Penggemar makanan laut mesti suka Udang Goreng Ala Thai ni, Menu ni ringkas tapi sedap, korang hanya ambil tidak sampai 15 minit untuk menyediakan memasaknya.
Tak pro pun boleh buat ye, apa tunggu lagi, korang boleh cuba menu yang sesuai untuk Ramadan nanti.
Ads
UDANG GORENG ALA THAI BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz XL | buang kulit
1/2 cawan tepung goreng ayam
1 sudu teh pati ayam
6 ulas bawang putih | cincang
2 biji cili merah | cincang
1 sudu makan chili flakes
1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
Sedikit daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Ada kala kita hilang selera makan. Tak lalu nak makan lauk yang beria-ia sangat misalnya rendang atau masak lemak cili padi.
Ketika ada masalah selera makan, cuba masak sambal yang simple-simple saja. Ini kerana sambal yang sebegini biasanya boleh meningkatkan selera.
Hanya perlu tumis-tumis sahaja. Bahan yang digunakan pun sangat minimum.
SAMBAL GORENG KENTANG BERBILIS
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
2 biji kentang (potong kecil)
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
2 tangkai cili kering (basuh dan potong-potong)
10 tangkai cili padi (hiris kecil)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Goreng kentang. Kemudian angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan minyak masak. Tinggalkan secukupnya untuk menumis saja.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih.
6. Masukkan cili kering dan cili padi. Tumiskan lagi.
7. masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
8. Perasakan dengan garam. Gaul sebati.
9. Siap. Boleh dihidang.
Tauge adalah sayur yang sangat mudah didapati dan boleh diperolehi dengan harga yang murah. Walaupun ringkas, tapi sayur ni sangat sedap dan boleh dipelbagaikan cara masakannya. Salah satu menu yang sedap ialah Tauge Tumis. Tak perlu masak lama pun. Sekejap sahaja dah siap. Ditambah pula dengan campuran aneka makanan laut, menambahkan lagi keenakan menu ni. Anda boleh cuba!
TAUGE TUMIS MAKANAN LAUT
BAHAN-BAHAN:
300gm tauge
100gm kucai
10 ekor udang saiz sederhana
2 ekor sotong saiz sederhana
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh sos ikan
3 ulas bawang putih | dicincang halus
Serbuk lada putih secukup rasa
1 sudu teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang utih sehingga garing.
Kemudian masukkan udang dan sotong. Masak sehingga separuh masak.
Masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada putih dan minyak bijan. Gaul hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan tauge dan kucai. Perasakan dengan garam jika perlu.
Info chef: Elakkan memasak tauge dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi lembik dan kurang enak.
Bila ke kedai makan, teringinnya nak rasa sotong bakar. Tapi percayalah, lauk terutamanya makanan laut ni, mesti mahal. Tak berbaloi dengan harga. Ni RASA nak kongsi resipi sotong bakar bak yang dibeli di restoran. Lembut, berjus dan yang penting jauh lebih murah! Rasa pedas & manis. Pasti berselera.
SOTONG BAKAR KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong ] buang kepala dan kulit arinya
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh perasa ayam
1 helai daun salam
Garam secukup rasa
2cm lengkuas ] ketuk
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
Kuih cucur balak ini antara kuih yang asalnya dari negeri sebelah Utara. Cucur rangup yang dihidangkan bersama kuah kacang yang pekat dan manis memang sedap