
Mantou sandwich telur inti melimpah ini boleh jadi sajian makan pagi yang bukan saja enak tapi mudah disediakan.
Jika sudah rasa bosan dengan hidangan roti biasa, boleh cuba pula cara ini. Penggunaan mantou rangup bersama inti telur berkrim menjadikannya hidangan permulaan hari yang sedap tak terkata. Memang takkan cukup satu!
Resipi Mantou Sandwich Telur Inti Melimpah

Bahan-bahan
1 bungkus mantou
3 biji telur rebus
Sedikit serbuk lada sulah
2 sudu besar mayonis
Sedikit garam dan gula
Daun salad secukupnya

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan goreng mantau hingga keemasan. Angkat dan toskan.
2. Kupas telur rebus, lenyekkan dengan sudu hingga hancur.
3. Masukkan mayonis, garam, gula dan lada sulah. Gaul rata hingga sebati.
4. Belah mantau goreng tadi dengan pisau bergerigi (jangan sampai putus bahagian bawah).
5. Selitkan daun salad di bahagian tengah.
6. Isikan inti telur hingga melimpah atas mantao. Susun atas pinggan dan sedia untuk dihidangkan.
TIP
- Kalau nak rasa lebih kaya, boleh tambah hirisan timun atau tomato bersama salad.
- Mantou ini boleh juga dikukus untuk versi lebih lembut dan sihat.
- Sesuai dihidangkan untuk sarapan, minum petang atau dijadikan bekal anak sekolah.
Kredit Resipi & Foto: Nur Masri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Asam Laksa & Pek Nga Versi Ifa Raziah. Memang Sedap & Membuka Selera

Dalam episod ke-9 Rasa Nostalgia Ramadan hari ini menyaksikan gelagat Ifa Raziah dan anaknya, Syakir Aqili serta Azlee Senario sebagai jemputan. Memang meriah suasana dapur dengan aksi Ifa Raziah dan Azlee. Ifa Raziah dibantu oleh Azlee dan Syakir Aqili untuk menyiapkan juadah berbuka puasa.



Asam Laksa yang dimasak oleh Ifa Raziah sememangnya menjadi kegemaran ramai. Bila sekali dah rasa, boleh termimpi-mimpi dibuatnya. Tak boleh buat hari-hari, nanti orang curi resipi katanya dalam nada bergurau.

Pek Nga pula merupakan kegemaran Syakir Aqili. Nak buat Pek Nga ni sangatlah mudah. Bahan yang digunakan juga ringkas je. Tapi anda tahu ke maksud Pek Nga? Haaa Pek Nga merupakan singkatan bagi ‘tempek-tempek atas belanga’.
Jadi, bolehlah cuba kedua-dua resipi ini untuk berbuka puasa. Selamat mencuba!
ASAM LAKSA

BAHAN-BAHAN:
- 2kg ikan sardin | direbus, dibuang tulang dan dikisar
- 2 tin sardin (besar)
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 8 biji bawang merah |dikisar
- ½ inci halia | dikisar
- ½ inci lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- Cili kering | dikisar
- 4 batang cili besar
- Seikat daun kesum
- 2 batang bunga kantan
- 2 inci belacan
- 10 keping asam keping
- 3 sudu makan asam jawa
- Garam secukupnya
- Gula secukupnya
- Petis otak udang
BAHAN HIASAN:
- Mi laksa (Laksa Basah)
- Timun
- Bawang besar
- Nanas
- Salad
- Lobak asin
- Bunga kantan
- Daun pudina
- Cili padi
- Telur rebus
CARA MEMASAK:
- Rebus ikan sardin di dalam periuk. Bila ikan sudah masak, buang tulang ikan dan kisar.
- Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan cili kering.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Tambahkan segelas air. Kacau sebati hingga mendidih.
- Kemudian, masukkan ikan sardin yang telah dikisar tadi. Kacau hingga mendidih.
- Masukkan asam keping, air asam jawa, bunga kantan, daun kesum dan cili besar. Masak hingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
- Tambahkan garam dan gula secukupnya mengikut citarasa anda.
- Masukkan ikan sardin dalam tin ke dalam periuk. Kacau lagi hingga ikan masak.
- Siap dan sedia untuk dimakan. Jangan lupa celur dahulu laksa sebelum makan.
PEK NGA

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 ½ biji kelapa parut | bahagian putih sahaja
- ½ sudu teh garam
- 3 sudu teh gula
- Marjerin
- 1 ¼ cawan air
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam mangkuk.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati mengikut kepekatan adunan yang dikehendaki.
- Kemudian, masukkan garam dan gula.
- Panaskan kuali. Sapukan marjerin pada kuali dan tuangkan adunan tadi. Saiz dan bentuk terpulang pada kreativiti masing-masing.
- Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™
Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.

Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.
Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Cara Buat Sos Sengkuang Calit Homemade Yang Sedap & Mudah

Sedapnya Sos Sengkuang Calit ni. Jom cuba buat secara homemade. Kalau dulu, sekeping harganya dalam RM0.50 tapi sekarang boleh mencecah RM2 sekeping. Agak mahal tapi tak apa, anda pun boleh buat sendiri sos ni secara homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Lynda Yum Yum. Memang berbaloi cuba. Boleh makan banyak kali. Nak jadikan kuah rojak pun boleh.
RESIPI SOS SENGKUANG CALIT @ PETIS HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 botol kicap masin (anggaran 200ml)
- 6 sudu makan gula apong ATAU 250gm gula melaka
- Gula pasir secukupnya – jika perlu
- 1 inci belacan bakar – dihancurkan
- 6 sudu makan sos cili
- 5 sudu makan cili kisar / cili boh
- Bijan secukupnya – goreng tanpa minyak
- 5 sudu makan tepung ubi/tepung kanji – bancuh dengan sedikit air
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan kecuali bijan dan tepung ubi. Masak guna api kecil hingga mendidih. Pastikan sos ada rasa masin, manis dan pedas secukupnya.
- Masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan kacau sentiasa supaya tidak berketul.
- Masak sos hingga pekat dan akhir sekali masukkan bijan.
- Padam api dan biarkan sos sejuk seketika.
- Sedia untuk dibuat sengkuang calit atau dimakan bersama buah-buahan kegemaran yang lain.
- Jika suka, boleh juga masukkan kacang tumbuk.

Kredit resipi & foto: Lynda Yum Yum
Nak beli BAHAN SEGAR untuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Order je secara online DISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resepi Roti Sardin Gulung Mudah & Sedap

Roti Sardin Gulung ni antara menu yang sangat mudah dibuat dan juga digemari ramai. Pendek kata kalau sedap intinya, memang sedaplah rasa roti ni. Jika tak ada masa yang banyak nak masak inti, guna sahaja inti tuna dalam tin. Hanya perlu ceduk dan gulung dengan roti. Boleh juga gunakan inti Sambal Tumis Ikan Bilis. Bagi anda yang suka makan Roti Sardin Gulung, boleh cuba resipi perkongsian saudari Farisha Sofea ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK ROTI SARDIN GULUNG YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- Sebuku roti gardenia
- 2 biji telur – dipukul seketika
- Serbuk roti ( optional ) – beli online disini
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN INTI :
- 1 tin besar sardin – beli online disini
- 1/2 labu bawang besar – didadu
- 3 ulas bawang putih – dicincang
- 1 sudu makan cili giling – beli online disini
- Gula dan garam
- Sos cili – beli online disini
- Air perahan limau nipis
CARA MEMASAK:
1.Untuk inti sardin, panaskan minyak dan tumis bawang sehingga layu.
2.Masukkan cili giling, tumis sehingga pecah minyak.
3.Masukkan sos cili serta sedikit air jika perlu .
4.Masukkan pula sardin dan hancurkan isinya.
5.Tambahkan garam, gula dan akhir sekali perahkan limau. Masak sehingga kering.

6.Ambil sekeping roti dan gelek sehingga nipis .
7.Letakkan inti sardin kemudian gulung dengan kemas.

8.Sapu sedikit telur pada bahagian hujung roti agar roti tidak terbuka ketika digoreng.

9.Celupkan roti ke dalam telur kemudian golekkan roti ke dalam serbuk roti jika suka. Ulang sehingga habis.
10.Panaskan minyak dan goreng sehingga masak .Angkat dan toskan.

11.Roti Sardin Gulung siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Farisha Sofea
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

