Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Cara menikmati Lok-Lok sangatlah mudah, iaitu dengan memilih jenis makanan yang ingin kita makan, kerana makanan yang disajikan masih belum masak sepenuhnya jadi kita berikan ke pelayan untuk di sajikan.
Cara penyajian makanan dengan 3 cara iaitu digoreng, direbus dan dipanggang. Terserah pada selera pengunjung. Makanan ini sangat murah, enak dan sihat kerana dari daging, sayur segar dan bahan makanan pilihan.
Anda suka makan Lok-Lok tetapi ragu dengan status halalnya? Usah bimbang lagi kerana kini sudah ada restoran menjual makanan ini yang sangat sedap, harga berpatutan dan confirm halal. Sesiapa yang berminat boleh datang terus ke Restoran Enak Rasa yang terletak di No.29, Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Melihatkan susunan isian Lok-Lok tersusun cantik dalam pinggan di kios bertingkat di luar restoran dalam keadaan segar, membuatkan penulis teruja tak sabar nak makan. Rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana satu, semuanya nampak sedap.
Pilih punya pilih tak sedar entah berapa cucuk dah pilih termasuklah sayur. Tak sampai lima minit pilihan Lok-Lok yang telah dipilih diambil oleh pembantu restoran untuk di celup dalam sup panas menggelegak di sebelah kios. Baru duduk kat meja air, Lok-Lok menyusul di meja masih panas siap dengan lelehan sos Sambal Kacang dan Sos Kicap Tiram.
Ads
Perghhh… masuk mulut je terasa keenakannya, memang ni Lok-Lok versi Malaysia, rasa sos Sambal Kacang yang pedas manis dan dibland pulak dengan rasa masin kicap. Memang terangkat sedapnya . Cukup rasa, sesuai sangatlah dengan nama restorannya Enak Rasa.
Lok-Lok Enak Menggiurkan
Sesiapa yang suka Lok-Lok, makanan yang popular di kalangan Masyarakat Cina ini, wajib datang ke restoran ini dan cuba sendiri, ajak kawan-kawan dan keluarga. Bukan hanya sedap harga pun berbaloi. Satu cucuk hanya RM1.30 dan sayurnya RM1.00 secucuk. Pilihlah berapa banyak pun, ikut selera. Tak mau makan di kedai boleh tapau, sos asing. Ada lebih 24 pilihan isian Lok-Lok dan ditambah dengan variasi sayur-sayuran.
Kalau tak mau makan Lok-Lok, ada makanan lain boleh dicuba seperti nasi ayam memang boleh layan, Sup Gear Box sangat mengacam dan soto nasi impit campur bihun juga boleh layan.
Ads
Atau nak yang lebih ringan boleh makan lempeng. Ada tiga jenis lempeng yang disediakan, iaitu Lepeng Pisang, Lempeng Kelapa dan Lempeng Telur. Bayangkan makan panas-panas cicah dengan Sambal Merah dan Sambal Hijau…
Ads
Menurut pemilik restoran ini Aidil Yasin yang juga pemilik Katering Enak Rasa yang memang tidak asing lagi dalam industri F & B, restoran Enak Rasa memulakan operasi seawal pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam.
Waktu pagi, restoran ini juga ada menyediakan menu sarapan pagi dan tengah hari. Untuk hidangan tengahari pelbagai lauk nasi campur ada disediakan. Sementara Lok-Lok hanya dijual sebelah petang hingga ke malam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Melalui facebook seorang chef yang dikenali dengan coklat, Chef Amer, beliau telah membongkar satu lokasi warung yang menghidangkan soto paling sedap di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Menariknya, warung ini menyediakan soto dengan cara asli iaitu ayamnya disiat-siat. Bukannya dipotong-potong. Inilah istimewanya soto di Warong Satar.
Ayam disiat-siat.
“Sotonya agak ‘clear’ tidak berempah dan terasa manis ayamnya. Ayamnya digoreng setelah direbus dan disiat-siat isinya. Inilah cara hidangan soto yang asli. Bukannya ayam yang dipotong-potong. Nasi himpit juga lembut. Selesa je masuk ke perut,” katanya.
Menurut Chef Amer, selain menu soto, ada juga menu lain seperti mi rebus, lontong, rojak dan nasi lemak.
Sambal kicap pelengkap rasa.Bergedel wajib ada.Mana cukup satu bergedel!
“Hanya ‘Makan Mania’ dan jiwa yang kental sahaja berani sampai sejauh ini semata-mata untuk semangkuk soto. Apabila dah berhajat, jauh pun sanggup diredah. Siri Alas Perut di Johor meneruskan pencarian soto yang paling sedap. Terletak dalam kampung yang agak ke dalam sedikit. Warong Satar terletak di Kampung Parit Daun, daerah Parit Raja, Batu Pahat. Warungnya kecil sahaja tetapi sotonya power giler. Diusahakan oleh satu keluarga Jawa di hadapan rumah,” kata Chef Amer lagi.
Inilah warungnya.Suasana depan warung.Jalan depan warung.Warong Satar.
Info Warung:
Nama warung: Warong Satar
Lokasi: Kampung Parit Daun, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: Pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Tutup Jumaat dan Sabtu)
Santa Grand Signature Kuala Lumpur memperkenalkan “Menu Tradisi Peranakan Baba Nyonya”.
Menu promosi boleh didapati di ketiga-tiga restoran; Kopi Bar, Kapitan Café dan Sky Lounge dari 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Anda boleh mengunjungi Santa Grand Signature Kuala Lumpur untuk merasai resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef)
Menu Nyonya ini merangkumi kesegaran, kemanisan, masam dan pedas iaitu Assam Laksa, Mee Kari dan Peranakan Nyonya Laksa.
Selain hidangan istimewa ini, pengunjung juga boleh menikmati juadah Nyonya yang menjadi kegemaran ramai termasuk Cucur Udang, Nasi Goreng Nyonya dan banyak lagi.
Sehingga hari ini, Santa Grand Signature Kuala Lumpur mengekalkan kaedah memasak tradisional dan menggunakan bahan premium yang paling segar. Inilah yang benar-benar membezakan hotel ini daripada yang lain.Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi atau e-mel reservation@santagrandhotels.com.my.
Dekat Shah Alam dah ada Chicken Royale. Korang yang suka menikmati ayam bersama sos peri-peri, wajib singgah ke sini. Dengarnya ramai yang suka datang ke sini sebab portion besar dan dah tentu sedap menunya.
Outlet ke enam di Shah Alam tampil dengan desain ala-ala hipster. Sesuai untuk family dan remaja,santai dan selesa.
Krew Makan Di Mana sempat merasa menu killer di sini. Memang besar portionnya. Pendek kata memang puas makan dan boleh kongsi makan dengan yang tersayang.
Set Bersiong
Antara menu yang kami cuba ialah Set Bersiong. Menu best seller kat Chicken Royale. Cheese panas-panas sekuali dicurah atas Set Bersiong ni. Sesuai dimakan 4-5 orang. Tip nak makan set ni, lepas cheese dituang atas side dish,korang terus tarik cheese waktu panas-panas. Jangan biarkan lama nanti tak syok.
Set ni dihidangkan dalam talam besar dan didalamnya ada Ayam Peri-Peri,Nasi arab ,nugget,fries,wedges,sayur & sos yogurt,sos peri-peri,sos nachos &sos cili.Siapa craving cheese wajib ambil set ni.
Parameswara Special
Saiz burger ni sangat besar, Pastikan perut sedia nak terima. Boleh juga dikongsi bersama teman.
Di dalamnya ada ayam dan hirisan daging itik salai. Lain macam sedapnya.
Nasi Teja (Ayam PeriPeri)
Nasi Basmathi Berempah dihidangkan dengan Ayam Peri Peri ,Salad Timun bersalut Yogurt dan Sos Peri Peri.
Nasi Teja ni , dibuat menggunakan beras basmathi yang dimasak dengan rempah nasi arab. Tapi bukan nasi arab, bukan nasi beriani tapi nasi ciptaan pemiliknya sendiri. Lauknya ialah ayam Peri Peri panggang dan ada Salad Timun bersama Sos Youghurt. Sos tu memang rare sebab resipi oleh pemilik sendiri. Tak lupa ada Sos Peri Peri .
Pendek kata makan di sini, gerenti kenyang dan jika tak habis boleh dibawa pulang. Bolehlah datang nanti merasai keenakan menu di sini.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!