
Bagi peminat lontong dan inginkan kelainan, boleh cuba masak Lontong Betawi. Kuah lodehnya rasa lebih lemak berempah dan penuh aroma dengan bawang goreng menjadikan Lontong Betawi ini luar biasa sedapnya.
Menurut perkongsian resipi daripada Afy AL Habibi, rasa Lontong Betawi ini jauh berbeza dengan kuah lodeh yang biasa dimasak, namun apabila digabungkan resipi dengan ramuan bumbu dari seberang, ia menambah kesedapan kuah lodeh ini dan menjadi ia resipi yang wajib di cuba.

Berikut perkongsian resipi daripada Afy AL Habibi ini boleh dijadikan rujukan.
Setelah sekian lama tercari-cari kelainan kuah lodeh yang lebih sedap dari biasa, yeahh akhirnya cikgu jumpa dengan satu resipi memukau ini.
Cikgu rujuk bumbunya dari orang seberang yang mereka panggil namanya ‘Lontong Betawi’. Lebih berempah dan terserlah keistimewaan apabila campuran bawang goreng yang ditabur selepas kuah masak menjadikan aromanya makin mewangi. Cikgu tetap gabung sekali resipi sedia ada yang menambahkan lagi kesedapan mengikut selera sendiri.
Walaupun anak jati Kelantan, cikgu memang peminat setia kuah lodeh. Jauh benar beza rasa dengan resipi dulu cikgu selalu masak. Ia benar-benar sedap.Rugilah kalau kalian abaikan resipi ini.Janji kena cuba tau.
RESIPI LONTONG BETAWI
Bahan-Bahan:
Bahan A: (kisar)
1/2 genggam ikan bilis
1 sudu besar udang kering
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 batang serai
2 1/2 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah saiz bola pingpong
1 biji bawang holland
1 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
Bahan B: (kisar)
4 biji buah keras
*1 sudu besar serbuk lada putih
*1 1/3 sudu besar ketumbar (sangai & kisar)
*1/3 sudu kecil jintan putih + jintan manis (sangai & kisar)
(Yang bertanda * nak guna yang biji terus kisar pun terpulang ya)
Bahan C:
2 batang serai : diketuk
3 inci lengkuas : diketuk
2 helai daun salam kering

Bahan Pelengkap Tambahan Lain:
Udang
2 kotak kecil Santan KARA (400 ml)
3 cawan air
kubis bunga
kubis Bulat
lobak merah
cili merah
kacang buncis (sedap kacang ni lagi dari kacang panjang)
bebola ikan
kek ikan
fucuk ikan
tempe goreng
Cara Membuat:
1.Bahan A digoreng seketika semua sekaligus mencipta kelainan dari cara asal cikgu selalu buat. Sedap ya. Kalau guna Bahan B (lada putih, ketumbar & jintan yang berbiji boleh goreng sekali termasuklah buah keras).

2.Kemudian kisar halus semua bahan A & B tadi.
3.Panaskan minyak lebihan menggoreng tadi. Tumis bahan kisar AB & bahan C sampai naik bau.

4.Kira-kira 6 minit juga untuk bahan tumis ini naik bau & garing. Jangan lupa kacau.
5.Seterusnya masukkan udang. Kacau lagi selama 3 minit.
6.Kemudian masukkan santan kara diikuti 3 cawan air, masukkan sedikit demi sedikit tengok atas kepekatan yang disukai.

7.Kemudian, tambahkan bahan perasa garam, gula dan perencah ikut selera. *Tak nak letak gula pun terpulang ya.*
8.Masukkan sayur keras terlebih dahulu, lobak merah, kubis bunga dan kubis. Biar masak dalam kuah kira-kira 10 minit. Sesekali kena kacau.

9.Ok masukkan semua bahan-bahan tambahan tadi termasuklah potongan cili merah & kacang buncis. Biar seminit dua terus tutup api.

10.Akhir sekali kelainan kuah lodeh kali ini juga bertambah wangi dan sedap sebab ada taburan bawang goreng buat sendiri.
11.Jangan lupa tabur ya untuk kesedapan kuah yang lebih terangkat.
Anda mungkin berminat dengan

Info Ekstra!
- Suhun tak campur sekali dalam kuah. Rebus asing. Nak makan baru letak dalam pinggan.
- Ketupat nasi ni biar sejuk dahulu semalaman baru cantik semasa dipotong. Masa merebus letak garam sikit & daun pandan.Waktu hiris, gunakan pisau tajam / pisau bergerigi. Jangan tekan kuat, barulah cantik rupanya tak penyet.

- Sambal tumis biar ada rasa pedas-pedas manja cukup masin manis baru sedap lawan dengan kuah lodeh.
- Telur pun wajib ada. Ikan bilis mata biru / Jepun, tabur asing lebih sedap makan dengan sambal.



Selamat Mencuba!
RASA: Inginkan kelainan buat kuah lodeh, boleh cuba resipi Lontong Betawi yang dikongsikan ini. Memang nampak sedap, rasanya cukup lemak, berempah, wangi dan seimbang semua rasa.
Sumber/Foto: Afy AL Habibi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sambal Paru, Sotong & Lodeh Ni Memang Mantap, Sedap Teringat-Ingat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

