Ads

Resipi LAKSA PENANG EKSPRESS Guna Sardin Dalam Tin, 30 minit Siap & Sedap!

Adakalanya tekak memang teringin sangat nak makan laksa. Tapi part yang paling ‘bercinta’ dan rasa malas betul waktu nak kena siang ikan, nak carik-carik isi ikan tu, memang renyah dan leceh.Makan masa pula tu nak buatnya.

Namun menurut perkongsian resipi daripada Puan Nazra Queen, ada cara mudah untuk hasilkan laksa penang ekspress yang cepat dan dapat disiapkan dalam masa 30 minit, tapi tetap sedap macam kita gunakan ikan segar, iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin.

Namun pastikan tin sardin sentiasa tersedia dalam simpanan di dapur. Cuti raya panjang hujung minggu ni, kalau ada tetamu yang datang ‘mengejut’ boleh lah cuba resipi laksa ekspress ni.

Bahan-Bahan:

1 kg Laksa
Air secukupnya untuk didihkan laksa

Cara Membuat:

Panaskan air dalam periuk.Bila air mendidih masukkan laksa dalam 3 hingga 5 minit.Tutup api & toskan airnya.

Ads

Bahan-Bahan (Kuah Laksa Laksa Penang Ekspress):

2-3 keping asam keping
belacan saiz ibu jari
10tangkai cili kering direbus hingga lembut (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
1 batang bunga kantan
2biji bawang besar
1 tin Sardin (saiz kecil)
1 liter air

Resipi LAKSA PENANG EKSPRESS Guna Sardin Dalam Tin, 30 minit Siap & Sedap!

Cara Membuat:

1. Kisar asam keping, belacan, cili kering, bunga kantan dan bawang besar sehingga hancur.
2. Setelah hancur, masukkan 1 tin sardin saiz kecil beserta sos sardin dan kisar sekali lagi.
3.Curahkan ke dalam periuk, selepas itu masukkan pula air penuh mengikut sukatan blender tersebut.(sukat air guna blender).
4.Letak daun kesum yang telah dibasuh.Jangan buang batang daun kesum kerana ia menambahkan aroma pada kuah laksa.

Ads

Resipi LAKSA PENANG EKSPRESS Guna Sardin Dalam Tin, 30 minit Siap & Sedap!
5.Masuk garam & perasa secukup rasa. Didihkan atas api sehingga daun kesum jadi layu dan bahan-bahan kisar sebati dengan kuah.

Resipi LAKSA PENANG EKSPRESS Guna Sardin Dalam Tin, 30 minit Siap & Sedap!
6.Boleh dihidangkan bersama telur,salad,timun,bawang,cili, bawang dan sebagainya.

Ads

Resipi LAKSA PENANG EKSPRESS Guna Sardin Dalam Tin, 30 minit Siap & Sedap!

Selamat Mencuba!

Sumber: Nazra Queen

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Resipi BANGKIT CHEESE Cair Di Mulut, Bakar Garing Baru Sedap Bila...

Raya tak lama lagi, masih mencari resipi biskut raya yang mudah dan sedap, boleh cuba buat Biskut Bangkit Cheese ni. Buat dengan anak-anak, sekejap je siap. Sedapnya aroma biskut yang baru dibakar dengan campuran keju parut dan teksturnya yang gebu dan cair di mulut. Sebotol makan pun tak perasan habis!