
Sedapnya kalau dapat makan Lempeng Tuna Cili Berkeju ni. Makan pula panas-panas, tak cukup satu. Cara nak buatnya pun senang je. Sesuai juga untuk anak-anak yang suka hidangan pedas. Sesuai juga dimakan untuk sahur. Kenyang perut! Boleh tambahkan taburan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan bakar untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna selain menambah rasa dalam hidangan. Sangat membuka selera.
LEMPENG TUNA CILI BERKEJU
Bahan-bahan:
- 230gram tepung gandum – ayak
- 125gram Fernleaf Yogurt Asli
- 120ml Fernleaf Susu UHT
- 150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
- 1 sudu teh garam
Bahan-bahan inti:
- 200gram isi tuna (dalam tin)
- 1 sudu makan cili flakes
- 1 labu bawang besar – cincang halus
- 2 biji cili merah – buang biji & cincang
- Garam & lada sulah secukupnya
Cara Memasak:
- Di dalam mangkuk; Masukkan tuna, cincangan bawang, cincangan cili merah, lada sulah dan garam secukupnya. Gaul rata dan ketepikan.
- Untuk membuat lempeng; satukan tepung gandum, garam, Fernleaf Yogurt Asli dan Fernleaf Susu UHT di dalam mangkuk. Kacau hingga semua bahan sebati.
- Untuk memasak lempeng; sapu sedikit mentega pada kuali non-stick. Tuang sesenduk bancuhan lempeng. Letak sesudu inti tuna di atas lempeng dan ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya dan ratakan. Bila bahagian bawah lempeng telah masak, perlahan-lahan terbalikkan dan masak di bahagian yang satu lagi hingga agak perang. Masak hingga semua bahan habis.
- Angkat lempeng dan hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rasanya Seakan Kuih Sepit Roll, Mudah Buat Sarang Labah-Labah Ni

Sekali pandang, rupanya seperti roti jala tapi bukan roti jala. Rasanya seperti kuih sepit roll. Snek sarang labah-labah ini rupa dan cara buatnya sama seperti roti jala.
Roti jala teksturnya lembut tapi snek sarang labah-labah ini rangup. Jom kita cuba resipi sarang labah-labah oleh Jamilah Nordin ini yang berperisa milo. Kalau nak letak pewarna lain pun boleh.
SARANG LABAH-LABAH MILO

BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum – beli online di sini
3 sudu besar tepung beras – beli online di sini
3 sudu besar tepung ubi – beli online di sini
4 sudu besar gula pasir – beli online di sini
4 sudu besar milo – beli online di sini
1 sudu besar minyak – beli online di sini
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam
1 biji telur
¾ cawan susu cair – beli online di sini

TONTON Danish Cinnamon Cheese | Dapur Rasa Live
TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live
CARA BUAT:
1. Gaul sebati semua bahan. Kemudian tapiskan. Adunan jangan terlalu cair atau jangan terlalu pekat. Sedang-sedang saja.
2. Masukkan adunan ke dalam bekas menjala atau piping bag.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

2. Sediakan kuali leper untuk menjala. Panaskan kuali.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Tuang 1 senduk kecil adunan ke atas kuali. Buat macam roti jala tapi yang ni dimasak hingga garing.

4. Bila dah garing, boleh terus gulung.

Kredit resipi: Jamilah Nordin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedapnya Cheese Rangup Atas Kek Mentega, Memang Semerbak Bau
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Kacang Kuda Bersalut Untuk Kudapan

Siapa saja yang tidak suka kudapan seperti kacang. Jika membeli pun tidak puas makan. Jadi apa kata jom buat sendiri kacang kuda bersalut ni untuk kudapan anda. Kacang ni lebih sedap kalau dah masuk peti sejuk kemudian baru makan. Sebab salutan tu meresap dalam kacang.
Nak lebih sedap ada juga yang letak ikan bilis. Nak bagi penambah rasa. Boleh olah ikut citarasa sendiri.
Kacang Kuda Bersalut

Bahan-bahan:
- Kacang kuda (rendam semalaman, kemudian rebus hingga lembut dan toskan)
- Bawang merah (dihiris)-beli online di sini
- Bawang putih (dihiris)-beli online di sini
- Cili kering (potong 2 atau 3)-beli online di sini
- Daun kari (ikut suka nak berapa pelepah)
- Bancuhan serbuk kari 1 sudu (kalau banyak, pahit)-beli online di sini
- Air
- Garam
Cara membuat:
1.Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan.

