Bila dah masuk minggu kedua berpuasa, pasti ramai yang sudah berkira-kira dan mula menyediakan persiapan untuk hari raya. Macam Lana Nordin ni. Panjang senarai kelengkapan raya yang disediakan untuk suaminya, Daud Mckienzie. Itu nak beli, ini perlu ada. Maklumlah, raya kan setahun sekali.

 

Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai & Kuih Bakar Kegemaran Suami

Asyik membuat senarai barangan Hari Raya, tak sedar jam menghampiri waktu berbuka. Wah…Nasib baik Lana Nordin ni handal memasak. Dua menu kegemaran suami Nampak mudah je beliau sediakan.

Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai & Kuih Bakar Kegemaran Suami

Daging Masak Merah Ala Thai dan Kuih Bakar adalah dua menu berbuka kegemaran suami Lana. Resipi-resipi tersebut diwarisi dari ibunya dan memang sangat mudah. Sesuai sangat dicuba di bulan puasa ini.

Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai & Kuih Bakar Kegemaran Suami

Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai & Kuih Bakar Kegemaran Suami

Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai & Kuih Bakar Kegemaran Suami

Selain berkongsi resipi, Lana juga berkongsi petua untuk menghasilkan Kuih Bakar yang enak. Ia tidak lain dan tidak bukan, harus menggunakan acuan tradisional kuih bakar dan juga mesti menggunakan air kisaran daun pandan. Patutlah nampak sangat sedap!

 

Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai & Kuih Bakar Kegemaran Suami

Ada yang terliur nak cuba masak sendiri menu dari pasangan selebriti ni? Jom cuba resipi-resipi di bawah ini. Sesuai dijadikan menu berbuka untuk anda dan keluarga. Selamat mencuba!

 

DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai & Kuih Bakar Kegemaran Suami

BAHAN-BAHAN:

  •  350gm daging batang pinang – direbus empuk
  • 3 – 4 ulas bawang putih – dicincang
  •  1 – 2 biji bawang holland – dihiris
  • 2 1/2 sudu makan pes cili kisar  
  • 2 sudu makan sos cili
  • Sos tomato secukupnya
  •  1 sudu besar sos tiram
  • Sos ikan – jika suka
  •  Garam dan gula secukup rasa
  •  Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Ambil daging yang telah siap direbus. Goreng dalam kuali seketika tanpa menggunakan minyak.
  2. Hiris daging tadi nipis-nipis.
  3. Panaskan minyak masak dan goreng hirisan daging tadi hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Dengan menggunakan kuali dan minyak gorengan yang sama, tumis cili kisar hingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan bawang putih, sos cili, sos tomato, sos ikan (jika suka) dan sos tiram.
  6. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
  7. Masukkan hirisan bawang holland. Masak hingga bawang layu.
  8. Akhir sekali, masukkan daging yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

KUIH BAKAR

Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai & Kuih Bakar Kegemaran Suami

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung gandum
  • 200gm gula
  •  3 biji telur
  •  2 ¼ mangkuk santan segar
  • 1 cawan jus pandan asli
  •  2 sudu besar mentega
  •  Bijan secukupnya
  •  Pewarna hijau
  •  Garam

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan ( kecuali minyak masak dan bijan) ke dalam bekas pengisar.
  2. Kisar hingga semua bahan Kuih Bakar jadi sebati dan tidak berketul.
  3. Ambil acuan kuih bakar dan masukkan sedikit minyak masak. Ratakan.
  4. Tabur bijan pada dasar loyang.
  5. Tapis adunan Kuih Bakar ke dalam loyang kuih tadi.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170C menggunakan api atas bawah selama 40 minit atau hingga kuih bakar sempurna.

 

LG PuriCare™ Buat Tugas Memasak Menjadi Lebih Mudah Dan Cepat 

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD  yang mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) memudahkan kita membuat pilihan mengikut menu dan resipi yang ingin disediakan apa lagi dalam bulan Ramadan ini.

Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai & Kuih Bakar Kegemaran Suami

Bila bulan puasa ni, memasak untuk sahur memang perlu laju, dan masa yang terhad, kita perlu untuk memasak air jika mahu menyediakan minuman panas untuk bersahur. Memang jimat masa betul. Kalau nak buat air sirap atau air berperisa yang dingin waktu berbuka nanti tinggal tekan sahaja pilihan air sejuk. Mudah sangat. Kalau tak mahu air panas atau sejuk kerana tidak sesuai dengan selera kita, pilihan air segar mengikut suhu bilik boleh terus masukkan dalam gelas. Air jernih dan bersih sedia untuk nikmati.

Sensor yang terletak di belakang saluran keluar air mengesan ukuran cawan atau botol pengguna dan menggerakkan paip ke atas dan ke bawah untuk menyesuaikan ketinggian secara automatik untuk tuangan tanpa percikan yang sempurna setiap masa. Mudah kan?

Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai & Kuih Bakar Kegemaran Suami

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI