Sedapnya Kek Span Gula Hangus ni. Kek yang lembut, lemak manis dan digemari ramai. Elok berlubang resipi kek ini. Bagi yang menggemari kek legend ini, memang kena cuba resipi perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa. Pasti puas hati dengan rasanya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sangat berbaloi untuk dicuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa tau. Kalau nak buat niaga pun boleh. Pasti laris.
CARA MEMASAK:
1. Masak gula sehingga cair dan keperangan. Masukkan air panas. Cairkan.
2. Kemudian masukkan mentega atau marjerin. Sejukkan dan ketepikan.
3. Dalam bekas yang berlainan, satukan telur, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Kemudian baru masukkan air gula hangus tadi. Kacau sebati.
5. Perap adunan selama 1 jam atau lebih.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan marjerin dan bakar pada suhu 160C selama 40-50minit atau sehingga kek masak.
Di kala PKP ini bila dah duduk rumah lama-lama mula lah asyik nak makan. Kalau dapat makan kek pisang sedapnya.
Jom tengok resipi kek pisang dari Sue M.Arukin ni ada extra ramuan istimewa, buah kranberi kering. Pasti makin padu rasa kek pisang dengan kranberi.
Dalam resipi ni sue guna pisang berangan. Nak sukat cawan pun ada, nak timbang metriks pun ada. Berbaloi dicuba ni…
EXPRESS BANANA & CRANBERRY CAKE
BAHAN-BAHAN :
300gm (1 1/2 cawan) tepung gandum – beli online DI SINI 5 biji (medium size) pisang berangan 155ml (1 cawan) minyak sayur – beli online DI SINI 130gm (3/4 cawan) gula perang -beli online DI SINI 100gm (1/2 cawan) cranberry kering – beli online DI SINI 4 biji telur – gred A 1 sudu teh soda bicarbonate – beli online DI SINI 1 sudu teh baking powder – beli online DI SINI 1 sudu teh esen pisang (optional) – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1. Masukkan pisang, gula perang, minyak sayur, esen pisang dan telur ke dalam blender lalu kisar halus. 2. Tepung gandum + soda bicarbonate + baking powder diayak di dalam mangkuk yang besar. 3. Tuang bahan-bahan yang dah diblender ke dalam mangkuk tepung lalu kacau sebati dengan senduk. 4. Tuang bancuhan kek ke dalam loyang yang dah disapu minyak dan dialas dengan parchment paper. 5. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 45 minit atau hingga kek masak. Enjoy!
Nota dari Sue: *kalau guna pisang emas atau lemak manis, guna dalam 8-9 biji. *boleh juga guna tepung naik sendiri (tapi tak perlu guna baking powder). *waktu membakar dan suhu ketuhar bergantung kepada ketuhar masing2. *kalau tak ada cranberry boleh ditukar kepada kismis atau tak letak apa2 pun tak apa. *kalau suka kek yang nampak serat pisang, pisang jangan diblender, sebaliknya lecek sahaja.
Kek cawan yang comel memang menarik dengan hiasan butter cream dan warna menarik. Mudah dimakan, keluar dari oven dah boleh makan. Tak payah susah-susah nak kena potong. Ngap aje…
Ni min kongsikan idea hebat Kek Cawan dari Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam. Jom cuba…
1. VANILLA CUPCAKE
BAHAN-BAHAN: 110gm mentega 110gm gula kastor 2 biji telur 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh serbuk penaik ½ sudu teh soda bikarbornat 110gm tepung kek 1 sudu makan susu segar Acuan kek cawan secukupnya Sedikit jem strawberi untuk hiasan
CARA MEMASAK: 1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang dan sebati. 2. Masukkan esen vanila dan gaul sebati. 3. Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan masukkan ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati. 4. Masukkan susu segar dan gaul sekata. 5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh. 6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 10-15 minit hingga perang. 7. Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping. 8. Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. 9. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis. Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega. 10. Untuk menghias; sapukan jem strawberi di atas kek. Kemudian paipkan krim mentega di tepinya membentuk bunga. 11. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 12-15 biji Jenis hidangan : Kek cawan Keistimewaan : Aroma vanila yang wangi
2. CRÈME BRULEE CUPCAKE
BAHAN KEK CAWAN:
180gm tepung red rose/kek 1 sudu teh serbuk penaik ¼ sudu teh garam 70gm mentega 120gm gula kastor 2 biji telur 1 sudu teh esen vanila 50ml susu segar Acuan kek cawan secukupnya Buah strawberi secukupnya untuk hiasan
BAHAN UNTUK KRIM PASTRI:
200gm heavy cream 100gm susu segar 100gm gula kastor 1/8 sudu teh garam 1 sudu teh esen vanila 4 biji kuning telur 3 sudu makan tepung jagung 1 sudu makan mentega Sedikit gula | hiasan
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan. 2. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan terlu dan pukul lagi hingga kembang. 3. Masukkan esen vanila dan susu. Gaul sebati. 4. Masukkan tepung ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati. 5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh. 6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang. 7. Sejukkan dan ketepikan. 8. Untuk membuat krim pastri; Satukan semua bahan. Gaul bahan dan masak di atas api sederhana hingga likat. Sejukkan sebelum digunakan. 9. Untuk menghias kek, picit krim pastri dan taburkan gula di atas krim pastri. Dengan menggunakan kitchen torch, panaskan bahagian atas krim pastri hingga gula perang. 10. Hiaskan dengan buah strawberi dan hidangkan.
Info chef: Hiasan atas terpulang kepada cita rasa masing-masing. Saiz hidangan : 9-10 biji Keistimewaan : Rasa manis dan lemak Jenis masakan : Pencuci mulut 3. LEMON BLUEBERRY CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
140gm tepung red rose/kek 1 sudu teh serbuk penaik ½ sudu teh soda bikarbonat ¼ sudu teh garam 2 biji telur 200gm gula kastor 120gm mentega 1 ½ sudu teh esen vanilla 2 sudu makan jus lemon 70gm blueberi Wafel coklat untuk hiasan Buah blueberi secukupnya untuk hiasan Acuan kek cawan secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan. 2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga adunan kembang. 4. Masukkan esen vanila dan jus lemon. Gaul sebati. 5. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati. 6. Masukkan blueberi dan gaul sekata. 7. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh. 8. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang. 9. Sejukkan dan ketepikan. 10. Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis. 11. Paipkan ke atas kek cawan dan hias dengan sebiji buah blueberi dan wafel coklat. Sedia dihidangkan. Info chef: Kurangkan adunan membuat krim mentega jika perlukan sedikit sahaja krim untuk hiasan.
Saiz hidangan : 9-10 biji Keistimewaan : Ada rasa masam manis lemon dan blueberi Jenis masakan : Pencuci mulut
4. CHOCOLATE CHIP CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung red rose/ kek 1 sudu teh serbuk penaik ½ sudu teh soda bikarbonat 50gm mentega 80gm gula kastor 100gm coklat cip semi sweet 50gm coklat cip putih 2 biji telur 100ml susu segar 1 sudu teh esen vanilla Acuan kek cawan secukupnya Cip coklat putih secukupnya untuk hiasan
RESIPI COKLAT GANACHE (TOPPING): 400gm coklat masakan 200gm heavy cream
CARA MEMASAK: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur pukul kembang. 2. Satukan tepung, soda bikarbornat, serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan. Tuangkan susu dan gaul sebati. 3. Masukkan coklat cip. Gaul sekata. 4. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh. 5. Bakar dengan suhu 180⁰ c selama 15-20 minit hingga perang. 6. Sejukkan dan ketepikan. 7. Untuk membuat coklat ganache; Parut atau cincang halus coklat. 8. Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi. Gaul sebati hingga semua coklat larut. 9. Biarkan betul-betul sejuk sebelum digunakan. 10. Untuk menghias kek cawan, paipkan coklat ganache di atas kek dan hiaskan dengan cip coklat putih. Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk hiasan, boleh gunakan manik warna-warni untuk lebih menarik.
Saiz hidangan : 12-15 biji Keistimewaan : Rasa coklat yang sedap Jenis masakan : Pencuci mulut
5. PIE APPLE CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
120gm tepung red rose/kek 1 sudu teh serbuk penaik ½ sudu teh soda bikarbonat ¼ sudu teh garam 120gm mentega 220gm gula kastor 2 biji telur 80ml susu segar Acuan kek cawan secukupnya Sedikit parutan coklat untuk hiasan | pilihan INTI EPAL: 2 biji epal | potong dadu 50gm gula perang 50gm air 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
RESIPI KRIM MENTEGA (TOPPING): 450gm mentega 360gm gula ising 1 sudu makan esen vanila CARA MEMASAK: 1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. 2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang. 3. Satukan tepung dengan garam, serbuk penaik, soda bikarbornat masukkan ke dalam adunan. 4. Kaup balikkan hingga sebati dan masukkan susu. Gaul sekata. 5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh. 6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang. 7. Sejukkan dan ketepikan. 1. Untuk membuat inti epal, panaskan gula perang dan air hingga mendidih. Masukkan epal dan kacau. 2. Masukkan serbuk kulit kayu manis dan biarkan hingga sedikit kering. 8. Angkat dan sejukkan sebelum digunakan. 9. Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis. 10. Untuk menghias kek; Lubangkan bahagian tengah kek. Isikan dengan inti epal. Paipkan krim mentega di atasnya. Tabur sedikit parutan coklat dan hidangkan.
Info chef: Boleh letak sedikit hirisan epal di atas sebagai hiasan. Saiz hidangan 10-12 biji Keistimewaan : Ada elemen kejutan kerana ada inti epal di dalam kek
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.