2.Masukkan cili kering, daun kari. Kacau-kacau, masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang.

3.Bagi menggelegak, masukkan garam. Kacau-kacau, masukkan kacang. Gaul sampai sebati.
4.Lepas dah puas hati, tutup api, sejukkan.
Kredit: Atiqah Zaki
Resipi Paru Sambal Berlado Enak. Masak Sendiri Memang Puas Hati
Koleksi Resipi Snek Homemade Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Anak

Koleksi resipi snek yang ibu-ibu kena cuba. Maklumlah, bila tibanya cuti sekolah, riuh rendah rumah dibuatnya. Masa inilah kaum ibu ‘terlebih’ sibuk di dapur sebab kaki makan tengah ramai berkumpul. Memang meriah! Snek antara hidangan ringan yang menjadi kegemaran anak-anak namun kebanyakan snek beku yang dijual di pasaran, kurang bagus untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan garam serta MSG yang tinggi.
Bagi anda yang mementingkan kualiti makanan yang dihidangkan, anda boleh menyediakan aneka resipi snek ini secara homemade. Mudah je! Jom cuba.
1. NUGGET AYAM TEMPURA

BAHAN-BAHAN:
- 700gm isi dada ayam | potong kecil
- 2 biji telur
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah saiz sederhana
- Serbuk lada hitam secukupnya
- 3 sudu makan tepung ubi kayu
- Garam dan perasa ( jika suka) secukupnya
- Tepung goreng serbaguna secukupnya
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus. ( boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)


2. Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.

4. Setelah masak, keluarkan kek nugget tadi dari loyang.

5. Potong kek nugget mengikut saiz yang digemari.
6. Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget boleh disalut dengan sekata.
7. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.

8. Selain goreng, nugget juga boleh di gril.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noor Liyana
2. CHEWY CHEESE SPINACH
BAHAN-BAHAN:
- 250gm keju Mozarella parut (jika beli yang ketul, parutkan supaya senang cair.)
- 250gm krim keju
- 1 cawan daun bayam racik (daun sahaja tanpa batang.)
- 1 sudu makan mentega
- 1 ulas bawang putih | cincang
- 1 sudu teh lada hitam | tumbuk halus
- 1 sudu teh garam halus

BAHAN SALUTAN:
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur | dipukul
- 1 cawan serbuk roti oren
Nota:
** Nak tambah isi ayam cincang pun boleh.
** Nak gantikan bayam dengan daun sawi pun boleh.
** Nak guna carrot pun sedap. Caranya ialah parut halus dan perah sikit airnya.
** Nak guna brokoli pun ok. Ambil kepala brokoli tu cincang halus.
** Nak campur pun ok sangat-sangat. Ikut citarasa masing-masing.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan bawang putih. Biar naik bau. Masak guna api perlahan sahaja bagi elakkan bawang garing.

2. Masukkan keju mozarella dan krim keju. Kacau hingga cair.

3. Bila keju dah cair, masukkan daun bayam, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga bayam agak layu dan bertukar warna hijau gelap.

4. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian yang tidak melekat. Boleh juga sapukan sedikit minyak pada bekas. Jika nak buat bentuk bulat, kepal semasa keju masih panas. Sebab jika dah sejuk, susah nak bentukkan keju tersebut.

5. Tekan-tekan keju supaya rata. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga set.

6. Bila dah pejal, potong keju menjadi kepingan serta saiz yang digemari. Sebaiknya jangan terlalu tebal atau nipis. Jika tak nak potong, boleh juga terap menggunakan ‘cookies cutter’. Bentuknya cantik nanti.

7. Salutkan dengan 1/2 cawan tepung gandum.

8. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur. Ulang poses beberapa kali. Urutannya ialah: tepung – telur-tepung-telur.

9. Salut pula dengan dengan serbuk roti berwarna oren hingga rata.

10. Simpan kepingan keju di tempat beku selama 15 minit sebelum digoreng.

11. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan hingga kekuningan. Jika nak ‘frozen’kan pun boleh.

