Kalau ada sambal yang sedap, rasanya macam dah senang hendak mengalas perut yang lapar. Cuma tinggal goreng telur dadar sahaja, sudah memadai untuk dijadikan lauk.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal tumis yang menggunakan cili padi. Ditambah pula dengan ikan bilis.
Rahsia keenakannya adalah ikan bilis jangan ditumbuk atau kisar terlalu halus. Biarkan kasar-kasar sedikit supaya sedap dimakan.
Jom kita tengok resipinya.
BAHAN-BAHAN
Segenggam ikan bilis (bahagi dua bahagian)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
20 tangkai cili padi hijau
Minyak masak untuk menumis
1 keping asam keping
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
CARA MEMBUAT
1. Sebahagian ikan bilis, bawang merah kecil, bawang putih dan cili padi dikisar halus.
2. Panaskan minyak masak.
3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
4. Masukkan asam keping dan sedikit air. Tumis lagi.
5. Sebahagian lagi ikan bilis ditumbuk kasar. Masukkan dalam masakan.
6. Masukkan garam dan gula.
7. Masukkan cili padi hijau dan cili padi merah. Masak lagi biar sampai pecah minyak.
8. Matikan api dan boleh dihidang.
Tau apa itu kacang TOLO? Kacang tolo ialah kacang berwarna putih yang ada sedikit hitam macam mata. Kacang ni ada orang masukkan dalam ketupat palas atau ketupat pulut yang dibalut dengan daun kelapa. Orang jawa ada menu tersendiri yang menggunakan kacang tolo ini. Antara resipi yang boleh dibuat dari kacang tolo ni ialah Jangan Santen, Sambel Goreng Putih, Sambel Goreng Jawa Pedas dan banyak lagi.
SAMBEL GORENG PUTIH KACANG TOLO Bahan-bahan: 2 cawan santan sederhana pekat 1 cawan kacang tolo – rendam setengah jam dan rebus empuk, toskan 2 biji tempe – potong dadu & goreng 2 biji tauhu – potong dadu & goreng 30gram suhun – rendam sekejap 30gram fucuk – rendam sampai lembut 10 ekor udang segar medium – buang kulit 2 biji cili merah – hiris 10 biji cilipadi – hiris 6 biji bawang merah – hiris 3 ulas bawang putih – hiris 1/4 inci halia – hiris 2 batang serai – hiris 1/1 inci belacan Garam, merica (lada sulah) dan gula secukup rasa
Cara memasak: 1. Panaskan 1 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris hingga layu dan wangi. 2. Masukkan udang dan belacan, tumis beberapa minit lagi. 3. Masukkan fucuk, suhun, tempe goreng, tauhu goreng dan kacang tolo rebus. Kacau sebati. 4. Tuang santan dan didihkan dengan api yang sederhana hingga semua bahan sempurna dan kuah memekat. 5. Tambah garam, merica (lada sulah) secukup rasa. Tambah sedikit gula untuk seimbangkan rasanya. Hidangkan.
*selain udang, boleh juga guna paru goreng, hati dan pedal ayam goreng, udang kertas yang kecil2 dan digoreng atau hirisan daging goreng. *kuantiti cili boleh ditambah jika suka pedas. *boleh tambah daun salam atau daun limau purut jika suka (untuk bau yang harum) Kredit: Sue M Arukin
Kuah rojak ni senang kata macam pelengkap kalau makan dengan buah yang masam. Tak lengkap rasanya kalau makan buah tanpa pencecah. Lagi-lagi kalau buah yang masam misalnya pelam atau nanas. Kalau korang suka makan buah, mesti ada pencecah kat rumah kan? Kalau tetiba kuah rojak atau pencicah habis, bolehlah try buat sendiri. Senang je. Sedap pun sedap.
BAHAN-BAHAN
1kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1kg gula (gula melaka dan gula pasir).
1 botol petis (otak udang)
20 biji cili dikisar halus (kurangkan kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan bijan panggang
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Berdarah keturunan bangsawan dari Negeri Perak, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah yang juga merupakan isteri kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ke-9, Tun Ramli Ngah Talib ini ada berkongsi resipi untuk membuat Rendang Dinding Perak ini.