Bila cuaca panas begini, enak dapat makan puding atau agar-agar sejuk. Teringin pula nak makan agar-agar cendul ni. Nikmatnya tak terkata,dengan rasa lemak manisnya.
AGAR-AGAR CENDUL
Bahan-bahan:
Lapisan cendol
10gm agar-agar tali
3 cawan air
1 cawan gula.
1 cawan santan paket
Sedikit garam
Cendul (Agak-agak saja)
Ads
Cara memasak:
1.Masak agar-agar.
2 Dah hancur masukkan gula kemudian santan. Kacau saja.
3.Dah sebati semua padam api.
4.Masukkan cendol separuh.
5.Separuh dimasukan dalam loyang/acuan.
Ads
6.Tuang agar-agar dalam acuan.
Lapisan atas
2 cawan air
3/4 cawan gula merah (Dimasak guna daun pandan.Sejukkan. Tapis. 10gm agar-agar dimasak guna 1 1/2 cawan air.
Dah hancur masuk air gula yang sudah ditapis.
Tambah 1/2 cawan susu cair/santan(tak nak tak apa)Letak sedikit garam. Mungkin lain orang lain caranya.
Sedapnya dapat nikmati cendol kala panas terik. Kombinasi cendol, air gula dan santan memang beri kepuasan buat penggemar cendol. Apa kata buat sendiri cendol jadi boleh berkali nak makan. Boleh saja ikut resipi yang dikongsi oleh ummi naim qalaq. Pesannya jangan bagi gelembung lama atas api untuk elak cepat bergentel/ berzig zag bila ditekan dalam air. Acuan boleh guna nozel piping atau piping bag buat kek, buat lubang kecil saja dihujungnya. Jika tidak tahan panas masa menekannya boleh guna tuala dapur dengan membalut bag piping tersebut. Selamat mencuba.
Bahan-bahan: 1 cawan air -penuh 1/2 cawan biasa tepung hong kew( bermacam ejaan , lihat gambar) 1/4 sudu teh garam 1/4 sudu teh air kapur dari ujung jari kelingking kapur, bancuh sikit air dan ambil airnya Sikit pewarna hijau epal Sikit esen pandan( air daun pandan lagi baik)
Cara membuat: 1.Bancuh adunan tadi. 2.Masak di atas api perlahan. 3.Bila nampak bergentel angkat dan kacau bagi semuanya jadi licin.
4.Bubuh semula atas api dan biar ada gelembung sekejap. Tak boleh lama atas api. 5.Tutup api dan masukkan cepat-cepat ke dalam acuannya, tujuan supaya kekal panasnya. 6.Sediakan air sejuk ais dan paip ke dalam air tersebut. 7.Buat sampai habis. 8.Biarkan dalam 1/2 jam. Baru toskan.
Geng penggemar kuih talam tentu menyukai resipi kali ini. Rasanya ternyata sedap, kenyal pula tu. Resipi kuih talam pandan ini memang mudah, cepat siap dan gerenti menjadi!
Resipi kuih talam pandan confirm menjadi kali ini dikongsi oleh Lia Yob Ibrahim. Menariknya, resipi ini diturunkan daripada mak bondanya, Ku Zainab Abd Talib. Seloroh Lia, orang yang sakit gusi pun boleh menikmatinya. Jom kita buat.
Kemudian, tapis dan ambil airnya sahaja. Secawan air pandan bikin aroma menawan.
Isi tepung penuh secawan. Cawan inilah guna sukatan untuk semua bahan.
Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau.
Godak semua bahan sehingga semuanya sebati. Sehingga tiada tepung yang berketul-ketul.
Selepas kesemua bahan tersebut larut, tapiskan ke dalam bekas lain untuk buang saki baki tepung yang berketul atau jika ada bendasing dalam adunan.
Sediakan loyang 10×10 inci. Lapikkan dengan plastik. Sekiranya tak mahu lapik dengan plastik, bolehlah sapu permukaan loyang dengan minyak dahulu.
Panaskan pengukus yang telah berisi air.
Tuang adunan pandan ke dalam loyang. Kukus di dalam pengukus yang telah pun sedia mendidih airnya selama 20 minit. Api jangan terlalu besar, jangan terlalu kecil. Sederhana sudah memadai.
Selalu buat atau makan onde onde pandan, sesekali tukar citarasa buat onde-onde keledek oren pula. Rasa lemak keledek dan letusan manis gula Melaka bila masuk ke mulut dan dikunyah memang enak. Cara membuatnya lebih kurang sama dengan buah Melaka ditambah dengan keledek saja.
2 cawan keledek oren – siap rebus dengan sedikit garam dan dilenyek
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air
1 ketul gula melaka – potong dadu kecil
2 helai daun pandan – simpulkan
Kelapa parut putih dan sedikit garam halus – gul sebati (kukus sekejap)
1) Satukan dua jenis tepung dalam satu bekas. Masukkan keledek oren yang telah di lenyek kemudian gaul rata. Tuang air dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
2) Buat sedikit doh dan bentuk jadi bulan ikut saiz yang diingini. Kemudian leperkan doh lalu isikan gula melaka. Bulatkan semula, buat sehingga habis doh. Dalam pada itu panaskan air dalam periuk.
3) Bila air mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan doh tadi dalam periuk. Tunggu hingga ia timbul di permukaan kemudian barulah diangkat menggunakan penapis kecil. Selepas itu lalukan seketika di bawah air paip. Toskan.
4) Golekkan onde-onde atas kelapa parut putih hingga rata kemudian bolehlah dimakan.
Ketahui cara buat dadih homemade yang sedap, mudah dan menjimatkan. Lengkap dengan pelbagai idea perisa serta tips hasilkan tekstur lembut dan berkrim.