Kredit resipi & foto: Asha Zainudin
3. ROTI JOHN MINI

BAHAN-BAHAN:
- 200gm daging kisar
- 4 biji telur
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- 2 biji ubi kentang | potong dadu
- 1 kiub pati ayam
- 1 paket kecil rempah sup
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan marjerin / mentega
- Daun sup dan daun bawang secukupnya
- Roti frankfurter
- Mayones secukupnya
- Sos cili secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega @marjerin .

2. Masukkan bawang besar.Tumis sampai sedikit layu.

3. Masukkan kentang yang dipotong dadu. Kuantitinya ikut citarasa. Nak lebihkan pun boleh.

4. Kemudian masukkan daging kisar.Gaul sekata.

5. Masukkan kiub pati ayam. Kacau lagi hingga larut.

6. Selepas semua bahan kelihatan mesra, masukkan rempah sup.

7. Perasakan dengan sedikit garam. Guna sedikit sahaja kerana kiub pati ayam tadi telah memberikan rasa masin.

8. Lepas dah siap masak, pecahkan telur dan campurkan dengan inti yang siap dimasak tadi. Selebihnya simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan sebulan.

9. Tambahkan sedikit daun sup dan daun bawang.

10. Potong roti ,belahkan jadi 2 macam dalam gambar.

11. Masakkan inti di dalam kuali. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.

12. Setelah inti kelihatan sedikit masak, letakkan 2 keping roti. Kemudian terbalikkan.

13. Ini rupa roti dengan inti yang dah diterbalikkan.

14. Sapukan mayones dengan secukupnya.

15. Seterusnya sapukan sos cili mengikut citarasa.

16. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Shuhada Nsar
4. TEMPE GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN:
- Ketumbar
- Jitan manis
- Bawang putih
- Serbuk kunyit
- Garam
- Tepung gandum
- Air
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)

CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.

2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.

3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.

4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.

5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.


INFO:
- Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
- Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Chinta Eyja
5. BEGEDIL AYAM
Buat dulu stok begedil dan disimpan dalam freezer dan digoreng bila hendak makan. Begedil sesuai makan dengan soto atau bihun dan boleh juga makan sebagai lauk. Sedap juga makan begitu sahaja dicicah dengan sambal kicap.


BEGEDIL AYAM
BAHAN-BAHAN
- 5kg kentang
- 1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
- 200g bawang goreng
- 200g daun sup
- Telur (untuk salut bergedil)
BAHAN PERASA
- garam
- gula
- serbuk lada sulah
CARA MEMASAK
1. Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
2. Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
4. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
5. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.
Info: Pernah rebus kentang tapi bergedil cepat basi.
Kredit resipi & foto: Izany Izhas
6. SOSEJ AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg isi ayam
- 1 1/2 sudu teh garam
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh thyme
- 1/2 sudu teh oregano
- 1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
- 1 gelas air / stok ayam
* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
Saiz gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam

CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.


2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.


3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.

4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.
Kredit resipi & gambar: Siti Zarina Jaidon
7. CHEESY BALL

BAHAN-BAHAN:

- 5 biji ubi kentang
- 1 blok keju mozarella | dipotong kiub
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan minyak masak
- 3 biji telur | dipukul
CARA MEMASAK:
1. Kupas ubi kentang dan rebus. Setelah empuk, lenyekkan hingga hancur. Letak sedikit garam jika perlu.

2. Kemudian masukkan minyak dan tepung gandum. Uli. Jika terlalu lembik, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.

3. Cubit adunan tepung tadi dan leperkan. Kemudian isikan dengan keju.

4. Bulatkan adunan sebegini.

5. Celup bebola ke dalam bancuhan telur.

6. Kemudian golekkan di dalam bekas beriswi serbuk roti hingga rata.

7. Celup sekali lagi dalam adunan telur.

8. Salutkan sekali lagi dalam serbuk roti. Ulang proses sehingga semua bahan habis.

9. Panaskan minyak dan goreng bebola keju menggunakan api sederhana sehingag kekuningan.

10. Sedia untuk dinikmati. Mengancam sungguh!

Kredit resipi & foto: Che Kelly Muhamad
8. TWISTER ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
- Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
- Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
- Mayones secukupnya
- Sos Thousand Island secukupnya
- Daun salad secukupnya
- Tomato – potong dadu
- Lobak merah – disagat
- Timun – disagat
- Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa

BAHAN PERAP AYAM
- Tepung gorengan serbaguna
- Telur – dipukul
- Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.

4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.

7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.

9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Ayam Masak Ungkep Yang Sedap, Pedas & Membuka Selera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official


