Makaroni goreng paling sempoi yang boleh dijadikan menu makan malam atau sarapan pagi yang patut anda semua cuba, ia ringkas, senang dan mengenyangkan. Paling penting pasti seisi keluarga suka. Menu barat yang telah difusionkan ikut tekak orang Malaysia.
BAHAN-BAHAN:
1/2 paket makaroni- rebus dan tos
1/2 dada ayam – hiris nipis
2 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 batang seleri
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit hirisan kobis
5 tangkai cili kering – potong kecil
1 biji bawang besar – cincang kasar
4 ulas bawang putih – titik
3 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kering.
Ads
3. Seterusnya, masukkan rempah kari dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan hirisan ayam, kacau lagi.
Ads
5. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
6. Tambahkan sedikit air jika sedikit kering.
7. Akhir sekali, masukkan makaroni dan semua bahan hirisan. Kacau rata.
8. Tutup api dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Walupun baunya kurang menyenangkan namun ulam bernama Petai mempunyai tarikan tersendiri hingga ia menjadi menu berasaskannya menjadi hidangan membuka selera, penyedap makan. Hari ini RASA ingin kongsikan dua resipi berasaskan petai, yang gerenti sedap, sekali makan pasti tambah lagi. Tak percaya cubalah…
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Bila nak masak tomyam, mestilah kena ada pes. Tapi macam mana pula bila nak masak, tapi pes pula habis. Nak keluar ke kedai semata-mata nak beli satu barang, agak kurang rajin. Jadi, cuba buat tomyam tanpa pes ni. Rasanya sedap dan lebih senang nak masak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TOMYAM AYAM CENDAWAN TANPA PES
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam
2-3 ulas bawang putih – diketuk
3 batang serai – diketuk
3 helai daun limau purut
4 sudu makan sos cili
200gm bunga kobis
100gm cendawan
1 tangkai daun ketumbar
2-3 akar ketumbar – dibersihkan
2-3 batang baby corn
1-2 biji limau nipis – ambil jusnya
3-4 biji cili padi
5-6 biji tomato ceri
Gula dan garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan air dan masukkan bawang putih, serai, akar ketumbar, daun limau purut dan cili padi. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu. Masak hingga ayam empuk.
Kemudian masukkan sos cili. Kacau rata hingga sebati.
Bila kuah mendidih, masukkan bunga kubis dan baby corn. Masak seketika hingga lembut.
Seterusnya masukkan cendawan dan tomato.
Perasakan dengan garam serta jus limau nipis. Lebihkan jika suka rasa kuah yang masam.
Makan pisang atau tempe goreng dapat pula cicah dengan sambal kicap memang layan. Ini cara orang Johor tapi ramai saja dari negeri lain suka makan macam ni.
Sambal kicap ini jugak mudah saja membuatnya. Kalau ikut cara yang dikongsi oleh Nur Qaseh sambal ini bukan saja sedap tapi boleh tahan berbulan-bulan dalam peti sejuk.
Cara buat sambal kicap Johor sedap ‘kebabom’ & tahan lama
Bahan-bahan
1 genggam cili api (lebihkan kalau suka lagi pedas)
5 ulas bawang putih
1 genggam bawang goreng
1 cawan kicap Kipas Udang atau jenama lain
1 sudu pati ayam
5 sudu gula perang
5 biji perahan limau
Cara membuat:
1. Goreng lada cili dan bawang putih hingga layu. Guna minyak sedikit saja. Angkat dan toskan minyak.
2. Kemudian masukkan dalam blender bersama kicap, cili dan bawang putih yang digoreng. Masukkan juga bawang goreng, pati ayam, gula perang dan perahan limau.
3. Kisar sampai lumat. Siap! Sama nak pekat atau cair sambal kicap, ikut cita rasa.
4. Simpan dalam bekas bertutup. Kalau simpan dalam peti sejuk tahan berbulan-bulan. Tapi kalau selalu buat pisang atau tempe goreng mana mau tahan lama.
Nak buat kuih akok tapi tiada dapur arang? Cuba resipi akok homemade yang mudah ini! Hanya guna sandwic maker, hasilnya tetap lembut, lemak manis, dan keemasan.