Masakan bersantan bukan lagi asing di dalam hidangan masakan melayu. Hidangan yang dilimpahi santan menjadikannya lebih enak dan berlemak. Biarpun penggunaan santan boleh digantikan dengan susu cair namun rasanya tidak dapat ditandingi.Rasai sendiri kesedapannya dengan mencuba resipi ini.

Lauk Pauk Citarasa Kampung Buka Selera

GULAI JERING

BAHAN A:

  • 1-2 biji  bawang merah besar | kisar halus
  • 3-4 ulas bawang putih |kisar halus
  • 2cm halia | kisar halus
  • Cili giling/cili kisar secukupnya | ikut citarasa masing-masing
  • 2 biji buah keras | dihancurkan

BAHAN B:

  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut
  • 1cm lengkuas | dititik
  • 1 batang serai | dititik
  • Asam keping
  • Santan pekat & cair secukupnya
  • gula, garam dan serbuk perasa

CARA MEMASAK:

1.  Tumis bahan (A) hingga naik bau..

2.  Kemudian masukkan bahan (B) dan seterusnya air rebusan jering tadi. Biar mendidih sebentar.

3.   Masukkan santan cair & pekat . Akhir sekali masukkan jering dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.

4.  Sedia untuk dinikmati.

Lauk Pauk Citarasa Kampung Buka Selera

GULAI NANGKA ASLI MINANG 

BAHAN-BAHAN:

  • 1/4kg nangka muda
  • 550ml santan
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 helai daun salam

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 10 tangkai cili kering
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1.  Tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan daun kunyit, daun salam dan daun limau purut. Tumis lagi hingga garing.

2.  Kemudian masukkan nangka. Masak hingga lembut.

3.  Masukkan santan. Gaul sebati.

4.  Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.

5.  Setelah nangka empuk dan kuah sedikit pekat, padamkan api dan sedia dihidangkan.

 

Lauk Pauk Citarasa Kampung Buka Selera
TEMPE TUMIS DARAT BERSAMA TULANG 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1/2 kg tulang lembu | rebus hingga empuk
  • 1 paket tempe | potong empat segi
  • 1 batang serai | titik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 mangkuk santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 2  biji cili merah
  • 6 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.

2. Masukkan tulang yang telah direbus tadi, diikuti dengan tempe.

3. Seterusnya masukkan serai, daun limau purut, asam gelugor.

4. Masukkan santan, kacau hingga mendidih.

5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Kecilkan api biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat.

IKLAN

7. Akhir sekali tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.

 

Lauk Pauk Citarasa Kampung Buka Selera

CENDAWAN TIRAM MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm cendawan tiram
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK:

  • 5-7 biji cili padi (atau ikut cita rasa)
  • 1 biji bawang merah
  • Sejemput ikan bilis ] ditumbuk separa lumat
  • Sedikit kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masak santan bersama bahan tumbuk hingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan cendawan, serbuk dan daun kunyit. Kacau hingga kembali mendidih.
  3. Masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
  4. Enak dimakan panas-panas.

 

Lauk Pauk Citarasa Kampung Buka Selera

GULAI LEMAK PISANG MUDA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sisir pisang emas muda
  • 100gm tulang ikan talang masin | rendam
  • 1liter santan pekat
  • 2 batang serai | ketuk
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 10 biji cili padi | kisar
  • 2.5cm kunyit hidup | kisar
  • Daun kunyit | mayang halus

CARA MEMASAK:

  1. Pisang emas, disiat kulitnya dan dipotong serong. (Jika suka boleh masukkan kulit pisang sekali dalam masakan)
  2. Masukkan semua bahan kisar bersama tulang ikan masin ke dalam periuk.
  3. Seterusnya tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
  4. Selepas itu,masukkan pula pisang tadi dan serai yang telah diketuk ke dalamnya.
  5. Taburkan daun kunyit hiris, biarkan mereneh.
  6. ambahkan garam secukup rasa, dan biar kuah sedikit pekat. Sedia untuk dihidangkan.

INFO CHEF:
Kulit pisang juga boleh dimasukkan ke dalam gulai jika suka.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI