Pernah makan Laksa Lemak Kedah tak? Kalau belum pernah memang patut cuba resipi Laksa Lemak Kedah ni. Katanya resipi yang dikongsikan oleh Liyana Hassan di Facebook ni memang sedap gila, mantap, dan padu! Ish habislah diet macam ni asyik jumpa resipi sedap je. Disebabkan diet saya dah hancur, korang pun patut cuba resipi ni dan hancurkan diet korang juga hihi.
LAKSA LEMAK KEDAH
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin – dibuang sos sardin & cuci bersih kemudian kisar hancur. (Boleh guna ikan lain juga)
1-2 biji bawang besar di kisar
2-3 sudu besar serbuk kari ikan
1 ketul lengkuas besar ibu jari
1-2 batang serai dititik
5-6 tangkai daun kesum
Ads
4-5 keping asam keping
1 cawan santan pekat (kalau kurang tambah lagi)
Air
Garam
Gula
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak & tumis bawang kisar, serbuk kari ikan & masukkan sekali serai, lengkuas. Masak sampai pecah minyak.
Ads
2. Bila bahan tumis dan rempah dah masak elok. Masukkan sardin gaul sebati kemudian masukkan santan, asam keping & tambah sedikit air.
3. Last masukkan garam, gula secukup rasa & daun kesum. Daun kesum dah layu boleh tutup api. Siap!
Jangan lupa rebus laksa ye
Ulam-ulam boleh letak timun, bawang, selom, cili padi hiris-hiris nipis
Mi hailam gantikan nasi seuai juga untuk minum petang atau makan malam. Masak sendiri boleh letak extra udang dan sotong.
MI HAILAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi kuning (500gm)
5 ekor sotong saiz sederhana
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 biji bawang merah *
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1/4 bunga kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 gelas air
2 tangkai daun bawang
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar kicap manis
1/2 – 1 sudu besar kicap pekat
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk lada putih
CARA MEMASAK:
Sediakan sayur-sayuran, sotong dan udang untuk masak.
Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga agak hancur. Lagi elok tumbuk sebab nanti aromanya lebih sedap.
Kalau tidak berapa rajin hiris bawang merah dam bawang putih diketuk.
Tumis bawang dan cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan semua jenis sos dan kicap.
Masukkan air dan biar hingga mendidih. Masukkan sotong, baby corn dan bunga kobis. Biarkan mendidih dalam 3 – 5 minit.
Tutup kuali. Kalau sotong sederhana 3 minit dah cukup. Sotong yg 5 minit. Sotong kalau dimasak lama jadi liat pulok. Nak tercabut gigi duk gigit sotong liat.
Masukkan udang dan lobak merah. Biarkan mendidih selama 3 minit.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh. Perasakan dengan garam, lada putih dan lada hitam.
Anda boleh betulkan rasanya ikut pada selera sendiri. Hendak rasa kicap lebih tambakan kicap, kakau suka kuah agak pekat boleh tambah tepung jagung, mahu kuah lebih tambahkan air.
Masukkan mi, cili dan sawi. Kacau sekejap, jangan lame sangat nanti mi kembang. Sawi masuk akhir sekali supaya tidak lembik dan masih rangup bile dimakan.
Bosan makan makanan berat boleh gantikan egg muffin untuk kenyangkan perut. Resepi ringkas egg muffin sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak dengan penyediaan yang mudah.
BAHAN-BAHAN:
Telur
Lada benggala
Daging kisar
Serbuk kari
Garam
Keju ( kalau nak letak )
Daun bawang
**Kalau nak lagi sedap, boleh jugak guna tauhu telur. Kisar sekali dengan isi ayam. Boleh juga guna udang dan sotong. Ikut citarasa.
CARA MEMASAK:
1. Tumis daging kisar hingga garing. Kemudian masukkan serbuk kari, garam dan daun bawang. Ketepikan.
2. Sapukan sedikit minyak masak pada loyang muffin. Kemudian masukkan lada benggala.
3. Letakkan daging kisar yang telah dimasak tadi. Kemudian masukkan keju.
4. Tuang telur yang telah dipukul. Tabur daun bawang dengan secukupnya.
5. Bakar pada suhu 180C selama 20-24 minit atau sehingga muffin masak.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.