
Bagi mereka yang nak cepat dan sibuk, lontong goreng ni memang sesuai. Senang dibuat dan makan pun cepat sebab tak perlu berkuah, Makan, ngap..ngap kejap aje dah licin pinggan.

Tumiskan aje sekali ketupat mini dengan rencah. Dah siap, jomlah cuba..
LONTONG GORENG SPECIAL :

BAHAN-BAHAN :
10 biji nasi impit @ ketupat (yang mini)
1- 2 ulas bawang putih (diketuk)
6 biji bawang merah | kisar sekali dengan cili kisar
4sudu besar cili kisar (nak pedas letak lebih)
Sedikit ikan bilis (ditumbuk kasar)
1paket tempe (dipotong halus dan digoreng dulu)
1keping tauhu (digoreng & dipotong dadu)
1keping fucuk tauhu(direndam dulu)
Beberapa ekor udng basah/aym/daging(terpulang)
1biji telur
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak utk menumis
CARA MEMASAK :
••••••••
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih yg diketuk
3. Bawang putih dah kuning masukkan ikan bilis,..biar garing sedikit
4. Masukkan cili kisar , dah garing naik bau, masukkan fucuk tauhu,udang,tauhu n tempe
5. Masukkan gula,garam dan secukup rasa (jika suka),kacau sebati
6. Masukkan ketupat mini impit yg dipotong 4..kacau sebati
6. Akhir sekali masukkan telur, siap boleh dihidangkan

Sumber ,FB : 1001 Jenis Resepi Masakan Dan Petua DI Dapur
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Makaroni Keju Paling Mudah & Sedap Untuk Penggemar Pasta.

Bagi penggemar hidangan Makaroni Keju, anda pasti pantang dengar nama menu ni dah rasa nak makan kan? Ha…Min faham. Mahu tak nak. Dah nama pun makanan kegemaran. Kepada sesiapa yang tercari-cari resipi Makaroni Cheese yang mudah dan sedap, resipi ni salah satu yang boleh dicuba. Sangat berbaloi. Boleh makan puas-puas! Malah ia juga sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas.
MACARONI CHEESE SEMPOI

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan macaroni
- 3 cawan susu segar
- 6 keping keju cheddar Cheesedale
- 1 sudu besar susu pekat manis
- Brokoli secukupnya – dicelur
- Cendawan butang secukupnya – dicelur
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rebus makaroni dan toskan airnya.
- Dalam pan atau periuk, masukkan makaroni tadi dan buka api sederhana. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk.
- Letakkan kepingan keju dan susu pekat manis di atas makaroni tadi.
- Bila keju mula cair, gaul kesemuanya supaya rata.
- Masukan hirisan brokoli dan cendawan yang telah direbus atau dicelur.
- Perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Tambahkan juga sedikit serbuk lada hitam untuk rasa yang lebih sedap.

Kredit resipi & foto: Irmaz Zamri
Resipi Puding Jagung Lembut Bergedik, Lemak Manis Memang Sedap

Sedapnya Puding Jagung lembut bergedik ni. Makan sejuk-sejuk memang enak. Cara penyediaannya juga tak renyah dan tak guna banyak bahan. Cubalah. Resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni memang sentiasa terbaik. Pendek kata, kalau pertama kali cuba pun, jika ikuti cara-cara seperti yang dikongsi, pasti jadi. Berbaloi untuk dicuba dan memang kena dengan cita rasa.
CARA BUAT PUDING JAGUNG SEDAP, LEMBUT & TAK MUAK

BAHAN-BAHAN:
1 paket serbuk agar-agar (10gm) – beli online disini
4 cawan air
1 cawan gula – beli online disini
1 tin susu cair – beli online disini
1 tin jagung krimer – beli online disini
1-2 sudu makan perasa jagung – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan serbuk agar-agar, gula dan air di dalam periuk yang bersesuaian. Masak sehingga larut.
2. Kisar jagung bersama susu cair hingga halus.
3. Tuang kisaran jagung ke dalam periuk berisi agar-agar tadi dan kacau sebati.
4. Didihkan campuran agar-agar dengan api perlahan.
5. Tutup api kemudian tapis. Biarkan wap panasnya hilang.
6. Tuang adunan ke dalam acuan atau loyang yang bersesusian.

7. Sejukkan dan biarkan mengeras terlebih dahulu sebelum dihidang.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Masak Ayam Sambal Bali Paling Mantap. Ikut Resipi Ini Pasti Jadi
Kulit Rangup, Inti Enak. Resipi Karipap Ikan Ni Memang Terlajak Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Gaya Masak Sambal, Inspirasi Sambal Untuk Menu Ramadan Ni.

Sajian sambal tradisional Melayu kini bukan sekadar hidangan di kampung lagi. Tengok aje hidangan sambal makin lumrah didapati dalam menu bufet dan sajian ala carte di hotel bertaraf 5 bintang dan juga di restoran ‘fine dining.’
Ni min kongsikan 5 variasi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap. Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan dalam dan luarnegara pun tau.
Boleh jadi inspirasi untuk sahur dan berbuka nanti
1. JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN

BAHAN-BAHAN :
- 10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
- 100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
- 10 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1 biji jus lemon
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak..
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
2. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN :
- 1 kuntum bunga kantan
- 3 biji bawang kecil
- 1 ulas bawang putih
- 30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
- 10 biji cili padi
- 1 biji jus limau nipis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 5 minit
Cara memasak : Dihidang mentah
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
3. SAMBAL SOTONG PETAI

BAHAN-BAHAN :
- 800 gm (2 ekor sotong saiz besar) /dihiris kecil
- 5 ulas bawang merah
- 1/2 biji bawang besar /dikisar
- 3 ulas bawang putih/dikisar
- 15 biji cili kering/rebus dan dikisar
- 200 gm petai /dibuang kulit dan belah
- 1 asam keping
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing.
2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka.
4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk sampingan, sambal
Keistimewaan : Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu.
INFO CHEF :Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
4. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Bahan sambal ikan bakar :
- 220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
- 2 sm belacan bakar
- 150 gm bawang kecil
- Garam secukupnya
- 2 sudu teh sos ikan
- 2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
- 3 biji limau kasturi/ perah jusnya
- 2 batang serai /dihiris halus
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 4 sudu makan minyak masak
Pencicah sambal belacan dan bawang :
- 5 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 1.5 sm belacan
- 2 biji bawang kecil/dihiris nipis
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
- 1/2 cawan air asam jawa
CARA MEMASAK :
1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan.
2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Pastikan cili benar benar masak dan garing.
5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan.
7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya.
8.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar.
9.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan.
10.Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak.
11.Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya.
12.Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini.
13.Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit.
14.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Tumis dan gril/panggang
Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan
Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya
INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
5. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN :
- 250gm udang saiz sederhana
- 1 mangkuk kecil terung pipit
- 5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
- 5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
- 3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
- 2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
- 1 biji bawang besar/dihiris nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
2. Goreng terung pipit sebentar.
3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar.
7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang.
INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.

