Sarapan nasi goreng memang sedap. Lebih lagi, buat nasi goreng cabai tumbuk. Bahan-bahan pun menggunakan bahan yang ringkas sahaja, tapi hasilnya lagi sedap! Paling penting, bahan utama mesti ada cabai atau cili kering.
Menurut Farid Rashidiyang berkongsi resipi Nasi Goreng Cabai Tumbuk ini, meskipun ada pengisar, tapi tetap nak tumbuk bahan-bahan buat nasi goreng menggunakan lesung sebab rasanya lagi ummph!
Fuh! Tak cukup sepinggan bila makan dengan ikan goreng panas-panas. Jom kita buat.
Bercadang nak masak pulut kuning tetapi tercari-cari resipi yang mudah untuk dicuba? Ha…Kalau macam tu, resipi pulut kuning perkongsian saudarai Nazra Queen ni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Dalam masa 30 minit, pulut kuning sedia untuk dinikmati. Kalau makan dengan rendang atau sambal tumis ikan bilis, perghh…memang terangkat habis!
PULUT KUNING RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2.Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.
Bila tiba bulan puasa, memang sedap berbuka dengan menu Nasi Ulam. Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam-ulaman kampung serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan. Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai. Nak lagi sedap, guna banyak ulam-ulaman yang berbau wangi. Memang lagi berselera. Terasa hasilkan menu ini untuk keluarga? Resipi Nasi Ulam perkongsian saudari Zurida Hassanni antara yang terbaik yang boleh dicuba.
CARA MASAK NASI ULAM KAMPUNG SEDAP UNTUK BERBUKA PUASA
BAHAN-BAHAN: Nasi Serai – hiris nipis Halia Lengkuas Cili padi Bawang merah – mayang halus Kerisik secukupnya – beli online disini Ikan masin (boleh guna ikan talang, tenggiri & gelama) – goreng dan tumbuk – beli online disini Lada hitam – tumbuk – beli online disini Gula dan garam secukup rasa
BAHAN DAUN ULAM:
Daun mengkudu Putat Selom Sekentut Bebuas Tebengau Beluntas Janggus Pucuk kari Daun kesum Peria pantai Kaduk Bunga kantan
CARA MEMASAK: 1.Satukan ulam-ulaman dan hiris halus. Ketepikan.
2. Serai, halia dan lengkuas dikisar kering atau ditumbuk lumat. Jika suka pedas, boleh hiris nipis cili padi mengikut kepedasan yang disukai.
3. Dalam bekas berisi ulam yang dihiris, masukkan bawang merah dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan kerisik dan ikan masin yang sudah digoreng dan ditumbuk halus. (boleh guna ikan talang, tenggiri atau gelama masin)
5. Gaul hingga sebati.
6. Masukkan nasi ke dalam bekas bersesuaian. Masukkan serbuk lada hitam dengan secukupnya.
7. Tambahkan bahan-bahan ulam yang telah digaul tadi dan perasakan dengan gula serta garam dengan secukupnya.
8. Nasi Ulam sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama Sayur Keladi.
9. Jika suka, boleh juga nikmati bersama telur masin.
Ramai orang suka makan nasi minyak tiap kali kenduri. Mesti rindukan nak makan nasi minyak. Tapi dengan sekarang keadaan kes yan semakin meningkat, ada yang terpaksa ditangguhkan niatnya.
Yang teringin nak makan nasi minyak, bolehlah cuba resipi nasi minyak bersama daging masak hitam dan acar tumis yang dikongsikan Nurul Ateekah ini.
NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 pot beras basmati 1 cawan susu cair 5 biji bawang merah | dihiris halus 3 ulas bawang putih | dihiris halus 2cm halia | dihiris @ ditumbuk 1 batang serai | diketuk 1 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga 1 batang kecil kayu manis 3 biji bunga cengkih 2-3 sudu besar minyak sapi Sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit (hujung sudu) Garam & serbuk perasa (agak-agak)
1. Rendamkan beras basmati selama 30-45 minit dan toskan (P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air). 2. Tumiskan bahan-bahan sehingga naik bau. Dalam gambar, yang warna putih tu saya letak minyak kambing (rebusan air kambing mengeluarkan minyaknya, lemak beku tu la. Macam minyak sapi tu)
6. Masukkan beras. Lubangkan 4 tempat dan masukkan pewarna kuning telur. Tunggu 10 minit, gambuskan nasi dengan garpu agar nasinya tidak hancur.
7. Bila nasi dah masak, taburkan bawang goreng, daun ketumbar dan kismis (jika suka).
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1kg daging (direbus sehingga empuk) 4@5 sudu besar kacang peas dalam tin (jika suka) 1 kotak kismiss @ 4 sudu besar kismis ½ botol kecil kicap manis (saya guna cap kipas udang) 1 batang serai | diketuk 2 batang daun kari 1 sudu besar air asam jawa 2 biji bawang besar | dihiris halus 2 sudu besar serbuk kari daging 1 sudu besar serbuk sup 1 batang kayu manis + 1 biji buah pelaga + 1biji bunga lawang + 2 biji bunga cengkih 3 sudu besar gula pasir @ gula melaka Garam & serbuk perasa Minyak masak (untuk menumis) 4 senduk air rebusan daging
5 batang batang serai 10 tangkai cili kering (boleh tambah jika suka pedas) Halia sebesar ibu jari 20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar 4 biji buah keras 10 biji bawang putih
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, serai, bawang yang dihiris, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis. Masak sehingga naik bau atau sedikit kekuningan. 2. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak dan masak. 3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk kari dan serbuk sup (masak seketika).
4. Masukkan 1 sudu besar air asam jawa, kicap manis dan air rebusan daging (4 senduk) dan masukkan sekali daging yang telah direbus. 5. Masukkan kismis, kacang peas dan masak sehingga agak sedikit kering (kalau suka berkuah pun tak apa) 6. Perasakan dengan gula melaka, gula putih, garam dan serbuk perasa (rasakan secukup rasa yang dimahukan). Siap.
ACAR TIMUN BERTUMIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji timun | dipotong 1 biji lobak merah | dipotong 15 biji bawang kecil 15 biji bawang putih 2 cm halia | dihiris halus 1 sudu besar biji sawi 3 sudu besar cili kisar 1 sudu besar rempah kari ikan 1 sudu besar gula melaka 1 sudu besar gula putih 2 sudu besar kismis 2 sudu besar cuka Garam (agak-agak) Serbuk perasa 1 tangkai daun kari 3 sudu besar minyak masak
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak masak dan masukkan biji sawi dan daun kari. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak. 2. Masukkan serbuk kari dan masak seketika. Masukkan halia, bawang kecil dan bawang putih, masak sehingga lembut (guna api perlahan). 3. Apabila sudah lembut, masukkan cuka, garam, gula melaka, gula putih, serbuk perasa dan kismis. 4. Masukkan lobak merah dan timun. Masak sehingga lembut.
P/S: sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam, ayam masak tomato, ayam masak merah, kari ayam, kari daging, masak kurma ayam, daging,kambing atau telur atau ikut yang disukai.