Apabila mencari makanan jalanan atau streetfood, dua perkara penting yang difikirkan adalah rasa mesti sedap dan harganya murah. Kalau dapat dua perkara ini, itu sudah sangat berbaloi. Antara foodtruck yang boleh memenuhi dua kriteria ini adalah Lie Familia. Foodtruck ini menyediakan menu makanan Itali dan Mexico. Paling menarik, harganya di bawah RM10.
Memulakan perniagaan sejak 16 Mei 2015, foodtruck ini memang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Hidangan Itali dan Mexico dijual pada harga murah menjadikan menu di sini menarik perhatian orang sekeliling.
Ads
"Lie Familia memilih menu berasaskan makanan Itali dan Mexico kerana menu sebegini agak susah didapati melalui jualan foodtruck. Lagi pula dijual pada harga murah. Sebab tu kami keluarkan idea untuk membuat menu ini," kata Asyraf.
Tampil dengan resipi yang diolah daripada resipi asal, menjadikan Lie Familia mengeluarkan hidangan yang bercita rasa enak dan memuaskan. Olahan tidak menjejaskan cita rasa asal. Cuma disesuaikan dengan porsi untuk gaya hidangan streetfood.
Ads
Memiliki tiga foodtruck, kini Lie Familia fokus untuk perniagaan harian dan juga di majlis-majlis tertentu. Banyak permintaan diterima disebabkan pelanggan menggemari cita rasa menu Lie Familia yang diusahakan oleh Asyraf yang juga bekas seorang chef hotel.
Ads
"Saya mempunyai empat orang krew yang membantu saya menjaga foodtruck ini. Saya lebih banyak memantau semua menu disediakan mengikut resipi dan mematuhi piawaian SOP yang telah ditetapkan. Cabaran berniaga foodtruck adalah persaingan. Jadi kita kena kekal sedap barulah pelanggan jadi setia," ujarnya menutup bicara.
Nama gerai: Lie Familia
Pemilik: Asyraf
Lokasi:Jalan Setia Gemilang BG U13/BG dan Jalan Setia Utama AR U13/AR, Shah Alam
Waktu operasi: 4 petang hingga 12 tengah malam
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi sesiapa yang nak bercuti ke Terengganu, selain daripada meneroka pulau-pulau indah dan cantik, membeli-belah kain batik dan barangan cenderahati, makanana tradisional negeri ini jangan dilupakan. Segala kuih muih, lauk pauk mahupun makanan santai antara perkara wajib yang kamu patut cuba!
Berikut beberapa lokasi kedai makanan yang boleh kamu pergi mencari makanan-makanan tradisional yang sedap dan gerenti tak menyesal.
Nasi Dagang:
1. kak poh batu buruk,
2. nasik dagang kat kapung atas tol,
3. nasik dagang dalam pasor keda buluh,
4. nasi dagang kak joh bukit besar,
5. nasi dagang mok ngoh chendering,
6. nasik dagang warisan kat tepi shell batu buruk tepi kedai hok jual roti canai
Burger: Burger otai.. Burger Pok Awang depan HSNZ
Air asam boi kasturi:
1. Air asam boi kasturi power & piyooorrr mat paker rhu dua marang.
Nasik Minyok:
1. nasik minyok john blakang aeon kapung sri kolam,
2. nasik minyok zaki depang giant bukit besor,
3. nasik minyok jenab kat depan KEMAS kuala bekoh tepi dia ada stor geh,
4. nasi minyok kat tanjung depan Hock Kee Seng (Dulu Astaka),
5. Nasi minyak aziz kat hiliran depan perodua
Nasik Lemok:
1. nasik lemok bromoh pasir panjang,
2. nasik lemok atah court kg ladang (sebeloh seng heng),
3. nasi lemok kak dah kat gerai food court beteng tanjung blakang hock kee seng astaka
Rojok Keling:
1. restoren selamat jalan tok lam,
2. rojok sultan kat area sipang 3 skoloh tengku ampuan mariam menuju ke kapung ladang,
3. rojok sultan kat depan petronas chendering tepi car wash,
4. rojok keling di kedai awang A kat kapung Gong Pak Maseh
Rojok Kateh:
1. Kedai ben10 tepi stadium bola bando,
2. Kedai Air Nyior kat bulatang skoloh SKSS1
Nasik Ayang:
1. Nasik ayang nurul Iman kat depan skoloh arab batu buruk,
2. nasik ayang meto kat jalan nok gi muzium,
3. nasik ayang hainan kat bazar batu buruk
4. Nasi Ayang Pok Kedai Congok Gong Pak Maseh, Beli sebungkus buleh makang 2 org
Roti Payang:
1. nurul islamiah kat lekoh jalan Kamaruddin
2. Roti payang belakang McD Dungun.
Nasik Belacang:
1. kedai sri wani bromoh kat depang surau besor tanjung
Sup:
1. Sup Atas Pasor Payang (sebeloh nasik minyok rozak)
2. Sup Pok Wahab Padang Tengir, Manir (Kalu gi hari Khamis, puas nunggu lah)
Mee Talang:
1. Kedai goreng pisang kat tepi skoloh rendoh sri budiman,
2. se lagi pulau kambing…nyakot molep hok tu..
