sup ayam halia fb

Batuk dan rasa badan tak selesa disebabkan angin boleh mengganggu rutin harian.Cuaca sekarang ni sekejap panas dan sekejap hujan, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah terkena batuk. Cuaca panas yang berhabuk dan berdebu mudah menyebabkan batuk bagi mereka yang sensitif.

Makan sup ayam dengan halia yang agak banyak boleh bantu legakan batuk dan sekali gus buang angin dari dalam badan. RASA berikan resipi sup ayam halia untuk korang semua. Cubalah.

SUP AYAM HALIA

Legakan Batuk & Buang Angin Dengan Sup Ayam Halia

BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak untuk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUAT
1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.

Selamat mencuba.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI