Sempena hari terakhir Syawal hari ini boleh hidangkan menu istimewa seperti rendang kacang panjang ini.
Mungkin ada yang pernah makan tapi boleh jadi ada juga yang tak tahu kewujudan lauk rendang ini.
Hidangan dari Negeri Sembilan sememangnya enak. Boleh cuba jika mahu merasai citarasa rendang yang berbeza.
Kalau dah buat rendang ini, tak masak sayur pun tak mengapa kerana sudah ada kacang panjang yang dimasak sekali.
Cara buat rendang kacang panjang
Bahan-bahan
Pedal, hati, sedikit isi ayam (guna ayam saja pun boleh)
Kacang panjang
Cili padi (lebihkan jika suka pedas)
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 asam keping
1 kotak santan
Serbuk kunyit (jika suka)
Garam dan gula secukukupnya
4 helai daun kunyit -dihiris nipis
Minyak untuk menumis
Ads
Cara membuat
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, serai dan cili api.
2. Tumiskan bahan yang dikisar tadi.
3. Bila bahan tumis dah terbit minyak, masukkan hati, pedal dan ayam. Gaul rata.
Ads
4. Kemudian masukkan asam keping, serta tuang santan.
5. Kacau hingga naik minyak barulah masukkan kacang Panjang. Gaul rata.
Ads
6. Kemudian masukkan daun kunyit yang dihiris lalu digaul rata.
7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi hingga sebati. Siap.
Sedapnya Ayam Butter Telur Masin ni. Biasanya kita makan Ketam Telur Masin, sotong atau udang masak mentega je. Istimewa buat anda yang tidak menggemari sajian makanan laut, bolehlah menggunakan ayam. Sangat enak dan tidak muak. Jom cuba resipi saudari Rohani Ahmad ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK AYAM BUTTER TELUR MASIN
BAHAN BAHAN:
5 ketul ayam – potong kecil
5 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam
5 biji telur masin – rebus dan hancurkan yg kuning sahaja
Setengah senduk butter / mentega
4 ulas bawang putih- cincang
2 tangkai daun kari
6 @ 7 biji cili padi – hiris
Sedikit susu sejat kalau tak ada boleh aje bubuh air.
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam kejap dengan tepung jagung dan garam. Goreng dan ketepikan.
2. Panaskan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
3. Lepas tu masukkan kuning telur masin yang dah dihancurkan. Gaul rata.
4. Bila dah mula berbuih, masukkan sedikit air, perasa, sedikit gula. Masukkan juga ayam dan gaul rata. Siapppp! Sedai untuk dinikmati.
Jika anda singgah ke Pusat Bandar Wangsa Maju, jangan lupa cuba sajian di Restoran Mok Teh. Menu istimewanya sajian Terengganu, tapi pemiliknya Mok Teh pun hebat masak sajian nogori warisan dari ibu mertuanya.
Rendang air tangannya sedap tak terperi, ala nogori. Istimewanya bahannya ringkas aje. Jom semak, boleh masak hujung minggu ni…
1.RENDANG AYAM CILI API
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam| dipotong 12
1 kilo santan
BAHAN A
30 biji cili api
2 inci kunyit hidup
BAHAN B
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
7 batang serai |diketuk
2 asam keping
3 helai daun kunyit
1 sudu kerisik
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ayam dibersihkan dan dipotong 12. 2. Bahan A dikisar dan dimasukkan kedalam kuali bersama ayam. 3. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Lengkuas dihiris nipis. 4. Kesemuanya dimasukkan ke dalam bersama ayam tadi. 5. Apabila agak kering air, kemudian dimasukkan santan,serai, asam keping dan garam. 6. Masak sehingga agak kering, masukkan daun kunyit yang dihirs halus.
Saiz hidangan: 8 orang. Waktu memasak 40 minit. Cara Memasak : Reneh Keistimewaan: Enak dan berlemak
2.RENDANG ITIK
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik salai |dpotong 12
1 kilo santan
BAHAN A
20 biji cili api
5 sudu cili boh
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai
BAHAN B
5 batang serai |diketuk
2 asam keping
3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
1 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
Gula merah secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Daging itik dipotong 12 dan dimasukkan kedalam kuali. 2. Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali. 3. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan. 4. Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan B yang lain. 5. Masak sehingga agak kering.
Saiz hidangan: 8 orang. Waktu memasak 40 minit. Cara Memasak : Reneh Keistimewaan: Enak dan berlemak Anggaran kos: RM30
3.RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
2 kilo santan
Segenggam ikan bilis
Segenggam cili api
3 inci kunyit
5 ulas bawang merah |dihiris nipis
5 batang serai | dititik
Garam
Asam keping
CARA MEMASAK: 1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis. 2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak. 3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak. 4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering. 5. Angkat dan sedia dihidangkan
INFO: Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.
Saiz hidangan: 10 orang. Waktu memasak 40 minit. Cara Memasak : Reneh Keistimewaan: Enak dan berlemak
4. RENDANG CAMPUR MAMA
BAHAN A – CUCI DAN TOS
250gm daging
250gm paru paru
250gm limpa
250gm jantung
250gm hati
BAHAN B – KISAR
250gm bawang merah
100 gm bawang putih
10 batang serai
50 gm halia
75gm lengkuas
50gm kunyit
100g cili api | ikut kepedasan yang diingini
100g cili boh| ikut kepedasan yang diingini
2 kilo santan
2 sudu makan kerisik
5 batang serai |diketuk
Garam secukup rasa
2 keping asam keping
Sedikit gula merah
CARA MEMASAK: 1. Masukkan bahan A, B dan santan ke dalam kuali dan panaskan 2.B ila sudah mendidih, masukkan kerisik, asam keping, serai ketuk dan kerisik. 3. Kemudian masukkan garam dan gula merah. Masak sehingga kering, gunakan api perlahan dan sering kacau. 4. Rendang siap dihidang.
Saiz hidangan: 10 orang. Waktu memasak 40 minit. Cara Memasak : Tumis dan reneh Keistimewaan: Enak dan berlemak
RESIPI : Zunita Adibah bt Mohamed Adib @ Mok Teh TERIMA KASIH : Restoran Mok Teh Nasi Dagang Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam bakar yang sangat ringkas dan mudah di sediakan untuk sebarang majlis. Sos leleh yang menjadi kunci utama kesedapan ayam bakar yang akan jadi rebutan ini.
AYAM BAKAR MELELEH
BAHAN-BAHAN
2kg Ayam (kepak atau paha)
8 sudu besar sos tomato
8 sudu besar sos cili
3 sudu besar gula
2 sudu besar garam
2 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu makan serbuk paprika (letak lebih jika nak pedas)
4 ulas bawang putih ( tumbuk lumat )
3 sudu besar Majerin
BAHAN TAMBAHAN:
Roti marjerin bakar
CARA MENYEDIAKAN:
Ambil periuk dalam dan masukkan majerin dan bawang putih.
Terus masukkan sos cili, sos tomato dan serbuk black paper.
Kemudian paprika, garam, dan gula letak terus.
Gunakan api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
Gaul bersama ayam yang disediakan tadi. Gaul rata lebih kurang 10 minit dan tutup api.
Angkat dan tutup dengan plastik wrapping simpan dalam peti ais 1 malam.
Kemudian bakar dalam oven atau dapur sehingga masak.
*sapukan sos lagi masa terbalikkan ayam yang sedang dibakar
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.