Ikang Celup Tepong:
1. Warung Pok Nong kat Kampung Telipot,
2. warung kat pata pandak depang hok tutup nge pagor utk pembinaang hotel
Nasik Kapit Gula Ikang Aya :
1. Kedai depang Shell Chabang 3,
2. Warung Norazila kat depang masjid terapung
Satey:
1. Satey Lina kat area Waterfront Pula Kambing,
2. satey pata timur kat batu buruk sebeloh batu buruk beach resort,
3. satey jam besor di seberang takir dekat kem askor
Ikang bakor:
1. Ikang bakor bukit tunggal (ada cawangan di pasir panjang),
2. ikang bakor di Cairo Tomyang kat tepi skoloh pusak chabang 3,
3. ikan bakor hamid keda bowoh jambatang koliba
Kuih Muih Tradisi:
1. Kedai kat trafik light nok gi ke panji alam dan gong kapas,
2. kedai kat trafik light simpang 3 sekoloh tengku ampuan
Mee Goreng Basoh:
1. Kedai mat nawi & mat sarip kat area spital haiwang pula kambing,
2. keda mek comel kat rumah org tp dia wat keda betul2 depan skoloh rendoh Tok Dir
Nasik Padang:
1. Restoren safinaz kat istana badariah dan masjid putih,
2. Rex nasik padang kat Showroom toyota bandar kuala tranung
3. Erwina nasi Padang jln Tok Lam
Nasik Campur:
1. Warung kedai binjai kat depan hotel sri malaysia kuala tranung,
2. restoren mat binjai kat depan wisma sri tenang
3. Gerai bowoh gertok Gaung Kuala Berang – Ikan baung masak tempoyok
Nasi ulang cicoh budu:
1. Warong lempeng kat kapung rusila depang masjid rusila
Makang Pagi Muroh Teh O 30 Seng:
1. Warung Che Nah jalan losong dekat Muzium
Pulut Lepe (pulut panggang) :
1. Pulut lepe bonda kat tepi sekoloh rendoh ladang,
2. pulut lepe kat tepi wisma persekutuan tepi steseng minyok caltek
Meggi Dapur Kayu:
1. kat kapung Padang Machang (lokasi payoh skit sbb dalang kapung.. kena tanya penduduk setempak)
Mee Udang Galoh:
1. Warung Pok Jak kat tepi masjid kampung tanjung sabtu manir
Nasi Khabu :
1. Nasik kerabu ala thai kat jalan pasir panjang,
2. nasi kerabu ayam/daging bakar norra rich kerabu gong datuk (dekat pintu blakang uniza)
Nasi ayang / daging bakar dan sup herba :
1. Kedai alhijrah Oasis kat jalan bukit bayas
Sup belut:
1. Kampung belukar jambu kat selekoh lepas 100 meter signboard kampung belukar jambu dari kapung laut
Nasik lemok kakung, nasik kuning:
1. Warung tepi hotel permai inn blakang warung mat jeng
Cikeng chop:
1. yee stall kat bazar batu buruk tepi nasik ayang hainan,
2. cikeng chop rege rm3.90 kat teluk ketapang
Mee jawa, soto:
1. Warung kat gong kapah sebeloh bangunan umno
Nasik goreng cina, watangho:
1. kat keda cina kapung depang masjid batu rakit kedai naik bukit skit
Nasi kukus:
1. baihaqi nasi kukus jalan tok lam bawah hotel indah,
2. yasmin nasi kukus jln kamaruddin
Sumber: Resipi Masakan Terkini
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Untuk mendapatkan hidangan steak daging yang bertekstur lembut, pasti yang terlintas di fikiran adalah daging wagyu. Namun bukan semua orang mampu untuk mengadakan sejumlah wang yang banyak untuk makan daging wagyu.
Atas dasar ingin menyediakan makanan kualiti premium pada harga yang mampu milik, restoran Smoked Kingdom menawarkan Youyu Steak. Menu ini seakan-akan wagyu yang yang bertekstur lembut dan cair di mulut. Namun harganya hanya RM69.90 bagi setiap 200 gram.
Youyu Steak
Kepingan daging dibakar empuk bersama perapan istimewa yang pastinya membangkitkan selera pada gigitan pertama, ditambah pula dengan limpahan sos lada hitam resipi istimewa Smoked Kingdom. Setiap hidangan didatangkan dengan padanan sayur panggang, kentang dan sos lada hitam istimewa.
Inilah keistimewaan Smoked Kingdom milik Penceramah selebriti, pengacara televisyen dan pensyarah, Don Daniyal Don Biyajid. Beliau bersama tiga sahabat baik menceburi bidang makanan berkonsepkan Western & Grill, Smoked Kingdom yang terletak di Ayer@8, Presint 8, Putrajaya.
“Kami berempat memang penggemar Western. Tapi nak dapatkan steak yang sedap dengan harga yang mampu dinikmati seluruh keluarga, agak susah. Satu hari tercetus idea, kenapa tidak kita bangunkan jenama sendiri untuk menjadi satu platform untuk mereka dapatkan steak bertaraf premium dengan rasa yang sedap dan paling penting, harga yang mampu dinikmati seluruh keluarga,” kata Ustaz Don ketika ditemui di majlis pelancaran Smoked Kingdom, Ayer@8 Putrajaya.
Selain Youyu Steak, satu lagi menu istimewa adalah Smoked Brisket. Bahagian brisket menjadi sangat enak dan lembut jika dimasak, dipanggang atau disalai secara perlahan. Menu ini turut menjadi taruhan di Smoked Kingdom. Daging ini disalai selama 14 jam menggunakan smoker khas oleh 'pitmaster' berpengalaman untuk menyerlahkan lagi kelazatan daging yang ‘juicy’ dan sangat enak.
.
Smoked Brisked
.
Piza
.
Belgian Choc
.
Antara menu signature lain termasuk waffle coklat yang menggunakan Belgian choc dengan harga tiga kali lebih murah dari pasaran dan homemade pizza yang pastinya lebih lembut dan dimasak dengan resepi dan cara tersendiri.
Western & Grill, Smoked Kingdom yang terletak di Ayer@8, Presint 8, Putrajaya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramadan yang bakal menjelang tiba disambut dengan penuh kesyukuran. Bulan ini masanya keluarga dan rakan-rakan berkumpul bersama untuk meraikan bulan yang mulia ini.
Bagi meraikan bulan yang penuh keberkatan yang bakal tiba nanti, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur mengadakan rebiu Ramadan buat para media untuk merasai hidangan homecook , di mana mengingatkan resipi ibunda yang tiada tandingan untuk tetamu apabila berbuka puasa di hotel ini.
Bagi menambah keceriaan di kala waktu berbuka puasa nanti, tetamu dihiburkan dengan persembahan Ghazal.
Pelbagai menu terpilih bakal dihidangkan pada tetamu antaranya Nasi Kerabu, Paru-Paru Berlada, Pedal Hati Ayam Masak Cili, Tempeh, Acar Buah, Acar Rampai dan juga seleksi buffet antarabangsa seperti Thai Green Curry Duck, Dawood Basha( Arabic Lamb Ball), Indian Style Chicken Masala, Salmon Fillet dan pelbagai lagi.
Anda juga boleh memilih seleksi makanan dari gerai yang menggamit rasa seperti Kari Kepala Ikan Citarasa Bonda, Lempeng Pisang Kelapa Bidara, Pisang Goreng Keju Makmur, Aneka Sup Serantau, Rendang Daging Khatulistiwa, Popiah Basah Mahsyur, Kambing Golek Penawar Rindu, Nasi Lemak Lobster Tersohor, Otak-Otak Dibuai Rasa dan Sous Vide Burger Nusantara.
Tidak lengkap hidangan tanpa manisan. Antaranya seleksi buah-buahan segar, pilihan kuih muih Melayu dan kek seperti Mango Charlotte, Pandan Chiffon Cheese Cake, Chocolate Brownies dan lain-lain.
Bufet Ramadan bermula dari 8 Mei hingga 6 Jun dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di tingkat 14. Pada minggu pertama 8-12 Mei dan minggu terakhir 29Mei-2Jun, harga untuk dewasa ialah RM48nett. Sepanjang 13-28 Mei, harga untuk dewasa ialah RM128 manakala untuk kanak-kanak RM 58. Rebut harga early bird sekarang hanya RM98 nett untuk dewasa dan kanak-kanak hanya RM48.
Buat anda yang tercari-cari Nasi Briyani untuk hidangan berbuka, hotel ini menyediakan Nasi Briyani Take Away berlauk ayam atau kambing yang disediakan oleh Chef Yusoff. Gerai Nasi Briyani akan berada di lobi hotel dari jam 5 petang hingga 8 malam dengan harga RM10nett. Untuk membuat tempahan anda boleh menghubungi Big Apple Restaurant.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!