Masak Pulut Pagi Yang Lembut & Tak Berkerak. Begini Cara Buatnya.

Share

Pulut Pagi atau juga dikenali dengan nama Pulut Manis adalah salah satu menu tradisional orang dulu-dulu. Di sesetengah tempat seperti di negeri-negeri Pantai Timur, sajian ini mudah didapati dan dimakan sewaktu sarapan.

Beras pulut bila dimasak, biasanya akan melekat di periuk dan meninggalkan kerak. Memang rugi. Bagi anda yang nak masak Pulut Pagi ni, tipnya adalah dengan mengukus pulut. Memang lembut, sedap malah tak membazir. Ha…Dah tahu petua, pasti rasa nak cuba masak Pulut Pagi resipi Opah Mas Cotek

ni kan? Begini cara-caranya.

 

CARA MASAK PULUT PAGI / PULUT MANIS YANG LEMBUT & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg beras pulut – direndam semalaman (beli online disini)
  • 1 cawan air
  • 2 – 3 keping gula kerek / manisan (beli online disini)
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 2 helai pandan – disimpul
  • Kelapa parut – digaul dengan sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Satukan air, gula kerek, gula pasir dan daun pandan. Masak hingga gula larut.


2. Sejukkan air gula kemudian tapis. Ketepikan seketika.
3. Kukus beras pulut hingga masak. Anggaran masa lebih kurang 25 minit. (beli PERIUK KUKUSAN MURAH disini)

4. Angkat pulut dan arun dengan air gula tadi hingga rata. Kukus lagi selama 10 minit.
5. Angkat pulut dan hidangkan bersama kelapa parut.

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN