Tiba-tiba terbayang  sedapnya daging tulang rusuk  panggang.  Nak makan selalu kat kedai parah juga dibuatnya.  Kalau masak sendiri tak berapa nak rajin sebabnya  daging liat dan  susah lekang dari tulang.

Tapi dengan info dan tip  yang Rasa kongsikan ini, semua masalah remeh ini tiada lagi dan anda boleh cuba praktikkan  bagi menikmati keenakan daging tulang rusuk yang disediakan sendiri di rumah  dengan seronok.

Macam Tak Percaya, Mudah Rupanya Lembutkan Daging Tulang Rusuk

PILIH DAGING TULANG RUSUK YANG BETUL

Supaya daging tulang rusuk  empuk dengan cepat, anda disarankan pilih daging  yang melekat pada tulang rusuk dengan warna merah segar dan ada sedikit lemak.  Tekstur yang sebegini menunjukkan daging tulang rusuk yang lembut dan berjuicy.

IKLAN

CARA MEMASAK PENGARUHI KELEMBUTAN DAGING:

i.  Goreng Dan Bakar:  Sebaiknya perap daging dengan bahan perapan sekurang-kurangnya tiga jam. Perapan membantu  tekstur daging lebih lembut atau empuk dan masa sekata.  Atau boleh lembutkan daging tulang rusuk dengan parutan nanas atau meramasknya dengan daun betik.

ii. Sup  Dan Gulai: Cara paling mudah celur atau celupkan tulang rusuk dalam air mendidih  sehingga berbuih dan segala kotoran timbul di permukaan air rebusan. Kemudian buang air rebusan dan cuci daging tulang rusuk hingga bersih, sebelum dimasak sup atau gulai.

IKLAN

iii. Gunakan Periuk Tekanan:  Ini cara terbaik dan paling mudah, tidak ada masalah jika anda tidak mempunyai periuk tekanan, gunakan saja pengukus  gaul daging tulang rusuk bersama bahan rempah ratusnya sekali. Tetapi menggunakan api kecil sehingga daging empuk, elakkan dari menggunakan api besar, ia akan hanya menjadikan daging liat.

CARA MENYIMPAN

Simpan daging tulang rusuk dalam bekas kedap udara dan masukan dalam freezer, jika anda ingin memasaknya anda boleh pindangkannya ke chiller atau rak bawah dalam peti ais untuk mencairkan bekuan aisnya. Cara ini paling baik kerana ia tidak mengubah rasa dan tekstur daging, cuma memerlukan lebih masa. Ingin lebih cepat? Keluarkan sahaja daging pada suhu bilik, bungkus  kemas dan rendam dalam air selama lebih kurang satu jam, baru sedia untuk dimasak .

IKLAN

Semoga tip  ini dapat menjadi panduan anda apabila ingin memasak daging tulang rusuk, selamat mencuba!

 

Macam Tak Percaya, Mudah Rupanya Lembutkan Daging Tulang Rusuk
BBQ LAMB RIBS

BBQ LAMB RIBS

BAHAN-BAHAN:

  • 6 keping tulang rusuk kambing | dicuci dan di toskan
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 3cm halia | ditumbuk
  • 4 sudu makan sos perapan segera
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan sos barbecue
  • 3 sudu makan madu
  • 1 biji ketang | belah 4 dan panggang
  • 1/2 biji cili Bangala | panggang
  • 1/2 biji bawang Hollad | panggang

CARA MEMASAK:

  1.       Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.
  2.       Masukkan dalam bekas bertutup dan perap  sekurang-kurangnya  dua jam.
  3.       Kemudian panggang hingga masak.
  4.       Hidangkan bersama sos lada hitam atau sos yang sesuai berserta dengan salad.

INFO CHEF:

Semasa memanggang tuangkan lebihan bahan perapan ke atas tulang rusuk yang dibakar.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI