedikit hirisan bawang dan daun ketumbar di atasnya,
4. Kemudian tuang bancuhan telur yang telah dikacau dengan sedikit garam, sos ikan di atas dan ratakan
5. Tambah lagi isi udang, daun ketumbar, hirisan bawang dan tauge.
6 Apabila nampak garing anda boleh balikkan pancake. Untuk rasa lebih ranggup.
7. Jika tidak mahu, anda boleh terus hidangkan dengan sos cili Thai.

cucur.
FISHCAKE PEDAS THAI (TOP MAN PLA)
BAHAN-BAHAN:
- 300gm isi ikan siakap | asingkan kulit dan hancurkan isinya
- 1 biji telur
- 2 sudu makan hirisan halus kacang panjang
- 3 helai daun limau purut | mayang halus
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh garam
- 1 1/2 pes kari merah Thai
- 2 cawan minyak masak
ACAR TIMUN:
- 2 sudu makan cuka makan
- 1 sdu makan gula
- 1/2 batang timun | potong dagu atau hiris nipis
- 1 tangkai cili merah
- 1 sudu makan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar
CARA MEMASAK:
1. Potong dadu isi ikan dan masukkan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
2. Keluarkan masukkan dalam mangkuk adunan.
3. Campurkan bersamanya telur, hirisan kacang panjang, daun limau purut, garam, gula dan pes kari merah Thai. Adun rata.
4. Kemudian panaskan minyak dalam kuali, bentukkan doh ikan bulat-bulat kecil kemudian goreng menggunakan api sederhana.
5. Goreng hingga bebola ikan bertukar menjadi keperangan. Angkat dan toskan.
6. Sementara itu sediakan acar timun. Campurkan garam, gula dan cuka secukup rasa dan kemudian gaulkan dengan timun, bawang merah dan cili Thai.
7, Hidangkan bersama dengan Top Man Pla serta nasi putih.

kuetiaw.
KUETIAU (PHA THAI)
BAHAN-BAHAN:
- 300gm mi Thai
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah Thai
- 100 udang dibuang kulit
- 50gm tauge
- 1 sudu teh serbuk cili Thai
- 10gm daun bawang| potong 3 cm
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 1 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan minyak masak
- 2 biji telur
- BAHAN PELENGKAP:
- 1 hiris limau nipis
- Sedikit tauge dan daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan udang, kacau lagi hingga udang masak.
3. Diikuti mi Thai dan jus asam jawa, serbuk cili Thai dan sedikit air gaulkan 2-3 minit.
4. Akhir sekali masukkan tauge, daun kucai, gula dan garam secukup rasa.
5. Tolakkan ke tep kuali mi Thai, tambah sedikit minyak dan pecahkkan telur di dalamnya.
6. Kacau rata, apabila sudah berketul-ketul, gaulkan besama Pha Thai.
5. Angkat dan hiaskan dengan bahan pelangkap, taburkan cili flakes, hirisan limau nipis, daun bawang dan tauge sebelum dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Mudah Masak Ayam Untuk Sajian Nasi Ayam.

Kalau makan nasi ayam di kedai, pasti tertanya-tanya macam mana hasilkan ayam yang sedap, garing diluar tapi lembut di dalam. Menerusi perkongsian saudara Mohd Azlie, beliau mengajar cara-cara untuk menyediakan hidangan ayam yang sedap dan ‘juicy’ untuk sajian nasi ayam. Mudah je rupanya. Bolehlah cuba nanti.
CARA MASAK AYAM UNTUK HIDANGAN NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam segar – tanpa potong
BAHAN AIR REBUSAN AYAM:
- 3 liter air – boleh lebihkan bergantung pada saiz ayam
- 1/2 senduk besar garam
- 1-2 biji jus limau nipis
- 1 senduk besar gula atau madu -jika nak lebih sedap, guna madu
- Kicap pekat secukupnya – jumlahnya agak-agak warna air tu jadi macam teh o nipis.
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan semua bahan untuk air rebusan ayam.

Bila air mendidih sekali lagi, masukkan ayam. Rebus selama 4 minit.
Angkat ayam tadi dan sejukkan sampai kulit ayam nampak kering. Kalau nak cepat kering, kipaskan atau jemur dalam masa 15 minit lebih kurang.

Panaskan minyak yang banyak sekurang-kurangnya boleh menenggelamkan seluruh badan ayam.
Panaskan minyak selama 15 minit menggunakan api sederhana. Pastikan api tidak terlalu kuat dan tidak terlalu kecil.
Masukkan ayam dan setkan masa antara 15-18 minit.

Angkat ayam dan toskan minyaknya. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Mohd Azlie
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap, Pedas & Padu

Masakan lemak cili padi memang sinonim dengan Negeri Sembilan. Memang sedap, pedas dan menyelerakan. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Mudah sahaja sebenarnya nak masak masak lemak cili padi ala Negeri Sembilan ni. Simple sangat. Jom kita cuba resipi perkongsian saudari Norlailanazira Mohd Agos ini. Ayuh kita lihat bahan-bahannya.
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- Ayam
- 2 batang serai – beli online DISINI
- 20 – 30 biji cili padi – beli online DISINI
- 1 inci kunyit hidup – beli online DISINI
- 1 kotak santan – beli online DISINI
- 2 biji kentang
- Daun limau purut – beli online DISINI
- Asam keping – beli online DISINI
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam periuk atau kuali. Ketuk serai dan masukkan sekali dengan ayam.

2. Kisar cili padi dengan kunyit hidup dan masukkan ke dalam kuali. Biar ayam kecut dengan cili api, itulah rahsianya.

3. Bila ayam dah sebati dengan cili padi, masukkan santan.

4. Kemudian, masukkan kentang.

5. Bila kentang dah empuk, masukkan daun limau purut dan asam keping. Tambah juga garam secukupnya.

6. Siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Norlailanazira Mohd Agos
Anda mencari KUALI NON STICK, boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Rindu Nak Makan Loaded Potato Bowl? Cuba Buat Resipi Ini Di Rumah
Masak Kari Ayam Guna Rempah Kari Dari Kedai Eco. Ehh…Sedap Rupanya!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

